Tuesday, May 31, 2011

Perasan muda lagi

Aritu lepas buat job makeover kat Perak, aku & Mamoru lepak dengan kengkawan pengantin dan official photographer dia. Borak tak hingat dunia. Macam kan dah lama kenal je (Mamoru yang peramah sebenarnya. Aku tukang gelak bila tengok orang gelak.. hihi)

 

Tetiba, ntah apa Mamoru cakap buat salah seorang dari photographer tu pandang aku.

 

"Dia dah lahirkan 2 orang anak? Biar betul?" kata photog tu.

 

Pastu semua mata yang ada kat situ pandang aku. Maka bermula lah sessi main teka umur aku. Tak pepasal aku jadi bahan. Tak suka. No, bukan aku nak rahsiakan umur aku. Takde isu pun sebenarnya. Cuma aku tak suka orang mula cover-cover bercakap dengan aku semata-mata timbul rasa hormat / segan sebab aku lagi tua dari derang.. tssk.

 

Ramai kengkawan pengantin assume umur aku baru masuk 20-an (fuhh betul ke idak derang nih?)

 

Ada pulak yang cuba buat kira-kira logik (disebabkan dah tahu aku ada 2 anak), cakap umur aku 25 tahun.

 

Kelakar gak tengok muka derang bila tau umur aku dah 32 tahun.. huhuhu.

 

Next time kalau orang tanya umur aku, aku nak cakap 23 je lah. Takde lah orang buat muka terperanjat kut.. hihik. 

 

 

Monday, May 30, 2011

www.makeupfreak.net

Looking for professional makeup artist for your Wedding? Dinner? Konvo? Enggagement? Pre wedding? etc?

Visit us at www.makeupfreak.net

Khas untuk bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan: Tempahan untuk tahun 2012 telah dibuka!

Dalam debar menanti hari bahagia yang kian menjelma, pasti anda turut runsing memikirkan belanja kos perkahwinan. Semua orang mahu yang terbaik dan tampil jelita di hari persandingan. Kos untuk mengambil juru makeup yang popular agak mahal.

Kami di Makeupfreak sangat memahami keperluan anda. Disini, kami menawarkan perkhidmatan makeup yang SETANDING dengan juru makeup popular dengan bayaran yang jauh lebih MURAH. Jadi, anda tak perlu membazir ribuan ringgit untuk hasil makeup yang sama. Setuju?

Hubungi kami di www.makeupfreak.net atau 'Like' kami di Facebook Makeupfreak untuk maklumat lanjut (we have almost 10,000 fans now!)



Saturday, May 28, 2011

Curl kan rambut

Aku outstation kat kawasan yang agak jauh dari bandar taim ni. Ada job makeover. Agak terpencil gak la tempat dia. Sampaikan nak cari mesin ATM pun kena drive agak jauh la jugak. Kalau nak cari McD, KFC or 7E toksah cakap la kan. Memang nan ado. Redha je lah.. hihi

Lepas abis job, aku lepak dalam motel je lah. Main dengan laptop, henpon, Mamoru (ops!). Agak-agak dah boring tu, haa.. nih la keje aku. Menchantekkkan lagi diri sendiri..

Disebabkan aku terlupa nak bawak curling iron. Maka aku telah memaksa Mamoru menggulung rambut aku dengan mender alah nih. So, adeks-adeks, kalau pi memana lupa nak bawak curling iron, dan tempat ko pegi pulak takde saloon, jangan risau, anda masih mampu meng-curl-kan rambut tanpa mender alah tu semua. Tapi, alat kat bawah ni kena ada la nahh. Kalau tak ko nak gulung camner? Pakai pen?


My Mamoru yang redho je dengan apa yang yang terjadi. Tak pepasal dia jadi hairstylist. Pastu siap cakap, "pasnih boleh lah b tolong sayang buat haido untuk bride pulak".. hihihi


Rambut yang dah siap digulung.. Oh lupa nak inform. Disebabkan teknik ni tak menggunakan sebarang alat pemanas, maka ko kena pakai curl nih sampai esoknya ok. Matilah tak selesa tidur dengan mender alah nih tsskkk..


Dan esok paginya.. tada.. Hasil curl yang setanding dengan iron curl. Err.. abaikan muka tak mandi lagi ittew.

Friday, May 27, 2011

Ambil MyKid Amarr

Aku cuti hari nih.. jangan jeles.


Pagi tadi pergi amik Amarr punya My Kid kat JPN Bandar Tun Razak. Amarr dah genap 6 bulan baru nak amik kad dia.. huhuhu. Nasib baik tak kena shred ke apa. Lama bebenor tak berambik.. tsskk.


Sekejap je pi amik kad nih. Yelah, hari bekerja mana ramai orang.




Aku punya IC (gambar masa muda remaja), Amarr punya MyKid & Sijil Lahir :)



Dip-dip

Tak tahu stall macam ni orang panggil apa. Ada sorang member aku panggil stall camnih 'dip-dip'. Aku pun ikut jelah.. hik

Makan kat sini serupa macam makan yong tau fu tapi dia punya bebahan semua jenis dah dicucuk dengan lidi. Kita just pilih dan celup sendiri dalam rebusan air panas yang ada kat situ. Pastu bila dah masak, angkat dan bubuh lah sos pilihan yang ada kat situ. Biasanya ada 3 jenis sos: sos cilipadi, sos kacang dan sos apa ntah yang kaler coklat macam sos yong tau fuu.

Ada banyak stall macam ni banyak kat tepi-tepi jalan. Aku suka makan kat sini sebab sedap. Tapi memilih jugak lah - stall yang bersih je aku pegi hihihi..


Aku angkut Ariff sekali pi makan kat sini. Nih kat area down town


Best!

Thursday, May 26, 2011

XPDX Korbu - Gayong

Tiga hari lepas aku duk sms dua tiga orang member gunung lama (Muzs SOS, Salan, Sham Castello). Minta derang organize trip ke gunung Korbu-Gayong atau trip Chamah-Ulu Sepat. Dan semalam, Sham Castello dah 'up' trip ke Korbu-Gayong kat Facebook. Wahh cepat! Terharu aku dowh. Tenkiu bro.

Aku memang teringin sangat nak conquer memana gunung since harapan nak mendaki Murud tahun nih tak kesampaian. Pastu ditambah pulak dengan perubahan tarikh pasal trip gunung Tahan aritu. Memang aku takde mood nak naik Tahan. Lantak lah deposit aku RM200 burn macam tu je. Banyak ok dua ratus tu. Kalau buat beli pampers untuk anak-anak aku, cukup stok sebulan!.

Kalau organizer tu ada sifat perihatin dan ada semangat rakan sepergunungan, dia refund balik duit aku tu. Kalau dia still tanak refund, aku takdelah nak marah ke haper, cuma dia telah berjaya membuat aku hilang kepercayaan pada organizer-organizer yang baru nak belajar buat trip. Akan datang, sure ramai orang yang takut nak bayar deposit (yelah takut duit burn camtu je). Lepas nih jangan harap aku nak percaya or bagi support kat organizer baru. Bak kata Karam Singh Walia, "kerana nila setitik, rosak susu secawan". Poodah.

Untuk trip Korbu-Gayong nih insyaAllah aku join. Mamoru dah bagi green light. Adik aku pun dah setuju nak tolong jaga anak-anak aku sementara aku masuk hutan. So just tinggal nak excercise je.

Haih.. gunung Kobu dan gunung Gayong. Kalau tak disebabkan team aku tersasar masa trip Transtitiwangsa V2 tahun 2006 dulu, sure dah lama aku sampai sana. Takperlah, tak lari gunung dikejar :)

Pengalaman bersalinkan Amarr

Agak bizi sekarang ni. Bizi dengan keje, bizi dengan client Makeupfreak. Tapi bizi-bizi pun, life enjoy jugak.. hihi. Hidup ni kena balancekan keje dengan leisure. Baru otak tak stress.

Baru aku perasan, aku belum publish lagi entry pengalaman bersalinkan anak kedua aku, Amarr. Well, here goes..

Untuk entry pengalaman bersalinkan anak pertama aku, Ariff, klik sini ok.


********************************


Jumaat, 26 November 2010

Pagi nih, seperti dijadualkan, aku ada appointment dengan gynae. Mamoru hantar aku ke Al-Islam Specialist Hospital (hospital favourite aku). Sepatutnya pagi tu Mamoru masih oustation di Ipoh, tapi nasib baik dia bertolak balik dari Ipoh sebab ada urgent meeting kat KL pagi tu. So, sempat lah dia berada disisi aku masa kelahiran Amarr. Terima kasih ya Tuhan sebab hantarkan Mamoru pada aku pagi itu. Perancangan-Mu sungguh teliti ya Allah.

Aku sampai Al-Islam pukul 9.00 pagi. Jumpa Dr Rusilawati. Dia ada kes kat labour room pagi tu. Ada orang nak bersalin. Sementara tunggu dia, aku buat rutin check-up macam biasa, eg, timbang berat, ambil sample urine. Oh, berat terakhir aku masa pregnant nih, 47 kg!

Bila Dr Rusila sampai, dia check bukaan. Terkejut Dr Rusila bila bukaan pintu rahim aku dah mencecah 4 cm. Aku lagi laaaa terkejut. Takde contraction, takde rasa sakit pun. Biar betul. Menggigil jugak la kepala lutut bila Dr Rusila suruh masuk ward pagi tu juga. Aku minta tunggu sampai habis solat Jumaat. Nak tunggu Mamoru datang. Dr cakap ok. Cuma dia advise kan aku supaya jangan balik ke rumah. Takut terberanak tepi jalan.

Sementara tunggu waktu tengahari, aku keluar dari Al-Islam. Aku tatau nak pegi mana sebenarnya. Panik woo. Hairan pun ada. Panik sebab nak kena admitted dan kena lahirkan baby hari tu (oh, sungguh aku tak ready - mentally). Hairan sebab aku still tak rasa sakit. Dalam pada mengong-mengong tu, aku decide pegi lepak kat restoran dekat area hospital ni. Aku order air kelapa sebijik dengan makan nasik campur. Tekak tak lalu dah sebenarnya. Tapi, demi mendapatkan tenaga yang cukup untuk push baby keluar, aku telankan juga. Sambil makan, sambil usap perut. Baby tak sabar jumpa mummy ya?

Lepas makan, aku patah balik ke hospital. Sempat juga aku menyinggah kedai beli sepeket kurma. Yer, makan bebanyak. Biar banyak energy.

Masa nak check-in masuk ward, nurse kat situ sempat berlawak dengan aku. Dia ingat aku dah lari balik sebab lama gila dia duk tunggu aku. Mana taknya, dari pukul 10 pagi aku pergi makan sampai pukul 12 tengahari baru aku check-in.. huhu.

Kat ward, aku disuruh tukar baju. Makanan pun dah siap tersedia atas katil. Nurse suruh makan (makan lagi?), pastu nak masuk ubat kat montot dan masukkan air kat tangan. Lepas Zohor, dia nak bawa aku masuk labour room - pecahkan air ketuban.

Sekejap tu Mamoru sampai. Senyum je dia tengok aku. Nak dapat baby baru.. mauu dia tak senyumm. Aku je yang agak gabra sampai bergenang air mata bila Mamoru tinggalkan aku sekejap untuk solat Jumaat kat Masjid Kg. Baru (bebetul sebelah hospital ni).. emo sungguh.

Deja Vu tau. Tahun sebelumnya (2009), waktu yang sama, aku berada kat tempat yang sama, bilik yang sama, situasi yang sama :)

Pukul 2.00 petang, Mamoru dah habis solat. Duduk berborak dengan dia kat atas katil. Sekejap tu, adik lelaki no.2 dan SIL Ida sampai.

2.15 petang, aku rasa perus aku mengeras (contraction) pastu tetiba terasa macam rasa bunyi 'pop' kat bahagian 'bawah'. Tak sakit pun. Tapi sekejap tu habis dress & katil hospital yang aku duduk jadi basah. Aku siap suruh Mamoru tengok air apa yang keluar tu.. haha. Macam tu rupanya rasa pecah ketuban. Aku baru tau sebab masa lahirkan Ariff dulu, Doktor yang pecahkan.

Mamoru panggil midwives. Dan, dan tu jugak derang bawa aku masuk labour room. Dalam kepala sempat lagi fikir, "nasib baik aku amik cuti arinih. Kalau aku masuk opis jugak, mau panik orang kat department aku nak sorong aku turun dari Menara Maybank.. hihi. Boleh jadi berita hangat."

2.30 petang. Mamoru teman aku dalam labour room. Kami berdua je dalam bilik tu. Aku still tak rasa sakit sangat. Masih boleh rilek sambil borak-borak dengan Mamoru. Borak pasal nak suruh Mamoru packing barang apa bawa ke hospital. Maklum lah, aku pergi spital selai sepinggang je. Due date aku ada lagi 2 minggu! So, tak jangka seawal ni.. Punah harapan nak amik MC lelama sebelum bersalin hihihi (tu la kalau niat tak baik, memang takkan menjadi)

Kat bilik sebelah, ada sorang mummy tengah teran baby. Dengar jugak lah Doktor suruh dia push. Aku boleh tergelak bila fikir pasnih turn aku pulak. Tak sampai setengah jam, aku dengar mummy tu dah lahirkan baby.. comelnya dengar bunyi baby menangis untuk pertama kali :)

Kak Wan, midwive yang sambut kelahiran Ariff dulu masuk dalam bilik aku. Hepinyaaa jumpa kak Wan. Aku siap suruh dia temankan aku untuk kelahiran yang nih juga. Kak Wan pun nampak hepi jumpa aku. Nak salam dia tapi tak boleh sebab tangan kak Wan pakai glove. Ada kesan darah. "Takpe, kejap lagi akak layan awak pulak ek" kata dia.

3.30 petang. Contraction makin kuat. Sakit dia Tuhan je yang tahu. Tak perlu lah nak elaborate kat sini. Doktor nak bagi ubat tahan sakit. Tapi banyak kali aku refused. Aku nak rasa sakit bersalin nih sendiri. Aku kontrol breathing.. cuba tenangkan diri setiap kali contraction datang.

4.30 petang. Bukaan 7cm. Sakit dia dah tak tertahan. Doktor tanya lagi sama ada aku nak kurangkan sakit dengan bantuan ubat. Oh, kenapalah Doktor mention pasal ubat tahan sakit taim macam ni. Dalam keadaan aku tak boleh berfikir dengan straight, aku terpaksa mengalah. Aku minta Kak Wan bagi injection pentidine. Tak boleh guna epidural. Kalau boleh pun, aku tak sure aku nak pilih epidural atau tak. Sebab aku lebih rela berdepan dengan sakit bersalin dari berdepan dengan jarum epidural.. oh tidak!

Kalau ikut pengalaman lahirkan Ariff dulu, ubat pentidine nih amik masa lama baru nak berkesan. Untuk setengah jam pertama, rasa sakit tetap tak berkurang.

4.55 petang. Tak tahu berapa kali aku push. Dan akhirnya, alhamdullilah. Amarr selamat dilahirkan. Banyak kali aku ucap syukur. Kali nih, aku dapat sentuh baby aku bila Doktor letakkan baby atas dada sambil gunting tali pusat dia. Taim Ariff dulu aku tak sempat nak sentuh baby sebab Ariff tak menangis. Derang dah bergegas bawa Ariff ke bilik lain.

Rasa menyesal pula ambil pentidine. Kalau aku tahu tak sampai setengah jam je lagi aku akan lahirkan Amarr, sure aku sanggup tahan. Ubat pentidine yang aku ambik tu ntah-ntah tak sempat nak bertindak. Buang duit je ambik.

Bila midwife bawa Amarr kebilik lain untuk dimandikan, Mamoru keluar ikut sama - nak azankan baby. Dalam bilik bersalin, just tinggal aku, Kak Wan dan Dr Rusila. Borak-borak sambil Dr Rusila keluarkan uri yang tersekat. Memang terasa jugak lah uri tu bergerak-gerak ditarik keluar. Lepas uri dah dibasuh dan semua settle, aku minta Kak Wan biarkan aku berehat atas katil bersalin. Kak Wan cakap, nanti dia bawa minuman petang ke dalam labour room tu. Dan Kak Wan juga tolong suapkan makanan untuk aku tau.

Oh Kak Wan.. baiknya dia. Kalau lah arwah ibu masih ada sure dia akan layan aku sebaik Kak Wan. Rasa hilang dah malu ni dengan kak Wan bila untuk kelahiran kali kedua nih, dia juga yang tolong aku tukar maternity pad.. hihi.

Sayang Al-Islam Specialist Hospital!

Duduk sengsorang dalam bilik bersalin tu buat aku rasa sama je macam aku lahirkan Ariff dulu. Bilik yang sama, situasi yang sama, orang-orang yang sama! Hihi.. syukur Alhamdullilah. semuanya dipermudahkan. In total, 2 jam setengah je aku sakit bersalin. Syukur ya Allah.

Sekejap tu Mamoru datang. Kamera tak lepas dari tangan dia. Mamoru kiss aku banyak kali.

"Terima kasih, sayang. Sebab bagi b baby lagi. Baby kita comellll sangatt"


Terima kasih juga buat Mamoru kena menjadi suami, sahabat, dan imam untuk aku dan anak-anak.

Dan hari yang sama juga, aku dapat tahu adik no.6 juga dah selamat lahirkan baby dia. Beza sejam je dengan masa kelahiran anak aku. Tergelak aku tau, kakak dan adik lahirkan baby pada hari dan masa yang sama :)

Birthday countdown

Seminggu lagi usia Ariff akan genap 2 tahun.. jom mengira hari sesama!

Aku dah tempah kek dari kak Anna - Bake freshly. Tak sabar nak tengok kek tu.

Tak sure macam mana nak celebrate. Tapi aku dah google few info lah. Since Ariff ni a bit shy dengan strangers, aku tak boleh nak jemput semua kengkawan aku. Kang takut Ariff tak selesa dan menangis pulak. Aku nak Ariff hepi dan enjoy sambut birthday dia. Yelah, whats the point celebrating his birthday kalau dia tak enjoy.

Bawah nih gambar Ariff masa sambut his 1st birthday :)




Sayang anak mummy. Kejap je dah besar dan hensem. Tahun depan dah boleh start hantar pegi kelas bahasa Arab, English & Chinese :)


Wednesday, May 25, 2011

Jemput tengok


*Saloma's Night*

Banyak gambar makeover dalam proses untuk diupload. Laptop hantar pegi HP aritu- masuk klinik. Tapi hari nih laptop dah ok. Boleh upload semua gambar client. Banyak gila.. hihi.

Klik sini untuk tengok gambar makeover dari MakeupfreaK.


Boria

Aku kan kalau keluar rumah dengan hero-hero hensem nih suka sangai pakai baju sedondon. Kalau boleh sepanjang masa nak pakai baju sama je.. hihi.


Antara style peberet: Pakai T-shirt putih dengan jeans biru.


Sebut pasal baju, baru aku ingat yang aku belum tempah baju raya untuk tahun nih. Tapi tak kisah sangat kut. Menjadi satu-satunya permaisuri dalam family, semua hero-hero aku kena lah ikut kaler pilihan aku ye tak? Baju derang semua senang je.. baju melayu sepesen.


Nak collect lagi baju boria untuk kami. Sementara anak-anak aku belum ada taste sendiri nih boleh la aku paksa derang boria sekali. Kalau dah besar nanti, jangan harapppp... hihi

VIVA Mall

Asalnya nama mall nih, Plaza Uncang Emas (UE3). Terletak bebetul dekat dengan Taman Miharja.

Dulu UE3 nih memang pasaraya yang pada aku amat lah cikai. Luar nampak macam bangunan besar, dalam serupa kedai runcit. Seriyes tak tipu. Memang tersangat buruk. Bau kat dalam tu fuhh.. penuh bau ubat je. Tengik. Aku selalu ikut Mamoru pegi sini sebab kat situ lah port Mamoru beli bebarang ping-pong dia.

Tapi aritu masa nak tengok movie Pirates of the Carribean, Mamoru ajak aku ke VIVA Mall nih. Aku punya lah tak setuju bila Mamoru drive masuk mall nih. Terus mood down.

Tapi bila masuk je parking, aku tengok lawa pulak parking dia (parking free buat masa ni). Pastu bila masuk lif, bertambah sikit kekaguman aku. Bersih. Cantik. Dan bila masuk je Ground floor mall tu, mulut aku dah whoaa.. kagum sikit kat situ.

Tak ramai orang lagi kat sini, tapi semua lot kedai dah dibuka. Ekslusif. Not bad. Restoran pun fuhh.. decorate mengalahkan hotel. Nak duduk makan pun, kena fikir pat lima kali. Kut dia charge beratus-ratus kang, tak pon manalah tau ada dress code nak masuk restoran situ.. huhu haru.

Kat mall ni ada Giant. Aku siap belanja kat dalam tu sampai habis dekat nak tujuh ratus jugak lah.. tsskk. Selalu shopping barang dapur takde lah melampau sampai macam nih. Tapi disebabkan gayat dengan tempat baru, terus otak shopping tu jadi tak waras. Pokai akak dik non..

Paling best, dia punya cinema. Baru, besar, dan best lah. Siap ada 3D cinema lagik. Pasnih, boleh lah ke sini lagi. Dekat sikit dengan rumah kalau nak compare dengan Mid Valley :)

Mamoru boleh perli aku ok. Ye lah, memula tadi kan aku berkeras tanak pegi situ.. huhu.


Nih masa kali ke dua aku kesini. Ariff suka sangat main bola kat centre court. Maklum lah kawasan luas.. customer pun tak ramai lagi ke sini.


Barang penuh tak muat satu troli sampai kena gantung kat luar troli.


Viva Mall.. aku main cilok je gambar nih kat internet.

Tuesday, May 24, 2011

Anak-anak yatim

Sedih kan dengan nasib anak-anak yatim yang ditimpa tanah runtuh baru-baru nih. Aku punyalah sebak sampai mengangis bila fikirkan nasib yang menimpa derang. Tak sanggup aku nak baca berita yang ada dalam paper. Tengok gambar pun dah berlinang air mata :(

Aku tak boleh imagine macam mara rasanya diri yatim piatu. Kira bertuah jugak lah hidup aku nih. Walaupun dibesarkan dalam family yang semekin, takde ibu, tapi aku still ada ayah. Mamoru mungkin lebih memahami life anak yatim. Dia membesar dari kecil tanpa ayah dan ibu. Dia cuma ada nenek dan adik-beradik lain (antara sebab aku sayanggg Mamoru sangat).

Kompeni aku keje ni ada buat program tutorial untuk anak-anak yatim. Aku volunteer jadi tutor. Seminggu dua kali ajar derang. Kena sacrifice masa sikit lah lepas habis ofis hour. Seronok. Bebudak nih aku tengok cepat tangkap apa yang kita ajar. Cuma perlu bagi galakkan dan semangat pada derang.

Aku ajar untuk syllabus sekolah rendah. Ok lah.


Nih masa nak balik. Belakang sekali tu student yang aku ajar: Hafiz & Musa.

BBQ at Chilling lagik

Macam takde tempat lain kan? Tapi nak buat camner. Tempat nih je yang aku yakin tahap kebersihan airnya. Banyak ikan (tapi dilarang tangkap), tempat cantik, selamat untuk bebudak, ada kawasan lapang untuk selamatkan diri in case kalau berlaku 'kepala air', kemudahan asas pun ada (surau, toilet, etc).

Trip nih aku aci menyelit je dengan bebudak ofis Chua. Dapat lah buat get-together dengan kengkawan yang dah lama tak jumpa. Seronok.


Khemah penghalau nyamuk yang sangat berguna. Mender nih memang stanby dalam keta je. Maklum lah, aku dengan Mamoru memang gemor buat trip emergency. Asal tergerak nak berpiknik je, terus pergi tanpa berlengah lagi.. hihi


Chua & the gang tengah mem-BBQ


Dapat lah jumpa Balqis, Ayang & Puex kat sini. Kalau tak, setahun idak lah sekali dapat jumpa.. huhu


Me dengan hero-hero hensem.


Ariff yang suka sangat main dalam kelambu


Ariff dah tunjukkan bakat untuk jadi pelapis xtvt camnih. Bagus anak mummy!


Dapat BBQ di tempat cantik camnih adalah satu kepuasan.


View sungai Chilling


Port nih biasanya dalam. Tapi mungkin sebab hujan jarang turun kat sini, air sungai jadi cetek.


Ada masa free nak pergi lagi!

Ariff & Amarr

Susah nak suruh dua hero aku berposing. Sangattt susah. Nih pun snap taim Ariff dah tidur. Amarr je lah yang beria posing sengsorang.


Amarr yang murah dengan senyuman :)


Pantang sesiapa tegur, senyum je lah dia..


Ariff tidur sambil hisap puting. Dua minggu lagi genap usia dia 2 tahun. Puting still tak lekang. Salah aku gak yang perkenalkan dia dengan mender alah nih. Amarr pulak, langsung aku tak bagi mender alah nih. Dah ada pengalaman katakan..


Amarr membuli abang dia yang tengah tidur.



Tengah posing, Ariff tukar posisi pulak.. hihihi



Sampai tertanggal stokin Amarr duk posing. Walaupun usia Amarr dah 6 bulan, aku tetap pakaikan sarung tangan. Sebab dia suka sangat mencalar-balar kan diri sendiri. Kuku dia jenis gelas. Kalau potong pun, tetap panjang.


Ariff tukar posisi tidur lagi.. Tapi Amarr tetapp menten senyum.

Monday, May 23, 2011

Memanjat Broga


Mendaki bersama ofismate & ex-ofismate Mamoru. Tenkiu Qemma, Ina, Zu, Julia (bukan nama sebenar) Asrul dan alaa-aku-lupa-siapa-nama-kameramen-lagi-sorang-nih?

Ekceli takde sorang pun antara kami penah sampai area Bukit Broga nih. Semua pakat google cari peta, guna gps atau pratikkan skill 'pure people' (bak kata Asrul) dalam menjejak lokasi Broga.

Tak susah pun mencarinya. Kata tempat femes kan?


Sahur di Q Bistro. Err.. sarapan di subuh hari orang panggil apa eh?


Bergambar di Puncak Broga. Senang je trekking kat sini. Semua orang boleh buat kut. Aku tengok budak kecik pun selamba berlari panjat bukit nih.. hihi. Tapi jangan under estimate juga. Sebab member ofis aku punya kawan just trekking separuh jalan je - tak larat katanya.


Posing taim matahari naik. Tak nampak pun kat celah mana sunrise sebab awan mendung je. Tau-tau dah cerah.. huhu


Klik pada gambar kalau nak view jelas sikit nah.


Girls power. Aku sorang je dah kawen. Awek-aweks yang lelain nih sumer single tau. Available atau tak, sila tanya tuan badan :)


Me & Mamoru. Exercise sebelum join xtvt naik gunung.


Me & Julia (bukan nama sebenar)


Sarapan mee goreng mamak di puncak Broga


Mamoru dan alaa-aku-lupa-siapa-nama-kameramen-lagi-sorang-nih?


On the way turun


Gambar camnih harus ada. Bonggol-bonggol bukit kat belakang tu semua puncak botak yang wajib dilalui untuk ke puncak.


Best gak kawasan nih.. ada batu, ada trek lalang, ada view 360'.. tapi gamai bebenor laa.. kalau hujan sikit je konpem lunyai trek...


Aksi pelik musti ada. Aku just bawak waterbag seketul + compact kamera + mee goreng je :)


Pakai T kaler pink + stokin pink.. hahaha. Bukan kaler pilihan tapi saja gedik.


Cantik kan view dia. Tapi kalau trail dia just satu denai je sure lagi cantik.


Pekena air kelapa kat starting / ending point.