Monday, December 31, 2012

Cuti last tahun ni

Cuti hari ni. Cuti terpaksa.

Dah 2 hari area rumah ni takde air. Babysitter malam tadi sms cakap tak boleh jaga baby sebab takde air. So, nak buat camne, cuti je la kekdahnya.

Tak suka lah bila takde peringatan bila air takde. Aku cek website Syabas pun takde announce apa-apa. Bila dah jadi camni baru lah nak cakap derang tengah tukar injap apakejadah la, haper la, pasal tu air takde. Kalau inform awal kan ok. At least boleh aku save se-tong dua. Nih tidak. Huru hara rasa dunia bila memasing nak berak.

Pagi tadi boss aku call. Tanya pasal account issue. Pastu tengahari tadi dia call lagi tanya isu yang sama. Kesian pulak bila dia kelam kabut taim aku cuti.

Aku cek email office tadi. Baca email yang boss aku hantar ke HOD. Boss back-up aku beb. Terharu ok. Terasa sangat berbaloi aku keje bawah dia. Walaupun dia sangat sacarstic.

Ekceli, ada isu yang aku pun tak tahu sama ada aku patut share kat sini.

Bila kakak A kena transfer bulan 7 aritu aku ingat dept ni dah boleh keje dengan tenang tapi nan hado. Ada pulak dua tiga staff lain yabg naik tocang.

Haih. Semua yang naik tocang ni terdiri dari staff yang umur 50 an ke atas. Kira betul la teori aku tentang orang yang meroyan bila umur menghampiri menopaus kan?

Lebih ekstrim bila ada staff-staff menopaus ni mula timbulkan aura bersifat racist. Sorang lagi asyik la dengan agenda nak mengkristian orang. Ajak orang buat kebajikan. Tapi bila tiba part nak salurkan bantuan, dia pilih hantar ke church tanpa maklumkan orang lain. Tak pepasal member aku yang nak tolong agihkan bantuan kena halau dari church. Gila kan?

Memacam lagi la mender gila yang jadi. Koser aku bercerita.

Aku cuma harap, bila kontrak HOD sementara ni tamat, pihak management tukar lah dengan HOD baru yang lebih berpengalaman. Sebab aku rasa, masalah dalaman ni boleh settle kalau ada boss yang berkredibiliti. Yang tak bias. Dan bijak tangani masalah dalaman dan pandai buat keputusan.

Sunday, December 30, 2012

Planning mendaki

Dah nak start tahun baru.

Planning apa patut. 

Planning masa depan,
Planning saving,
Planning jenjalan,
Planning kumpul harta,
Planning nak panjat gunung mana.. hahaha.

Bab planning gunung ni, kalau tengok semula trend aku naik gunung sepanjang 4 tahun selepas berkahwin, secara purata adalah setahun sekali je. Compare dengan sebulan 4 kali masa bujang. 

2006 & 2007 adalah tahun menggila gunung. Lebih 30 gunung aku panjat dalam setahun. Dalam setahun ok.

Tahun - tahun selepas tu just satu/dua gunung je setahun.. sob sob:
2008 - Gunung Mulu & Pinnacle sahaja (bukit-bukau tak termasuk laa)
2009 - Pregnant kan Ariff
2010 - Gunung Trusmadi & Tambuyukon (mendaki masa pregnantkan Amarr)
2011 - Gunung Korbu & Gayong
2012 - Gunung Batu Puteh

Tapi takperlah, janji ada, ye tak? Panjat gunung ni bahaya. Sekali addicted, selamaya susah nak tinggal. Macam orang amik dadah juga.. hihi. Kalau berjaya tinggalkan jugak hobi ni, tettttaaapppp akan teringat-ingat kembali.

Kalau ikut hati, memang lah nak pergi mendaki tetiap bulan. Tapi, kena buat realiti check juga. Anak-anak kecik lagi, takkan nak selalu tinggalkan. Kang pepatah kera dihutan disusukan, anak kat rumah mati kelaparan, jadi kenyataan.. huhu. Minat tu minat juga, hati pasangan & anak-anak mesti kena jaga.

Naik gunung ni, kena ada tujuan juga; nak tengok keindahan alam, nak challenge diri sendiri, nak tambah koleksi gunung, nak rasa trek berbeza, nak cari ketenangan, etc. Tapi, kalau masuk hutan tapi family berantakan, dapat ke ketenangan? Confirm rasa kosong je kan. Huhuhu.

Anw, aku takde plan lagi nak panjat gunung mana tahun ni (Kecuali gunung Kinabalu. Itu pun sebab nak merasa trek via Ferrata Low's Peak Circuit. Gunung Kinabalu ni aku tak consider macam gunung biasa yang aku suka panjat sebab trek Kinabalu ni clear sangat. Tak rasa macam dalam hutan pun kekdahnya). 

Note: Bila aku sebut 'Plan' nak masuk hutan pergi mendaki maknanya trip yang ambik masa lebih 2 hari 1 malam kat hutan. Trip daypack tak kira naa..

Apa pun, depends pada invitation dari kengkawan. Kalau derang invite gunung yang aku belum pernah pegi, dan kena pulak tarikh tu aku free, insyaAllah aku join. Tapi kalau invitation tu untuk gunung yang aku dah pernah conquer, minta maaf ya, terpaksa tolak sebab time constrain. Tanak buang masa. 



Saturday, December 29, 2012

Fashion Terrorist

Yep, itu adalah gelaran terbaru yang aku dapat kat ofis tadi.

Fashion Terrorist! Tak tahu lah apa makna dia, tapi I like.. haha. Bunyi macam ganaz.

Maybe betul jugak apa yang Kakak A pernah cakap dulu, dressing aku kengkadang macam rebel. Macam nak protes something. Haha.. gasak la orang nak interprete macam mana pun. Janji aku bukan pegi keje berbogel.

Nota kaki: Kakak A dah kena transfer tempat lain. Memang tenang sikit la sekarang ni. Dengar cerita dia baru balik haji.  Alhamdulillah, harap dia dah insaf lah.

Sambung balik cerita terrorist ni.

Lately ni memang dressing aku ikut sedap badan je. Jarang aku nak dress up, makeup, apatah lagi nak pakai heels, hand bag atau accesories lain.

Selalu tu aku pakai kemeja & seluar je. Kalau rajin, aku iron baju. Kalau tak, aku cover dengan vest. Tudung pun camtu gak. Sauk mana sempat capai. Kasut? Antara selipar, kasut pengawas hitam atau kasut jogging/hiking.. haha. Never la aku nak pakai heels. Sampai aku rasa macam nak let go heels yang ada kat rumah sebab jarang sangat pakai. Yang tak berpakai sejak beli pun ada 4 ke 5 pasang.. huhu

Btw, yang gelar aku 'fashion terrorist' tu adalah colleague yang rapat dengan aku kat ofis ni.

Ok what gelaran ni compare dengan fashion disaster..hahaha.

Friday, December 28, 2012

Adrenalin rush

What would you feel when you do something like wall climbing?

Mesti you all imagine you sedang strap dalam safety tools dan tergantung di dinding setinggi bangunan 3 tingkat, kan?

Imagine something beyond that. Something more extreme and dangerous.. haha, ayat nak exagerate lebih.

Ok, ok serious. Imagine tempat yang korang panjat tu adalah setinggi lebih 12,000 kaki (3776 meter) Or we can say almost 4 km above the ground? Hihi.

Yes. Now what would that make you feel?

Ekceli, I'm challenging myself for Kinabalu via Ferrata Low's Peak Circuit!! OMG! OMG! Macam tak percaya ok.

So, this is going to be my second time climbing Kinabalu (third for Mamoru). But our first climbing via Ferrata Low's Peak Circuit! Yay!

Photo credit to :
mycoolholidays.com
taiwana.blogspot.com

Tunggu aku punya version gambar pulak naa.

Thursday, December 27, 2012

Mimpi

Dalam seminggu dua ni kerap sangat dapat mimpi-mimpi yang menakutkan.

Bukan mimpi hantu, tapi mimpi yang macam real. Mimpi yang buat aku menggigil dan menangis bila terjaga.

Tak suka mimpi macam ni.

Buat aku depressed.

Kenapa mimpi ni wujud ek. Perlu ke ada mimpi?

Monday, December 24, 2012

Progresif rumah baru II

Rumah dah semakin cantik. Bahagian dalam dah dibersihkan. Pagar pun dah ada walau belum siap sepenuhnya.

Layan gambar je lah. Update guna handphone ni tak boleh edit lebih-lebih. Nak tulis caption pun susah.. hihihi.

Ok lah. Nak off to Afamosa Resort jap lagi.

Friday, December 21, 2012

Balik Kampung Melaka

Besok nak balik Melaka. Spend cuti panjang kat sana.

Best kan minggu nih dan minggu depan. Boleh direct amik cuti sampai 4 hari taim wiken.

Apa xtvt nak buat kat Melaka ni ek? 

Mamoru dah banyak kali komplen aku tak pernah bawak dia berjalan kat Melaka. Haih. Aku bukan tanak bawak, tapi aku sendiri fail jalan ke Melaka nun. Silap lah kalau dia suruh aku bawak. Ada yang terlajak ke Johor nanti. 

Tapi takper, sekarang dah maju. GPS kan ada. Berguna sungguh GPS ni tau. Aritu buat road tour ke Perak & Pahang guna GPS je. Tanpa was-was ok. Road tour ke Kelantan pun sama. Penuh konfiden drive guna GPS :)

Berbalik pada topik Melaka tadi. Apa yang best kat Melaka ek? Nak google sat lah hahahaha.. (buat malu orang Melaka je aku ni)

Tak kisah lah apa pun xtvt kat Melaka nanti, yang penting, aku nak pegi tengok rumah baru. Aritu dapat surat dari developer cakap dah complete segala-galanya. Surat bank pun dah dapat cakap loan aku dah fully disbursed. Yeyey, tunggu CF dan insyaAllah tahun depan dapat kunci.



Thursday, December 20, 2012

Wishlist

Kena pilih antara dua. Atau nak beli dedua?

Haih.

Sangat susah nak buat keputusan.


Canon IXUS 220 HS 

Nak beli sebab kamera ni kecik, kompak & wide-angle lens (mini DSLR)
Pro: Kecik dan ringan. Senang bawak masuk hutan. Dan nak guna masa trip via Ferrata - Low's Peak Circuit nanti.
Cons: Aku dah ada kamera. Canon G9. Sony kompak. Cuma tak wide-angle je lah


Ipad Mini

Nak beli sebab comel. Senang nak display gambar Makeupfreak, Dais, Baju pengantin (untuk bisnes). Plus Mamoru memang nak belikan Ariff & Amarr Ipad.
Pro: Sangat mudah dibawak kesana sini. Smart.
Cons: Kat rumah dah ada 2 laptop (3 termasuk Mamoru punya) dan 1 desktop. Plus handphone touch screen yang boleh surf internet juga ada. Function semua sama. Cuma laptop & desktop ada keyboard je lah.


Haih.

Think aD. Think. Money wise.







Hijabfreak2u

Announcing:  Hijabfreak2u

Menjual pelbagai jenis hijab terkini dan berkualiti tinggi pada harga yang sangat menarik!

Lawati FB Hijabfreak2u di sini:

http://www.facebook.com/pages/HijabFreak2u/121119117924337

Semua Hijab kami adalah limited & selling fast. First comes, first serve ya!

See you at Hijabfreak2u :)






Tuesday, December 18, 2012

Mood hujung tahun

Bila dah hujung tahun, mula lah keje tak cukup tangan. Rasa kalau boleh, nak panjangkan office hour jadi 24 jam sebab 9 to 5 adalah tak cukup nak settlekan semuanya.

But, tak kisah la keje nak melambak ke, menimbun ke, janji hujung minggu ni cuti panjang & next month gi holiday dengan hero 3 orang tu!

*wink wink*

Monday, December 17, 2012

Mamoru saya


Dia adalah lelaki yang sentiasa menghormati dan mengutamakan saya. 
Dia jarang meninggikan suara. 
Dia suka memberi nasihat. 
Dia pendorong utama dalam setiap apa yang saya ingin buat. 
Dia sahabat yang setia.
Dia suka bergurau dan buat saya tertawa.
Dia pengubat resah dijiwa.
Dia mempercayai saya sepenuhnya.
Dah hampir 5 tahun kami bersama dan kasihnya tak pernah berubah.
Dia adalah Mamoru saya.

    
Mamoru dan Saya


p/s: aD jiwang hari ni :)

Big Bad Wolf

Dah hujung-hujung baru nak pegi sini. Semua buku best dah kena sapu. Kalau ada pun terselit ntah kat mana sebab dah bersepah.. tsk.

Nak cari tak larat sebab mata dah mengantuk Pegi pukul 3 pagi Sabtu aritu. Mana tak mengantuk.

So, cari buku untuk Ariff dan Amarr je lah. Banyak buku kekanak yang best :)

Anw, aku & Mamoru dah register among 500 guests untuk next Big Bad Wolf punya preview. Boleh la beli buku yang best-best next year.
:)

JJCM Yunnan Muslim Restaurant

One of my favourite chinese muslim restaurant. Located kat Setiawangsa. Area ofis lama KRU dulu. Walking distance dari LRT Setiawangsa. Harga sangat berpatutan :)

Sangat sedap makanan dia. Suka sangat kambing yang dicucuk lidi kecik dan digoreng pedas. Sangat lembut. Takde bau hamis kambing. Lupa nama dish ni.

Banyak lagi menu yang best kat sini. Aku share sikit je. Pernah dine in kat kedai ni dulu tapi tak puas makan. Maklum lah kalau makan bawak bebudak kecik memang tak boleh menikmati makanan dengan khusyuk.. hihi. Kena makan lelaju. Suap dan telan kekdahnya. Tak feel.

So, weekend aritu, aku just tapau bawa balik. Makan kat rumah heaven sikit. Ariff & Amarr nak mengamuk satu rumah pun taper.. hihi.. mummynya tetap tenang layan kambing goreng Yunnan..

Sunday, December 16, 2012

Malakoff Run 2012

Hari ni ada Malakoff Run kat Bukit Kiara equestrian club. Lari untuk 12km ok. Mau semput sebab dah berbulan-bulan tak training.

Yer, saja cari pasal kan?

Haha. Pedulik. I must be very-very active, kata doktor.

Managed to complete the run in 1 hour 45 mins. Itupun minta nyawa dibuatnya. Nyaris tak lari sambil nangis.. sob sob.

Lari sorang-sorang lak tu. Sebab Mamoru lari awal setengah jam dari aku. Aisyah pula, halfway dah hilang. Stress lari takde kawan..

Saturday, December 15, 2012

Beli hiking shoes

Walau pun panjat gunung setahun sekali (buat masa ni), kasut baru tetap kena beli.

Lagipun, aku nak ganti kasut hiking aku yang dah barai akibat penangan asid dalam lumpur gunung.

Nanti bila Ariff & Amarr dah besar sikit, boleh la kembali aktif dengan hobi gila ni..hihi.

Sabar itu subur (ayat siapa ni? eh)

Friday, December 14, 2012

Day 5 - Discharged, yey!

Alhamdulillah, Ariff & Amarr dah boleh discharge hari ni.
Packing. Packing.
Jom balik.
Hepiiiiiiiiiiii.....!!!
Amarr & Ariff ambil last neb sebelum discharge lewat petang tadi
Amarr with topi daddy. Comelnya anak mummy ni!
Senyum Amarr sentiasa buat hati mummy tenang :)

Thursday, December 13, 2012

Day 4 at PCMB

Ariff pula kena admitted semalam. Symtom hampir sama dengan Amarr.

So, tukar bilik daripada single ke double bedded room. Luas sikit untuk Ariff & Amarr main lari-lari.

Hari tu Amarr jumpa eye specialist. Doctor kata mata Amarr kena serious infection. Ada nanah. Mujur boleh treated. Doktor dah bersihkan mata Amarr. Selang 4 jam, nurse akan bubuh ubat titis sampai 4 jenis dalam mata Amarr.

Nak share pengalaman, kalau baby demam panas dan mata merah berair, terus bawa ke hospital. Never trust clinic doktor kalau dia cakap your baby eyes turned red because of high fever. Lesson learnt.

Tadi bawa Amarr teman Ariff jumpa pakar ENT kat sini. Follow.up checkup. Kalau last week doktor keluarkan bendasing dari hidung Ariff, this week Doktor bersihkan telinga Ariff pula. Doktor buang tahi telinga Ariff yang dah mengeras. Kata doktor, kalau biarkan, akan effect pendengaran dia.

Haih. Macam ni la agaknya mommies yang ada anak-anak kecil.

Sabar. Sabar.

Oh, aku baru dapat tahu Aida akan bersalin first baby kat hospital ni esok. Wow. Lama gila tak jumpa dia. Last masa tahun 2006. Masa aku single dulu.. haha. Aku ada cerita pasal dia kat blog ni dulu. Tak sabar nak jumpa dia esok!

Wednesday, December 12, 2012

Day 3 Amarr at PMCB

Malam tadi aku & Ariff tidur kat rumah. Mamoru temankan Amarr kat hospital.

Hari ni masuk ofis macam biasa. Kerja bertimbun. Otak kosong. Buat keje macam mesin. Nak cepat habis. Nak balik cepat.

Cuti untuk esok & lusa dah apply.

Rindunya kat Amarr & Ariff.

Tuesday, December 11, 2012

Breakfast

Sekejap lagi pakar mata datang bilik kami.

Sementara tu, jom sarapan kengkawan.