Tadi bawa Amarr pergi jumpa Paed kat Al-Islam - ambil imunisasi 3 serangkai dan Rotavirus. Amarr senyap je kena inject.
Cuma Ariff je lah yang duk lari sini sana dalam hospital. Dia nak berkawan. Asal nampak je bebudak sebaya dia, dia akan pergi dekat budak tu - ajak bersembang. Sampai naik lemas budak tu dibuatnya.
Haih. Sabar ya Ariff. Tunggu Amarr besar sikit. Nanti Ariff tak sunyi lagi.
Oh, berat Amarr dah jadi 6.3 kg tau. Naik 2 kg. Tinggi 62cm. Kata Paed, perkembangan Amarr sangat cepat. Tapi aku rasa biasa. Sama macam Ariff dulu.
Bila dah dapat anak kali kedua ni, aku rasa diri aku nih lebih penyabar. Dulu masa jaga Ariff, aku rasa cepat panik dan kurang sabar. Bila Ariff nangis, aku bagi Ariff puting (pacifier). Bila Ariff lambat tidur, aku masukkan dia dalam buaian. Bila Ariff nangis lama sikit aku dah ajak Mamoru pergi hospital.. huhu.
Tapi bila ada Amarr, semua jadi senang. Dah ada pengalaman la katakan. Aku tak bagi Amarr tidur dalam buai. Puting memang jauhh sekali. Tak kira Amarr nangis macam mana sekalipun, aku boleh tahan dan sabar layan karenah dia. Kalau taim Ariff dulu aku boleh jadi sehebat ni kan bagus. Takde lah Ariff melekat dengan puting nya :(
Ariff sekarang dan semakin pandai bercakap tau. Sampai aku dah tak ter-list-kan lagi perkataan yang dia dah pandai sebut dan guna hari-hari. InsyaAllah, kalau perkembangan dia berterusan macam ni, aku rasa Ariff akan petah bercakap sebelum usia dia genap 2 tahun (bulan Jun nanti).
Amarr dah bangun. Ok lah, mummy mithali nak menjalankan kewajipannya (cewahh).
p/s: Cuti maternity dah semakin habis. Khamis depan dah start keje semula.. tsssskkkkkkk.
1 comment:
Hai ad. Boleh x u share sikit pemakanan u smasa pregnant? Maybe ada supllement yg u amalkan?
Post a Comment