Tuesday, July 31, 2012

Rumah baru dah 95% siap

Living area
Dining Area 1
Porch & main entrance. Sebelah kiri tu master bedroom.
Kitchen area
Last wiken masa kat Melaka, sempat pegi jenguk rumah baru.

Rumah dah 95% siap dan dah cantik. Tinggal nak pasang sinki, plug
point, paip air.

Aku suka style tingkap rumah ni. Moden dan penuh dengan cermin. Cuma
kena tinted gelap sikit lah. Kalau tak, see through segala-galanya..
haha.

Sekarang, developer tengah buat saluran perparitan kat depan rumah.
Maybe next, derang akan start buat jalan.

Since, next year baru dapat kunci rumah, aku ada masa setahun lagi
untuk prepare duit untuk:-

1. Payment untuk tukar master title (Wajib)
2. Deposit Air (Wajib)
3. Deposit Electrik (Wajib)
4. Beli plug point, lampu, kipas, kepala paip (Wajib)
5. Pasang grill - aku dah pilih design grill yang aku suka (Wajib)
6. Renovate dapur - open kitchen with island (Harus)
7. Renovate bilik air - my wish, simple bath tub dgn glass wall (Harus)
8. Renovate siling - nak masukkan element kayu (Harus)
9. Beli gazebo (Ngengada)

Eksaited betul nak deco first house ni. Tapi yang sadis tu, tataw bila
nak duduk sana.. huhuhu. After retirement, maybe? Now tengah menjengah
peluang beli rumah kedua kat area KL atau Selangor. InsyaAllah.

Sebenarnya kan, nak beli rumah lebih dari satu bukannya susah sangat.
Antara tips (untuk husband and wife) kena ingat, bila beli rumah :-

Tak kira lah rumah first tu atas nama suami atau isteri atau kedua-dua
nama sekali, kalau korang perlu keluarkan EPF (Acct II) untuk bayar
downpayment atau SPA, etc., make sure korang hanya keluarkan EPF salah
seorang sahaja (esp untuk rumah atas dua nama).

Contoh:
Let say, korang beli rumah bersama (2 nama - husband & wife).
Downpayment rumah RM30,000
EPF Acct II wife ada RM31,000
EPF Acct II husband ada RM20,000
Kalau tak silap, EPF boleh luluskan 17% (dari harga rumah) untuk
pengeluaran Acct II untuk kedua-dua husband & wife ni
So derang akan dapat cash RM31,000 + 20,000 = RM51,000
Kayo la sekejap kan. Lebih dari cukup untuk bayar downpayment rumah
RM30,000 + SPA segala.

Tapi nasihat aku, jangan lah keluarkan sampai dedua account sekaligus.
Sorang je buat pengeluaran di EPF dah memadai. So, lain kali, kalau
korang nak beli rumah lain, korang masih ada saving Acct II kat EPF
pasangan yang sorang lagi untuk buat downpayment. Dengan cara simple
camni je korang dah boleh beli 2 biji rumah sekaligus. Senang kan?

Kalau nak beli rumah ke-3 atau ke-4 pulak, pun senang. Esp kalau
korang ada buat ASB Loan. Taim memuda, ni buat je lah ASB Loan (amik
ASB Islamic Loan, kalau tanak was-was). Buat lah RM100k atau kalau
mampu, buat maksimum RM200k. Setiap tahun korang dapat dividen average
7.5%.

Contoh:
Kalau buat ASB Loan RM100,000 (max 25 yrs)
Monthly payment RM568
Average dividen yang korang akan dapat : 7% x RM100,000 = RM7,000
yearly (estimate)

So, kalau korang jenis pandai menyimpan, dalam tempoh tiga pat tahun,
korang dah boleh buat downpayment rumah ke-3 (contoh ni untuk harga
rumah lingkungan RM300k) Kalau nak rumah yang lagi grand, buat la
saving banyak sikit.

Ada banyak cara nak generate duit untuk downpayment rumah. Kat atas ni
antara contoh yang aku rasa paling mudah (tanpa bantuan kewangan dari
mak-bapak). Yang penting, korang kena kreatif dalam bab menyimpan duit
ni. Bukan kreatif menghabiskan duit.

Satu lagi info penting yang korang kena ingat: credit card is bad for
your financial health same goes to pembelian barang secara hutang
(e.g., Seng Q, etc). Sebab kalau sekali korang terlepas buat bayaran
bulanan, satu 'tanda' akan muncul dalam record CCRIS korang.
SERIOUSLY. Mender ni lah yang akan menyebabkan korang punya potential
housing loan, car loan kena reject.

PMS

Whoa.

Cantik cahaya matahari keluar dari celah awan hitam. Pagi tadi
punyalah lebat hujan. Basah sekerat kain baju kurung aku.

Bercakap pasal baju. Tahun ni persiapan semua sederhana. Nak bermewah
pun rasa bersalah sebab terlalu ramai orang keliling aku yang hidup
susah. Nak bantu semua sekali, tak mampu. Sedih la tengok orang susah
ni. Sungguh aku tak sampai hati. Semoga Tuhan murahkan rezeki mereka
semua.

Aritu, keluarkan songkok lama Ariff & Amarr. Suruh Amarr pakai satu.
Asal pakai je Amarr terus 'sujud' macam orang sembahyang. Comel tengok
budak kecik usia setahun lebih dah pandai tiru pergerakkan dalam
solat. Maybe dia ingat pakai songkok kena sembahyang kut. Bagus Amarr.
Sejuk perut mummy tengok Amarr camni. Jadi anak yang soleh ya bila
besar nanti.

Haih.

Mood tengah swing. Blame it to the PMS. Tak suka keadaan macam ni. Bab
period setiap bulan, takde masalah. Tapi bab emo terlebih masa PMS,
serius aku tak faham. Kenapa perempuan kena emo terlebih taim ni?
Paling tak boleh diterima akal, bila emo over small or stupid things.
Urgh.

??

Monday, July 30, 2012

Kecik hati

Ada bende boleh share. Ada benda tak boleh share.

Bergenang air mata dari malam tadi bawa ke pagi ni. Tahan dengan
sepenuh hati, jangan kasi tumpah.

Sib baik hari ni 'cuti' puasa.

Lantak lah nak emo mcm mana.

.............................................................................................

Saturday, July 28, 2012

Dating di malam Ramadhan

Plan nak keluar dating dengan Mamoru tetengah malam Ramadhan berjaya! Best. Tapi bukan dating berdua lah. Ber-enam dengan Chua, Yanti, Aisya & Eton.


Dengan Mamoru - supper kat nasik lemak Kg Baru

Takde dalam gambar - Eton

Takde dalam gambar - Mamoru

Jenjalan Jalan TAR. 

Posing kat area Masjid India - Suka tgk ketupat lampu atas tu :)

Kedai bunga 

Gedik sengsorang

Lastttttt, supper kat Look out point Ampang sambil tengok view KL. Taim ni dah pukul 4 pagi kut. Mata aku dah start kuyu kena angin malam.

Friday, July 27, 2012

LONTONG (1995 Telemovie) Ogy & Salih Yaacob

Wiken datang lagi. InsyaAllah esok balik Melaka, spend masa dengan family belah aku pulak. Maybe gerak lepas sahur kot sebab sebelum tu nak supper + sahur kat luar berdua dengan Mamoru. Sajer amik mood mengimbas kenangan sahur kat luar zaman bujang dulu.


Bulan puasa ni memang agak tough la bagi aku sebab sepanjang kami kahwin, ni lah first time aku just dapat berbuka dengan dia taim wiken je. Sedih beb.  


Selalu tu dalam bulan puasa ada banyak mender aku buat dengan Mamoru, e.g.,

  • Jenjalan kat pasar ramadhan. Kengkadang tu bukan sebab nak beli makanan sangat, tapi sebab nak amik mood time bulan puasa. Suka tengok orang gegamai beli lauk pauk untuk berbuka (Ramadhan kali ni, belum pernah sekalipun aku jejakkan kaki ke mana-mana pasar ramadhan. Takde mood nak gi sengsorang)
  • Jenjalan taim malam semata nak tengok lampu ketupat yang besar-besar sepanjang jalan kat KL. Kengkadang tu sampai dua tiga kali aku suruh Mamoru drive pusing kat tempat yang sama semata-mata sebab suka tengok lampu ketupat tu.. haha. Serius.
  • Jenjalan kat mall yang buat decoration rumah mini traditional sempena raya. Tengok shopping kompleks mana yang buat deco raya tercantik.
  • Jenjalan gi sahur kat luar atau berbuka kat luar

Takperlah, pelan-pelan.


Anw, layankan movie raya kat bawah ni. Cerita lama, lawak bodo-bodo tapi aku suka tengok. Cerita ni keluar tv taim raya masa umur aku 16 tahun :)








Multiply user sila klik sini: http://www.youtube.com/watch?v=sQO4X3jCHPw&feature=player_embedded



Thursday, July 26, 2012

Cerita dulu

Semalam Chua call tanya tanya tentang first time aku pegi rumah Mamoru dulu:

"aD, ko ingat tak first time kita pegi rumah Fazi dulu. Masa tu ko ada
masak ayam masak merah untuk amik hati nenek kan?"

"Manader. First time aD pegi sana masa kita ada program kat Kem
Ampangan la. Yang tu second time. Lagipun, taim tu bukan sebab nak
amik hati mertua bagai. Kan kita masak sesama sebab ada gathering
berbuka puasa dengan bebudak Kem."

"Ye ke? Masa tu ko dah couple dengan Fazi kan?"

"Takde lah. Gila apa. Masa tu tahun 2006 kan? Taim tu Fazi ada
girlfriend lah. aD rapat dengan Fazi masa pertengahan 2007. Lepas dia
clash dengan Rina awal tahun 2007 tu."

"Abis tu, masa kita pegi rumah Fazi tu bukan korang rapat ke?"

"Manader. Tahun tu aD manader sesiapa. Kan orang gossip aD dengan Phob
tahun 2006 tu. Tak ingat ke? Lagipun masa kat rumah Fazi tu rasanya aD
banyak spent masa dengan Chua je. Tak ingat ke taim kita main meriam
besi kat rumah Kubeng lepas?"

"A'ah la. Lupa pulak ko ada masa main meriam tu."

"Gambar kita main meriam tahun tu pun aD ada upload kat blog kalau tak silap."

"Ada ek? Menarik ni. Aku nak carik lah."

"Naper tanya soalan pelik ni?"

"Aku ingat nak buat tajuk "Ayam Masak Merah untuk amik hati ....."
(apermenderntah Chua cakap, aku lupa).

"Buat pe?"

"Saje."

"Dah takde keje la tu."


Bercakap pasal cerita dulu, buat aku rasa nak sambung balik cerita "Me
& Mamoru" part berapa ek? Part 4 ke Part 5?

Lupa ok. Berkurun dah cerita tu tak habis. Bukan tanak habiskan, takut
nanti ada yang offended dengan apa yang aku tulis. Banyak hati nak
kena jaga.

Nanti lah aku cek dengan Mamoru. Kalau dia tak kisah, aku sambung
cerita ni. Kalau tak, sampai kat situ je lah :)

Wednesday, July 25, 2012

Lari lari larikkk

Yah yah yah.. lets run, girls. 


My running xtvts for this year


24 Jun 2012        - Standard Chartered KL Marathon 2012 (Yang ni dah lepas aritu)
9 Sept 2012         - Adidas king of the road

30 Sept 2012      - SALOMON X-TRAIL RUN 2012  
20 Oct  2012        - Marathon BSN Putrajaya Night Run
18 Nov 2012        - Penang Bridge Marathon



Yang ni paling baru Mamoru daftarkan untuk aku. Dapat t-shirt Solomon saiz XS worth RM80  yayyy:-



Tuesday, July 24, 2012


Busy.

Biasalah kalau dah start keje tu memang non stop ngadap keje la jawabnya.

Semalam berbuka air kosong je. Tak dan nak singgah beli makanan. Lagipun bukan sedap lauk pauk yang dijual. Masak sendiri lagi best.

Lepas berbuka dengan air kosong, sinsing lengan, masak sambal sotong. Zass zass.. zass.. dah siap. Tak sampai 15 minit. Heaven makan lauk masakan sendiri.

Hari ni nak ajak akak adik- adik berbuka kat umah. Tak best la makan sengsorang. Plan nak masak laksa. Subuh tadi Aku dah sesiap rebus ikan dan prepare rencah laksa. Balik kang terus masak je.

Kalau sempat, nak buat desert bubur kacang hijau campur durian. Desert kat pasar ramadhan mostly tak sedap langsung. Takde rasa.

Ok lah. Sekian update hari ni.

Monday, July 23, 2012

Wiken yang hebat!

Hari pertama berbuka spend kat kampung Kuala Selangor dengan the in-laws. Aku yang baru baik dari demam dengan bersemangatnya telah berjaya memasak 5 jenis juadah seorang diri for the family (dengan bantuan cik abang sayang la kan): Rendang Cendawan Raja, Siput sedut campur pucuk ubi, sambal ikan kembung, pekasam ikan tenggiri & Bubur kacang hijau campur durian. Aku masak non-stop dari pukul 12 tengahari tau. Tu tak termasuk aku masak lauk sup untuk hidangan putera-putera comel lagi. Fuhh..


Untuk juadah puasa hari kedua pulak aku just masak Siakap ala Thai & Siakap kukus 3 rasa. Sikit je sebab derang buat BBQ ayam.


Paling best, semua lauk yang aku masak licin taim berbuka (walaupun aku masak untuk kuantiti yang besar). Licin. Bersih. Nak bawak ke sahur pun tak sempat.. hihihi. Suka dengar orang puji masakan kita sedap. Siap suruh buat lagi. Tapi nanti lah dulu. Next week turn berbuka di Melaka pulak :)  


Salah satu menu untuk berbuka yang aku masak aku ambil dari blog Che Mat Gebu (CMG): Rendang Cendawan Raja (yang aku dah alter coz masukkan ayam sekali sebab Mamoru tak makan cendawan)


Sebelum balik dari Kuala Selangor semalam, aku sempat singgah pasar pasir penambang beli stok sotong, ikan, udang, sayur mayur segala. Not sure macam mana aku nak cope memasak bila balik keje nanti. Tapi aku cuba gak lah. Plan nak ajak adik-beradik datang berbuka sini sebab Mamoru takde. Nak berbuka sensorang macam sedihh je :(


Layan je la gambar kat bawah:




Bebahan mentah: Cendawan raja (aku pilih baby king mushroom - comei sikit bentuknya). Pucuk ubi tu aku simpul ikut teknik dari blog CMG juga. Tapi resipi aku buat sendiri.



Ni la hasilnya. Rendang cendawan raja campur ayam. Sedap gila. Sila google blog CMG untuk resepi asal sebab aku dah banyak alter ikut anak tekak sendiri hihihi











Siput sedut dengan pucuk ubi simpul. Ngam-ngam tinggal sepiring je taim sahur. Kalau tak, mau aku sahur makan nasi dengan kicap je hihi.


Bubur kacang durian yang aku buat sepenuhnya guna gula Melaka asli!! Masak seperiuk besau. Tapi aku just sempat rasa sepiring je taim berbuka. Pastu habis licin semua.. huhuhu


Sambal ikan kembung fav Mamoru :)


Hidang gegamai sementara tunggu Maghrib
Siakap ala Thai. Aku masak 2 ekor. Yang tinggal just kepala dan ekor. Tulang pun lesappp.. huhuhu


Siakap 3 rasa. Pun licin taim berbuka :)


Berbuka hari ke-2

Friday, July 20, 2012

Kuih Raya Famous Makde

Susah nak cari kuih yang super sedap untuk dijadikan kuih raya? 
Bosan dengan kuih yang nampak cantik tapi rasa hampeh? 


Cuba rasa kuih kami "Makde special home made" yang kami jual atas nama Biskutfreak. Kami berani gerenti kuih raya kami SEDAP!! Sekali beli pasti nak beli lagi! Lagi dan lagi. Serius tau. Korang takkan tertipu. Klik sini untuk order:-


Terbukti sejak dulu lagi :)


Paling penting, harga kuih kami tak pernah berubah sejak dulu. Masih RM22 untuk 50pcs.

Kami juga menerima tempahan untuk dijadikan hamper!

Welcome Ramadan

Buat semua umat Islam yang menyambut Ramadhan esok,


Selamat menyambut bulan yang suci & penuh mulia. Semoga kita terus teguh beribadah kepada-Nya. Dan semoga semua umat Islam yang hidup dalam keadaan dhaif, sengsara, sakit dan serba kekurangan dikurniakan rezki oleh Allah (swt) dan dilapangkan hati serta tabah dalam menempuh dugaan hidup ini.


Selamat berpuasa buat ayahanda, adinda, nenda, saudara-mara, rakan blogger semua. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelumnya.


Salam Ramadhan dari:
aD, Fazi, Ariff & Amarr





Nasyid from beautiful voice: Welcome Ramadhan

With Love full moons meet You
Wishes and Gladness Guest You Are
You Bring Gift and Great Rewards
Ya Marhaban (welcome)
Ya Marhaban Best Month
Day after day a world of love
Forge link of welcome
Welcome Best Month
Happiness and delights
Our Holy Month, Much Happiness
We welcome You Month we all adore
We pray for happiness and more
To all the people open up your door
Be slave joy
Let them so
Let them so
Ramadhan
Ramadhan
Welcome Holy Month Ramadhan
Ahlan (welcome) ya Ramadhan
The most beautiful Rhymes and songs
Comes in the beginning of this bless month
The Light increases in the whole world
And God is Forgiving and Appreciative
Ramadhan
Ramadhan
Welcome Holy Month Ramadhan
Ahlan (welcome) ya Ramadhan

Thursday, July 19, 2012

Handle Class Airbrush Makeup

Hari nih ada satu sesi kelas untuk student yang nak belajar Airbrush Makeup dari Makeupfreak. Jarang nak tengok MUA offer Airbrush Makeup Class pada public. Airbrush ok.


So pada sesiapa yang nak grab peluang nih, just give me a call at 019.200.6402 atau email ke info@makeupfreak.net. Per pax only RM650. Serious murah (Korang takkan dapat this price kat mana-mana, trust me). My intention, just nak tolong orang-orang kat luar tu tambah pendapatan. Or mungkin, ubah nasib hidup korang. Esp orang Melayu kita :)


Apa yang student akan dapat dengan RM650? Jawapan aku, SEMUA tentang airbrush makeup dan cara untuk menjadi Makeupartist yang berjaya. Tak ada Airbrush Set? Jangan risau, kami sediakan. Zero knowledge tentang makeup? Kami akan ajar sampai pandai :) 


Student yang attend kelas ni juga berpeluang untuk membeli Airbrush set (import from USA) dengan harga diskaun:)


Ok, got to go now. My students is waiting for me :)

Wednesday, July 18, 2012

Sambung cuti lagi

Baru sampai rumah. Pekena megi mee sambil reply email Makeupfreak. 


Tadi masa kat PHKL (Pantai Hospital), aku buat lung test. Ada improvement sikit. Doctor kata aku punya recovery sangat impressive. Tapi belum sampai tahap 'Fantastic'. Sebab kalau tengok dari result test, supposed aku reach 86% tapi tadi just 68% sahajor. So, aku kena repeat test yang sama dalam masa 6 minggu lagi. Meaning to say, no outdoor xtvt for the next 6 weeks lah kan. Taper, I'll survive that. Dan Doc sambung lagi aku punya cuti (home rest) untuk 2 hari lagi. Next week laa baru aku masuk keje semula :)


Balik dari PHKL, aku straight ke HUKM. Melawat cousin Mamoru. Nak beli buah tangan tak sempat, aku just beli 1901 Hotdogs dengan Coco Cappucino dari Starbucks (itu je yang aku sempat grab kat PHKL).


Masa aku sampai kat wad 1B,Kak Nor still tidur lagi. Dia baru lepas buat biopsi. Ekceli aku dengan Kak Nor takde lah rapat sangat. Aku bukannya pandai nak berborak panjang dengan sedara-sedara sendiri. Sedara orang apatah lagi kan. Tapi, dalam Islam ada tulis, once kau kahwin dengan suami kau, kau kena sayang sedara mara dia sama seperti sedara mara sendiri. 


Memula nak start conversation memang agak memalu kucing. Dah la Kak Nor macam tak larat nak bercakap, lagik la keras aku jadinya. Tapi pastu ok sikit. Borak punya borak sampai Pak Guard datang halau aku keluar. Waktu melawat dah habis katanya. Over kan aku. Kata pemalu bagai tapi bila tang borak, tak hingat donia sampai ada orang kena stop kan.


Rasanya, lama lagi kak Nor kena tahan kat HUKM. Jumaat ni dia ada MRI. Harap keputusan test dia negatif dan dia boleh balik sambut first puasa kat kampung. 


Ya Allah, selamatkan Kak Nor. Panjangkan lah umur dia. Berilah dia peluang untuk hidup lebih lama di bumi mu ya Tuhan. Amin.


Ok lah. nak makan megi cecepat. Pastu nak masak Ketam masak lemak cili api & sup leher ayam. Incik Mamoru jangan kelioq ya. Weekend ni aD masak special untuk bb :)

Extensive 6 hours Airbrush Personal Makeup Class!


Ingin menjadikan andaman dan solekan sebagai punca pendapatan dihujung minggu? Sertai kelas makeup anjuran Makeupfreak Professional Makeup Artist dengan hanya RM650. 


Kelas adalah terhad kepada 1 hingga 4 orang pelajar sahaja. 

Peralatan Airbrush Makeup disediakan. 

Waktu kelas dan tempat terpulang kepada pelajar. Kelas malam turut diadakan. Kelas ini hanya ditawarkan pada bulan Ramadhan. 

Hubungi 019.200.6402 untuk booking kelas anda sekarang! Makeupfreak bersedia membimbing anda. 

www.makeupfreak.net

Appointment


Home rest: Day 3


Pagi nih ada appointment kat Pantai Hospital Bangsar. 


Putera-putera comel pepagi lagi aku dah hantar ke rumah pengasuh.


Kalau sempat, balik nih nak singgah HUKM. Lawat cousin Mamoru.


Pastu, nak singgah Hero. Beli barang basah standby untuk bulan puasa ni.


Eh, macam update status kat FB pulak. Haha.. blasah.

Tuesday, July 17, 2012

Oh my Hubby!

I knew, He would never forget my birthday. But the funny things is, he sent the gift and flower bouquet to my office. 


Oh, my hubby! He forgot that I'm still at home - on medical leave.


He called just now. Apologized. I don't mind at all (Its okay b. Dont feel bad about it)


Thanks for the gift (tho its not with me now.. haha) 


I love u! 





I'm 33 today

Home rest: Day 2


Tak cukup tidur. Layan the kids punya pasal. Pukul 2 pagi dedua budak comel tu boleh bangun ajak ajak bermain sampai pukul 4 pagi. Semput sekejap nafas nih dibuatnya.


Hari nih usia aku genap 33 tahun. Thanks pada colleagues & boss yang sms pepagi wishing hepi birthdays. Penuh inbox kot. Thanks juga pada yang post kat wall FB aku. Appreciate it.


Still waiting for birthday wish from Mamoru. Malam tadi skype dengan dia tapi dia tak mention apa-apa. Kesian Mamoru demam tak kebah lagi. Mana taknya, last week, dia berulang alik pergi keje KL-Melaka (not to mention kena ulang alik rumah-hospital semata-mata nak pastikan aku dan anak-anak terjaga). So, if he forgot my birthday, its ok. No big issue. I still love him.


I'm buying something for myself thru the internet. Duduk kat rumah tak bermakna tak boleh shopping ya. Incik Mamoru, jangan terkejut kalau check the account ya.. hihihi. Sekali sekala.



Monday, July 16, 2012

Home rest: Day 1

Serba salah antara nak hantar putera-putera comel ke rumah baby sitter atau just biarkan derang duduk dengan aku kat rumah. 


Mamoru pesan, suruh hantar derang ke rumah babysitter sebab aku belum sihat sepenuhnya. Tapi ntah laa. Aku tak sampai hati kot nak bagi orang jaga anak aku taim aku ada kat rumah ni.


Takperlah. Well see how it goes today. Kalau aku tak boleh handle, esok aku hantar ke rumah babysitter.


Plan hari ni, nak mengemas rumah. Nak sambut puasa, biar macam nak sambut raya - rumah biar bersih. Senang nak beribadah.


Dan insyaAllah, kalau ada masa (read as: kalau larat berjalan), aku nak singgah ke Genius Aulad kat depan rumah nih. Nak dapatkan detail tentang program yang derang offer.


Dengar cerita, registration untuk Genius Aulad untuk 2013 dah dibuka. Aku nak masukkan Ariff kat situ. Next year, usia Ariff 4 tahun. Just nice la kut kalau nak start pre-school.


Boleh tahan jugak registration fees untuk pre-school. Aku kira-kira malam tadi, lebih jugak lah RM1000++. Tu belum masuk monthly fees RM200++ lagik. Fuuhhh.. camne nak beranak bebanyak ni?     Yuran pre-school untuk sorang anak je dah riban-riban.

Genius Aulad Registration Fees

  • Registration RM100
  • Admission Fee RM220 
  • ICT Fee RM50
  • Material Fee (1st Term) RM198
  • Material Fee (2nd Term) RM220
  • Uniform RM 38 per pcs (at least kena beli 2 helai)
  • Mothly Fee RM 238

Total Fees RM1,064




Haih. Anak punya pasal, sila lah kerja dengan kuat pasnih yer mak bapak sekalian..









Sunday, July 15, 2012

Aktif

Home sweet home kan.


Seronok bangun pepagi dapat peluk hero-hero kecil. They're still asleep. Nak prepare breakfast lah.


Aktiviti hari ni: Melawat cousin Mamoru kat HUKM. Dia masuk ward beberapa hari selepas aku. masa dia baru masuk ward 2 hari lepas, dia sms aku, minta tolong belikan air dan makanan coz dia ingat aku ada kat rumah kot. Sedih aku beb. Aku pun kat dalam hospital, camne nak tolong? 


*********************************** 


Kena tahan beberapa hari kat wad buat aku confused dengan tahap kesihatan sendiri. Saiko betul. Tapi bila fikirkan conversation dengan Doc aritu, aku jadi bersemangat balik;


Aku: Lepas ni, boleh ke saya aktif mendaki gunung macam dulu?
Doktor: Why not? You memang kena sentiasa exercise selepas ni. There's nothing to be worried about.



Saturday, July 14, 2012

Discharged

Discharge hari ni. Finally. Doc bagi home rest till Wednesday. Thank u! Bubbye Doc, nurses, all. Alright, nak packing barang. Incik hubby, hurry. Can't wait to go home.

Alleycats: Tenang lah tenang

Tengah tunggu breakfast. Lambatnya. Lapar gila. 
Tengah tunggu Doc datang. Kata nak bagi pneumococcal aperntah arini
Tengah tunggu Mamoru & putera-putera comel. Nak spend hari ni dengan derang sepenuhnya.

p/s: Sorry Chua tak dapat join ke Chilling macam yang kita plan. Nih kira bukan mungkir janji ok. Ni adalah takdir.. hahaha.



Friday, July 13, 2012

Bronchiectasis

Day 6.


Bangun awal pagi ni. Mandi. Letak makeup sikit-sikit. Dengan harapan, muka tak nampak pucat dan boleh trick Doktor cakap aku dah sihat dan nak discharge.. haha. But who am I fooling eh? 


Sigh.


Tadi Doktor dengan berhati-hati explain tentang result CT Scan. He said, I have bronchiectasis. Meaning to say, I have scars on both lower part of my lungs. But not to worry. Because it can be treated. I even done some research about bronchiectasis (google). I think my case is not that serious and did not require any lung transplan. If it did, I think that will definitely stop me from mountain climbing (Hell NO). Dan harapan nak discharge hari ni memang tak kesampaian la gamaknya. Dont know lah sampai bila aku nak tersadai dalam bilik ni sengsorang. 


They already take off my IV line (which is good), stop all those steroids and nebs (even better) but the bad news is, they will replace it with another test and treatments. I got lung test this afternoon. Hope its not as bad as yesterday. After the test, Doc ask me to drop by his room. He wants to show me the 3D image from the CT Scan. So, he could explain further about bronchiectasis.


Thats it folks. 


Gotta finish my breakfast. I want to take a walk downstairs. 











Thursday, July 12, 2012

Just a piece of nothing

Bear with me peeps as I'm trying to keep myself sane in here.


Being alone is pathethic you know. This blog is all I have right now. I've shared almost everything in here for the past 8 years. And I'm going to continue doing it for as long as I can. So, read what u want. Or not read. Whatever.


I miss my boys so much. Last nite I only got to see them for a couple of hours. Its sad to see them wearing t-shirts & short pants when they're supposed to wear their pyjamas at that hours. What's worst, Ariff was wearing Amarr's shirts which is too small for him.


What is going to happened if I'm not around? Will there be somebody who's going to love them the same? I doubted it. I've been in this situation. I lost my mom when I was 17. Life is not the same for me ever since. Being the eldest sister with 9 siblings. My life was doomed. It took me a kick in the head to get me where I am right now. I don't want my kids to go through that phase. It's terrible. Horrible. No one can ever imagine.


All I wanted is to be a good muslimah. To be a good wife for my only Mamoru, to spend all my kudrat to work and raised my kids until they are able to take care of themselves; to share all the ups & downs with the people I love and care the most (dad, siblings, in-laws, nieces, nephews, close relatives) last but not least, I want to enjoy the rest of my life in a proper way, the way that I want it to be with the man I love.


Sigh.


There's a hefty lists.


Heck, what am I doing in here. I wanna go home. Wheres the doctor? God, It's 7.00pm already. I need my CT Scan result!

Pengalaman buat CT Scan

First time buat CT Scan. Perasaan? Scary lah jugak. Esp bila nampak mesin gelung besar tu depan mata. Tetiba boleh fefeeling berlakon jadi patient Dr House (kes banyak tengok movie).


Ingatkan scan yang ni lebih kurang macam x-tray. Rupanya jauhh berbeza. X-tray just tanggal baju dan scan. Yang ini, siap ada insert air melalui spiral tube ke dalam saluran darah aku. Dua kali ok kena mender tu.


Nurse dah warning, insertion ni memang sakit. Insertion kedua lebih sakit sebab cecair tu akan di masukkan secara laju ke dalam badan . Dan I will feel a burning sensation all over my body.


Nurse suruh Aku baring. Dedua tangan atas kepala sebab nak check lung. Masa mesin tu start bergerak masuk dalam mesin bulat besar, Aku ok lagi Cool. Rilek .


First injection. Sakit. Terasa laju Gila cecair tu masuk melalui tangan. Tapi still boleh cover .


Second injection... ya Tuhan.. sakitnyaaa. Lama lak tu. Bila cecair tu dah masuk sepenuhnya, badan rasa panas. Rasa macam kena bakar dari dalam. Tetiba je rasa hausss sangatt. Air mata pun tak boleh nak keluar sebab rasa terlalu panas dan kering. MasyaAllah. Ni baru siksaan dunia. Akhirat nanti macam mana ya .


Anw , jangan predict bebukan. Jangan ditakutkan orang yang sedia takut (haha). Kita tunggu sesama komen doctor petang ni. Hopefully good news, insyaAllah .


Lunch dah lama sampai. Sapedek dulu .


p /s: teringat putera-putera comel dirumah. Apa khabar anakanda disana. Bonda dalam kerinduan .

CT Scan


Pagi yang cerah.
Pagi ni alhamdullilah breathing dah ok. Cuma bila rasa berat kat bahagian dada dan atas belakang badan buat nafas jadi tersekat-sekat.
Weight dah kurang jadi 38kg. Sure susah nak Naik pasnih. Esp, bila dah start puasa minggu depan. Petang semalam BP ada peningkatan mendadak. Naik lah sampai seratus. Maybe hepi jumpa kawan-kawan. Tapi lepas tu jatuh balik dan pagi ni still menurun. Haih.
Ramai yang datang melawat cakap muka aku nampak sangat penat. My skin color nampak pucat. Haha.. Aku tengah sakit kot. Sedangkan taim normal pun kulit aku takderlah nak berseri mana. Rosey cheek memang nan ado unless Aku pakai blusher..haha.
Thanks to kengkawan dari Maybank, Medan Tuanku, Dataran, adik beradik, ipar duai, nieces & nephews coz sudi luangkan masa, sacrifices korang Punya lunch hour, ofis hour semata nak datang sini. Sory tak dapat hidang air segala (haha). Nanti balik ofis, Aku belanja. Or korang belanja ke. Bulan ni semua dapat increment kan? Bagus, keje rerajin. Cuti hanya bila kena hospitalised (haha tipu)
Ok, nak sambung tidur. Still drowsy. Nak makan pun takde selera. Ubat yg Aku consume kat sini rasanya lebih banyak dari makanan yang Aku makan. Doc suruh puasa sampai tengahari ni. Dia nak buat CT Scan pukul 1.00 nanti. CT Scan? Apa benda tu? Macam penah dengar. Semalam dah x-tray. Arini kena scan lagi. Macam lama je Aku kat sini
Haih. Nak balik beb.

Wednesday, July 11, 2012

Steroids


They gave me steroids. Hope I wont feel anything till tomorrow. Nite-nite.

X-tray

Bad news.
Doc found some 'freckles' (not sure if I spell it right. I don't have laptop to google it) on my left chest. Doc said, I have to stay here till FRIDAY!!
This is a NIGHTMARE! I don't want to be alone till Friday
God, I miss my kids already. I want my kids. I want them here. Right now.

My visitors




Nak sangat visitor. Nah amikkk non-stop visitor datang.

Lebih suprise, bila kawan lama yang dah bertahun tak jumpa turut datang melawat. Seriously, bila last aku jumpa dia eh? More than 5 years ago! Lama gila. 

Thanks for your visit, Somphob (Sc). Really appreciate it. 

He looks happy. Bercerita tentang life dia, etc. He's married already. Expecting his first baby soon. I'm happy for him. Really.

Thanks also to my colleagues for the hampern and adik-adik for meriuhkan bilik sepi ini (cewah).


Pneumonia?

Pneumonia or plain Bronchitis. Will know the result after 2pm.
Doc already stop the drip. He wants me to move around - exercise. Really?! I feel like doing nothing but sleeping.
Mode: Waiting for visitor, if any. Pathetic pula bunyinya. Heck.
Mood: missing my boys badly.

Neb & Drip


This morning: Neb + drip.
Fragile emotionally & physically.

Me hospitalised

Hari ke-3 demam.
Terus kena admitted ke hospital Pantai, Bangsar.
Menyesal request single room. Tidur sengsorang malam ni. Takut.
Risau sebab condition Ariff & Amarr. Derang belum sembuh sepenuhnya :(

Monday, July 09, 2012

MC hari ini dan esok

Penangan demam. Satu family down with fever. Amarr dengan aku paling worst - siap kena asthma bagai. Tadi dedua pi amik nebulizer.


Semalam, satu hari aku terlantar hina. Nasib baik Mamoru ada. Dia take over jadi suri rumah sepenuh masa. Dari membasuh, mengemas, memasak, jaga putera-putera comel, semuanyaaalah dia buat. Walhal, dia pun tak berapa sihat jugak tu.


Malam tadi, semua tak cukup tidur. Amarr asyik menangis + vomit. Mamoru paling kesian. Langsung tak dapat tidur sebab jaga Amarr. Takperlah, sekali sekala dia berdepan dengan situasi macam ni. Selalu tu, aku sorang je handle babies taim sakit demam camni.


Pagi tadi, aku plan nak masuk ofis sekejap sebelum apply MC. Ada keje sikit nak buat. Lagipun hari ni first day new HOD report duty. So, aku kena ada kat ofis. Tapi bila tengok condition Amarr yang teruk, kansel terus plan. Antara keje dengan anak, aku pilih anak, beb. Lantak lah lah kalau Presiden ke, Najib ke nak datang ofis. Anak lagi penting.


As expected, berpuluh miscalls kat hp aku hari nih. Tak perasan sebab aku tertinggal henfon dalam kete masa bawak Ariff & Amarr gi klinik tadi.


Haih. 


Nak curi masa tido sekejap sementara Ariff & Amarr tengah tidur ni.

Sunday, July 08, 2012

Nak beli hiking shoes baru

Gambar atas: Ni kasut baru Mamoru. Tak sempat nak snap gambar masa beli. Mamoru dah rasmikan masa pegi Bukit Tabur aritu. Normal price RM600++ but we've got a great deal on their price-line. Mamoru siap jadi VIP member. Credit photo: http://www.mytimberland.com.my/collection/product-catalogue.asp 





Gambar atas: Kasut aku masa baru beli dulu. Sangat gorgeous pada pandangan mata aku.

Gambar atas: Kasut aku sekarang yang dah jahanam luarannya. Tapak dan bahagian dalam kasut masih tip top. Cuma tu lah, bagian luar dah agak terbarai. Hasil penangan trek dan lumpur hutan kat Malaysia ni. Aritu try hantar repair kat Timberland, tapi derang tak accept sebab dah teruk gila kot. So, aku pasrah je  lah. Kalau aku hantar awal-awal dulu, mungkin ada harapan dapat discount voucher macam Mamoru. Saper suruh lenjan sampai hancur baru nak hantar repair kan.. 

Tapi takper, setakat trip weekend, kasut ni masih boleh digunakan. Tapi kalau trip lebih 3 hari, aku terpaksa lah beli kasut baru. Bulan November nih Timberland ada buat sales. Boleh guna VIP member Mamoru beli kasut baru.. hihihihi

Friday, July 06, 2012

Wishlist: Eureka Solitaire Tent

Cant wait to get my hands on this Eureka Solitaire tent. I love the design. Weight only 1.5kg (I can handle that). Its a one-man-tent. But consider my size & Mamorus', guess it can fit us both. Kena tidur peluk-peluk lah.. haha. 

Layan gambar je lah. 






Credit photo: Moontrail.com

Bila aku

Bila aku cakap aku nak pergi mendaki gunung, dia kata, "Tak kisah awak nak pergi gunung mana pun, saya sanggup temankan."

Bila dia dengar suara aku tak bersemangat dalam phone, dia offer "Saya balik temankan awak malam ni ya"

Bila aku marah dan membebel, dia cuma diam dan tunggu hingga marah aku reda. Tak pernah sekalipun dia tinggalkan aku.

Bila aku nakkan sesuatu, dia akan letak tepi semua keutamaan dia dan focus tentang kemahuan aku.

Bila aku keluar dengan kawan-kawan, dia letakkan sepenuh kepercayaan pada aku. 

Bila aku buat plan gila, dia orang pertama yang up for it. Walaupun plan tu mostly tak masuk akal.

Bila aku perlukan masa diri sendiri, dia takkan ganggu aku dan takkan bagi apa-apa pun interrupt  aku.

Bila dia tahu kelemahan aku, dia akan buat tak nampak. Pada mata dia aku terlalu sempurna.


Dan setiap kali aku mencari kesempurnaan, aku akan fikir, akan ada ke lelaki lain yang mampu bertahan dan layan aku seikhlas ini?

Jawapan aku, "Takkan ada".

Untuk itu, aku perlu setia.. hanya untuk dia.



Thursday, July 05, 2012

Mood: Getting better

Its raining. I can see it clearly from my office window. I dont really
like cold, drizzly, windy weather. But I love it now... Its raining
beautifully.

Today is 15 Syaaban.

Tuesday, July 03, 2012

Bonnie Tyler I Need a Hero video

Been searching for this song since I was 9 years old (1988). Lepas 24 tahun baru jumpa haha giler lama. Aku tak ingat tajuk lagu ni tapi aku ingat lirik dia. So, I just press my luck dan taip a few lines of the lyrics in Google. Tak sangka boleh jumpa :)


Enjois, one of my fav childhood songs.





(For multiply user yang tak boleh view video ni boleh klik sini) http://www.youtube.com/watch?v=ap7m1CYzS6A&feature=related


Holding out for a Hero by Bonnie Tyler


Where have all the good men gone and where are all the gods ?
Where's the street-wise Hercules to fight the rising odds ?
Isn't there a white knight upon a fiery steed ?
Late at night I toss and I turn and I dream of what I need

I need a hero, I'm holding out for at hero 'till the end of the night
He's gotta be strong and he's gotta be fast
And he's gotta be fresh from the fight
I need a hero, I'm holding out for a hero 'till the morning light
He's gotta be sure and it's gotta be soon
And he's gotta be larger than life, larger than life

Somewhere after midnight, in my wildest fantasy
Somewhere just beyond my reach
There's someone reaching back for me
Racing on the thunder and rising with the heat
It's gonna take a superman to sweep me off my feet

I need a hero, I'm holding out for a hero 'till the end of the night
He's gotta be strong and he's gotta be fast
And he's gotta be fresh from the fight
I need a hero, I'm holding out for a hero 'till the morning light
He's gotta be sure and it's gotta be soon
And he's gotta be larger than life

I need a hero, I'm holding out for at hero 'till the the end of the night

Up where the mountains meet the heavens above
Out where the lightning splits the sea
I could swear there is someone somewhere, watching me
Through the wind and the chill and the rain and the storm and the flood
I can feel his approach, like a fire in my blood