Sunday, August 04, 2013

Dah dapat kunci umah

Semalam pegi pejabat developer, collect kunci rumah. Bagus gak dia explain tentang apa yang aku kena buat bila masuk umah. E.g., daftar nama kat TNB, Air dan check defect.

Masa tengah melawat rumah, ada supplier tinted yang approach kitaorg kat depan rumah. Dia bagi offer best price untuk tinted semua tingkap dan sliding door. Murah jugak lah. Rumah baru ni tingkap sama tinggi dengan sliding door. Panjang semua tingkap adelah sampai ke lantai ok. Sliding door ada dua lak tu. So kalau nak tinted satu rumah, konpem mahal.

Kata suppilier tu, dia nak jadikan rumah aku sebagai contoh untuk iklan business dia. Kena pulak rumah aku ni corner lot tepi jalan utama. Memang sesuai sangat lah kan. Dia cakap tayah bayar dulu. Biar dia pasang sesiap dan tengok hasil seminggu lepas pasang, kalau puas hati baru buat payment. Gila tempting kan. Nak nak dekat nak raya ni duit keluar macam air.. So bajet untuk tinted ni memang ke lauttt.. hihi.

Mamoru suruh tunggu lepas raya baru boleh pasang. Lagipun nak fix defect dulu. Bab kaler tinted, aku pilih gold... hihihi. Biau berkilau.. haha.

Teringin nak buat kenduri doa selamat sempena masuk rumah baru. Buat kenduri dalam keadaan umah kosong adelah sangat senang nak mengemas.. hahaha. Nak tunggu rumah complete barang semua lambat kot.

Oh, nak cerita tentang perasaan dapat rumah baru. Of coz la hepi kan. Hepi sampai mengalir air mata beb. Bagi orang yang merasa camner hidup susah saat camni adalah sangat bermakna tau.

Arwah ibu aku pernah berapa kali suarakan hasrat nak beli umah pada ayah tapi tak dapat sebab weols tak mampu. Bila arwah meninggal ayah terkilan sangat. Maybe sebab tu ayah bawak weols tinggal jauh kat kawasan sungai kat kampung dan bina rumah dari tangan dia sendiri. Dengan takde letrik bagai. Haih.

Masa kekecik, aku selalu impikan beli rumah sendiri. Tapi belajar kelautt. Tuisyen tak mampu. Sekolah memonteng. Duduk kampung seriyes tak motivate kan aku untuk belajar. Sebab 99% student jaman aku kurang dapat pendedahan tentang dunia luar.  Yang satu peratus lagi adelah aku la tu (perasan haha). Yang gigih nak keluar dari kampung ni. Nak ubah masa depan diri dan famili. Kata ayah, kalau aku fail, aku hanya akan buat adik-adik aku ikut jejak ke-fail-an aku.

Jaman aku dulu, student bandar dah lama pandai pakai komputer, aku nih dah masuk universiti baru nak belajar camner guna keybod komputer. Microsoft words pun baru pertama kali nampak. Gila kampung.
Pasal tu la bila dapat rumah sendiri ni, perasaan agak bercampur baur. Eh apa kaitan cerita komputer bagai dengan rumah? Abaikan.

Anw ini la hasilnya ya adik-adik yang duk suft intenet blog hopping sampai tak buat homework. Sentiasa fikir untuk masa depan.

3 comments:

Intan said...

Kak Ad, Selamat Hari Rayee..

Maaf&Zahir&Batin

meow..

Unknown said...

salam perkenalan, anne dh follow :) ada hiking best ajakla anne ye! :)

Anonymous said...

Intan selamat hari raya juga :)

Anne orait.. next trip so far murud tp bulan april thn depan :)