Thursday, February 10, 2011

Nak Grad G12

Untuk tahun 2011 nih, aku sangat berharap agar dapat menawan beberapa lagi puncak gunung di Malaysia nih. Memandangkan jadual keje weekday (Maybank) dan weekend (Makeupfreak) yang sangat tight, aku listkan beberapa trip gunung yang berada dalam wishlist sahaja:

1. Gunung Murud, Sarawak
Rank: G5
Note: Kena ambil masa seminggu untuk trip nih. Mostly sebab nak dapatkan jadual flight yang sesuai. Macam trip ke Mulu dulu, kena ambil 2 flight untuk ke sana.

2. Gunung Korbu & Gunung Gayong
Rank: G7
Note: Harap dapat buat transpex. Kasi settle dedua gunung sekaligus. Takde lah kena masuk hutan banyak kali.

3. Gunung Chamah & Gunung Ulu Sepat
Rank: G7
Note: Pun harap dapat buat transpex. Jimat masa.

4. Gunung Tahan
Rank: G7
Note: Aku nak buat Merapoh-Merapoh je. Nak cepat. Next time kalau ada masa untuk repeat, baru aku buat Merapoh-Kuala.

So far, nih je wishlist aku untuk tahun nih. Tak sure sama ada dapat habiskan semua dalam tempoh satu tahun. Kalau aku berjaya tawan semua puncak gunung dalam wishlist nih, dapat lah aku Grad G12 sekaligus!

Note: G12 adalah senarai 12 gunung tertinggi di Malaysia (termasuk Sabah & Sarawak) oh tak sabarnya nak Grad.

3 comments:

lydia said...

untuk penggunung yang obses macam saya, memang macam tu..tapi kena ambil kira tentang cuti,anak,kerja.. huhuhuh..itu semua kekangan yang selalu terjadi..time zaman belajar dulu jarang dapat duit untuk buat projek gunung besar2... susah!

Biqque said...

u tawan gunung, i nak tawan top 5 negara plg ramai hahahaha!

hai tak dpt ke tak...

attyfir said...

semoga apa yg aD cita2 kan tercapai ye

Jom baca: Bertahun2 Tersalah Tarikh Wedding Anniversary