Tuesday, January 18, 2011

White water rafting

Mamoru tengah organize trip white water rafting untuk bebudak ofis dia. InsyaAllah, dalam bulan February nih dia akan bawa semua ofismate dia ke Gopeng - rafting kat Sg. Kampar.


*credit worldisround.com for this picture*

Oh,best gila..

Secara otomatik, aku akan join sekali. Tapi tak sure sama ada aku akan join Mamoru masuk dalam raft atau just duduk kat kemsait - jaga Amarr & Ariff (kalau takde orang nak jaga baby laa). Tapi aku dapat rasakan kemungkinan yang no.2 tu lebih besar kut.

Tak kisahlah, yang penting, aku dapat peluang jumpa kengkawan outdoor lama, e.g., Arman! Lama betul tak jumpa dia. Last masa xpdc Trans Titiwangsa V2 (8 hari merentas banjaran Titiwangsa) tahun 2006. Arman salah seorang guide kat sana.


Aku, Mamoru, Arman & team xpdc lepas 8 hari trekking dalam hutan - Trans Titiwangsa V2


Lagipun nih kali pertama aku akan ber-camping bersama Ariff dan Amarr. Of coz lah aku teruja. First step nak kenalkan anak-anak aku dengan xtvt outdoor.

Dalam eksaited nak pergi camping, banyak preparation yang kena dibuat. Aritu aku ada beli kelambu berbentuk khemah dari babyibu.blogspot.com. Suppose dapat hari Jumaat lepas, tapi ntah kenapa posmen tak hantar lagi. Harap hari nih dapat lah. Khemah kelambu tu aku nak tidurkan Amarr dan Ariff dalam tu.

Apa lagi nak bawak ek? Pada yang dah berpengalaman bawa anak-anak masuk hutan tu, sudilah bagi suggestion kat aku nih ya (yang tak penah masuk hutan tapi nak bagi idea pun bolehh). Saya budak mak budak, baru belajar.. huhuhu. Maklum lah, masuk hutan sendiri dengan masuk hutan bawak anak-anak, tak sama. Renyah sikit lah.

1 comment:

Eliss said...

Mosquito Repellent Bracelet untuk anak-anak, penting gak rasanya :)selain kelambu tu.