Tuesday, December 31, 2013
Uphill Speed Run at Putrajaya Challenge Park
Monday, December 30, 2013
Last weekend in 2013
Weekend kali ni penuh dengan aktiviti penutup Gogonyzer untuk tahun 2013.
Start dari Sabtu pagi, spent masa kat Tasik Permaisuri. Jogging dengan Mamoru & double A. Pastu teman derang main kat playground sampai tengahari. Nih kira rasuah jugaklah sebab malamnya aku kena tinggalkan derang dan pegi Putrajaya Challenge Park (PCP).. hihi.
Sabtu malam ada Petzl Trail Night Run marathon kat PCP. Kul 7.30 malam dah stanby. Marathon habis pukul 11 malam camtu.
Ahad pulak, pepagi pegi PCP lagi. Ada Uphill Speed Run. Pecah rekod okay, iols dapat 2 medal. Satu finisher medal, satu lagi winner medal!! Trek uphill memang hazabbbbb. Tapi sangat best.
Ahad petang, balik dari PCP terus bawak double A swimming kat pool bawah rumah. Kali ni iols sekali terjun dalam tu. Badan penat berlari memang best bawak berendam. Sampai kecut-kecut jari memasing mandi kolam..hihi. Ni pun kira rasuah jugak sebenarnya.. dah puas treat diri sendiri, anak pun kena bagi treat juga. Baru fair :)
Thats it for my last weekend in 2013. Later baru update dengan gambar.
Banyak entry tertangguh. Nak kena publish sebelum masuk tahun baru. Malam ni memang kena upload secara besar-besaran.. hahaha.
Thursday, December 26, 2013
Gunung trip
Baru ja confirmkan satu trip gunung untuk 17 January depan:
Gunung Besar Hantu & Gunung Hantu Kecil
Ikut trip orang. Ekceli trip ni amik masa 3 hari dan lajak ke Gunung Nuang. Kira 3 gunung sekaligus. Rentas Negeri Sembilan, Pahang & Selangor.
Tapi akak rebel uols. Tanak naik Nuang. So akak keluar ikut Pahang je lah sengsorang. Yang lain pi teruskan naik gunung Nuang.
Lone ranger kali ni. Ration, fly semua akak bawak sendiri. Tengah berkira-kira sama ada nak bawak one-man-tent atau hammock ja. Tak pun dedua sekali.
Monday, December 23, 2013
Not to give up
“Its hard to wait around for something you know might never happen; but its harder to give up when you know its everything you want.”
Monday biru
Banyak nak share. Tapi nantilah.
Ramai colleagues cuti. Siang jadi super busy.Malam jadi supermom pulak.
2013 dah hampir nak menghilangkan diri. Banyak perkara menarik jadi dalam hidup ni. Terlalu banyak. Paling best, tahun ni aku rasa macam kembali ke 10 tahun yang lalu. Aktif dengan outdoor!
Thursday, December 19, 2013
Cry language
Ada sorang kawan (partner badminton aku). Selalu kena buli dengan boss dia kat ofis. Sampai merah-merah muka tahan malu kena marah dengan boss. Setiap hari pulak tu sampai aku hairan macam mana dia boleh bertahan.
Kata dia, ada beberapa perkara yang buat dia ceria dan bersemangat pegi keje dan berdepan dengan karenah boss yang ntahapehape. Salah satu darinya, pasal sorang mamat kat ofis ni. Member aku cakap, setiap kali dia nampak je mamat ni lalu depan dia, terus mood dia berubah jadi ceria.
Ekceli member aku tak kenal pun siapa mamat ni. Keje department mana pun dia tak tau. Bertegur sapa lagilaaah tak pernah. Yang dia tau mamat tu dah ada steady girlfriend. But still, to her that doesnt matter. Sebab intention dia bukan nak bercouple dengan mamat tu (note: member aku ni single). Dia jadikan mamat tu sebagai motivator untuk dia pergi ofis. Tengok muka mamat tu really made her day katanya. Even sekali imbas sahajor. So setiap kali dia terserempak dengan mamat tu, muka dia jadi glowing, hepi, syok sendiri, etc.
Pelik kan. Tapi if that make her happy then ikut suka dialah.
That's was her case. Aku percaya orang lain pun ada cara untuk motivate diri sendiri (thats includes me).
Minggu ni mood swing. Semalam paling maximum. I cried again, babe. Haih. Ko ni aD, sikit-sikit nak cebek.
On the way balik rumah malam tadi, jumpa Nai. Lama tak jumpa dia. Rasa awkward sikit tapi still ok. Nasib baik dia datang dengan kawan. Kalau tak, dah lama aku peluk dia kat situ. Dulu aku selalu jadikan dia tempat menangis.. haha.
Seriyes.
Asal ada prob, aku call dia. dan dia pun tak pernah fail show up.The best thing dengan dia, aku tak perlu nak cakap apa prob aku. Dan dia tak pernah push aku untuk cerita.
Asal masuk je kereta dia, Sure Nai dah tahu apa akan jadi, All dia kena buat just tanya aku satu soalan "Whats wrong aD?". Then the cry will automatically start.
In second thought, nasib baik dia tak pernah buat lawak cakap "Go ahead, aD".. haha. Kalau tak sure aku hempuk dengan kotak tisu yang dia dah stanby sesiap setiap kali keluar dengan aku.
Nai memang sangat penyabar. Dia diam je dengar aku menangis. Keje dia just dia pass tisu.. haha. Kengkadang sampai sejam dua aku cry non-stop. Sampai hampir habis sekotak rokok dia tunggu aku habis menangis.. haha.
Bila dah lega lepaskan stress dengan menangis, aku stop. Pastu dah boleh gelak semula. Topik nangis terus hilang macam takde apa-apa. Thats why aku suka berkawan dengan dia. Aku tak perlu nak cerita kenapa.
Pada aku, menangis satu luahan perasaan. So, cukuplah kan. Kira dah macam cerita masalah juga tu. Cerita guna 'cry language'.. haha
Tapi tu dulu lah.. 10 tahun dulu masa aku rapat dengan Nai. 10 tahun dah kan? We should celebrate. Promise Nai to have cry session opss bukan bukan pillow talk session dengan dia. Soon!
Wednesday, December 18, 2013
All I want is..
...to be happy.
I want to go to a place where sun never descend
Monday, December 16, 2013
Picnic kat Pengkalan Balak Melaka
Mamoru keje the whole weekend. Data migration katanya. So bawak the kids balik Melaka. Spent weekend kat sana.
Ayah tak berapa sihat. Jalan agak senget sebab ligament bahagian punggung dia lari sikit. Kata ayah maybe effect masa dia main takraw dulu. Haih. Adik no.2 akan bawa dia pegi checkup kat hospital Pantai Ayer Keroh Jumaat ni. Nak ikut bawa ayah sekali tapi cuti dah habis:(
Next year plan dengan adik beradik nak hantar ayah dan my stepmom pergi umrah. Aku sponsor tiket. Adik-adik lain sponsor duit belanja, etc. Dah survey tiket dan registerkan nama ayah & my stepmom under Utas Travel. Harap ayah cepat sembuh sebelum bertolak ke Madinah & Mekah nanti.
Hari Sabtu kat Melaka juat spent masa jadi tourist guide. Ayah minta tolong hantarkan sedara mara dari Singapore pegi Melaka Sentral. Spent masa atas jalan ja hari tu.
Ahad baru dapat berjalan ke pantai Pengkalan Balak (10 minit ja drive dari rumah ayah). Jalan dedekat ja. Celik mata je terus start enjin keta pegi laut.. haha. Dengan tak mandi memasing. Kata nak mandi laut kan.. haha. Tengahari balik rumah. Selamat kulit ahkak yang hitam ni dari terus legam akibat sunburn.
Biar gambar bercerita. Yours truly banyak keje arini.