Friday, January 09, 2009

Uniform gunung



Nih gambar Mamoru masa dia pegi xpdc Gunung Besar Hantu (GBH) dua minggu lepas. Tersenyum lebar aku tengok gambar nih tau. Tak pepenah Mamoru pakai sarung tangan kalau masuk hutan . Tapi kali nih dia buang tebiat.. hihi.

Ekceli, kata Mamoru, dia bukan nak pakai sangat pun.. cuma disebabkan sarung tangan tu aku punya (dan disebabkan aku tak join xpdc GBH), tuu yg dia bawak sarung tangan tu. Nak sentiasa ingat kat aku la kiranya.. hihihi - comel je. Bukan setakat sarung tangan, bandana biru yg aku selalu pakai kat kepala tu pun dia bawak sekali (tapi dia ikat kat leher je lah - bandana tu aku beli kat pekan Grik, Perak - masa nak pegi mendaki Gunung Kenderong tahun 2006)

Psstttt.. tujuan aku bubuh gambar Mamoru nih adalah untuk memaksa dia tulis log gunung yg dia pegi aritu.. hihihi. (Note untuk Mamoru: Mana log GBH? Update la kat sini.. Mana lah tau lepas bersalin nanti aD nak mendaki GBH pulak.. hihihihi)

Bercakap pasal pakaian untuk masuk hutan, selalunya, bebudak yg suka mendaki gunung nih ada 'uniform' atau trademark memasing.

Mamoru kalau pegi mendaki, dia mesti make sure dia pakai T-shirt merah! (dia memang penggemar warna merah). Kalau pakai kaler lain, sure tak bersemangat nak mendaki.. hihihi. Bukan setakat baju merah, dengan haversack & rain cover pun merah menyala warnanya. Bagus jugak dia pakai terang-terang dalam hutan - senang aku nak cam dia dari jauh.



Aku? Aku suka pakai baju hitam. Seluar panjang hitam & boxer hitam (boxer aku pakai kat luar tau- tiru superman.. hihihi - ekceli, boxer nih nak elakkan bahagian belakang seluar panjang aku kotor atau terkoyak. Kasut? Aku suka pakai kasut getah je (kasut orang bawak gi menoreh getah) Murah dan selesa sangattt. Mamoru pulak tak boleh pakai kasut getah nih. Kaki dia cepat melecet, so dia pakai kasut mahal sikit - Timberland.

Ohh satu lagi. Aku suka pakai sarung tangan yg berbeza kaler! Ikutkan, sarung tangan aku sama je kaler dia - kaler rainbow. Tapi, dah tinggal sebelah je.

Korang nak tengok mana peginya sebelah lagi sarung tangan rainbow aku? Sila perati gambar dibawah.



Nampak tak? Itu lah Arman. Dia dah amik sebelah sarung tangan aku masa kami pegi xpdc Trans V2 dulu. Ada ke dia pegi tukar sebelah sarung tangan dia dengan sebelah sarung tangan aku masa last day kami kat Kem Kasut? - Nak buat kenangan katanya. Tak pepasal aku pakai sebelah kaler rainbow, sebelah lagi kaler pink (Arman punya) sampai sekarang! (ohh.. aku tak suka tukar sarung tangan / baju baru sebab pada aku, baju yg aku selalu bawak masuk hutan tu ada sentimental value yg sangattttt tingiiii. Kenangan beb!

Tsskkk tetiba je rasa rindu nak masuk hutan pegi mendaki lagi.. ntah berapa lama agaknya aku kena 'bercuti'..

8 comments:

Rose Ragai said...

ader trademark jugak rupanya ekk..hehehe...this year plan nak gi daki kinabalu...dah penah pegi 2000 dulu tapi this year kena paksa akak buat trip naik jugak walaupun plan sebenar aku nak gi naik Mulu...

-: Fara_Lan :- said...

mmg selalu tgk depa masuk utan ade mcm2 style.. bukan ape kdg2 senang nak cam kan..

Tadi pun kite sempat pegi pekan beli keperluan barang camping sbb lama x pegi & byk yg dah x sesuai. Malam nie bertolak g ulu slim naik 4x4... bestnye.. sbb lama dah x g outdoor

Nurmala Mazlan said...

wah...
rajin nyer awak gi daki gunung eh... saya takut la..

NorAzrin MohdNawir said...

sabar ye aD, x dt g ekk..tgok tu mamoru pon kena bwk semangat sarong tgn tu...erm...sabar ye...nnt pas abis pantang baru leh g ok...tgu sihat dulu okeh...

tabik aD coz jrg kite jumpe pompuan ske panjat gunung nih...

Anonymous said...

GBH? wah entry la pixnya byk2 nak tgk trek... insyallah bln mac ade trip kesana..

GREENJADE said...

hehe comei jer sarung tgn dia :D

sy lak suke water rafting..ontah le.pantang tgk jeram cam teruja jerk.. :p

tp sjk kawen kna pk bedua lah (blom be 3) hehe..now dah x join lg xtvt ber ayaQ2 or berjeram2 nih p xtvt bowling jer larr haha..layanz.. =))

Halezza Ibrahim said...

Syoklaaa....satu hari nak join!!!

Anonymous said...

rose: mestiii.. u pun mesti ada kan? wah, nak naik kinabalu tahun nih? ad kalau tak sebab pregnant, mesti dah jadi naik kinabalu juga bulan april ni :(

faradilawati: waahhhh seronoknya. gi ulu selim naik gunung apa ek? cerita laaa

nurmala: dulu ad pun takut.. tapi lelama dah biasa hik

ryn2506: pas ad abis pantang nanti, ad ajak cik rynn naik gunung sama amacam?

kabussenja: trek GBH yg Mamoru pegi nih lain sikit, starting dari janda baik pahang - merentas ke negeri sembilan. biasa orang buat naik kat n.sembilan terus. nanti ad paksa mamoru bubuh log kat sini

greenjade: wahh.. rafting tuu - hebat lah!!.. ad bab air nih takut sikit - tak pandai berenang hihihihi


halezza ibrahim: bolehh.. ada masa nanti kita gi ek :)