Friday, February 25, 2011

Cuti maternity dah abis

Aku dah start keje semalam. Perasaan? Adalah sangat sengal. Maunya tak, 3 bulan cuti beb! 90 hari okeh. So, bila tetiba kena masuk keje semula memang rasa macam serba serbi tak kena.

Dan semalam aku masuk keje lambat! Sampai je kat escalator, lagu patriotik kompeni nih dah start berkumandang. Kalau lagu dah start berkumandang taim aku kat escalator, memang tak sempat laa nak kejar sign attendance on time.. tsskk. Mana nak berlari naik escalator, mana nak berasak kat depan lift.. tsskk. First day masuk keje rekod dah tak cantik. Memang saja cari pasal. Gila.

Oh, jangan tatau, kompeni ni memang ada lagu patriotik tau. Dulu, masa first time aku keje sini rasa macam berada di zaman persekolahan.. *oh, peperiksaan*. Kena berada di sekolah ofis sebelum lagu tamat. Kalau tak, ada pengawas ambil nama. Ye, memang acamtu kekdahnya kat ofis ni :)

Dan semalam jugak, selepas 3 bulan tak naik LRT, aku boleh terlupa nak berhenti kat stesen mana.. aduyai. Dah la kelam kabut keluarkan duit kat kaunter tiket. Sampai tercampak syiling dua posen dalam kaunter tu.

Abang tiket: Nak pergi mana dik?

*Adik? Dia panggil aku adik? Oh, bahagiaa...*

Aku: Saya nak pergi.. err.. alamak, apa nama stesen tu bang? Alaa.. apa nama dia ek? Hahhh, stesen Plaza Rakyat.

*Taim nih mata aku tengah meliar tengok jam. 8.25 pagi. Sempat ke aku nak kejar ofis hour pukul 8.45 pagi?!! LRT untuk ke Plaza Rakyat amik masa 15 minit untuk sampai sana. So, aku akan sampai Plaza Rakyat pukul 8.40 pagi. Meaning, aku hanya ada masa 5 minit sahaja untuk berlari ke ofis. Argggghhh.. sempat ke? Silap laa aku pakai high heel pagi ni!*

Abang tiket: Dik, nak tiket sehala? Dua hala?

Aku: Haa? Sehala.. eh, dua hala... tak, sehala... bukan, dua hala. Confirm 2 hala. Return tiket.

*Haih, kelam kabut sampai cakap pun tak betul*

Dannnnnn paling best. Hari nih aku amik cuti sehari.. huhu. Tak sanggup tengok keje yang bertimbun atas meje aku semalam. Kasi can arr aku hilangkan stress nih.. (baru sehari masuk keje dah stree??????? muahahahaha)

No comments: