Saturday, April 30, 2016

Mamoru's hiking trip

Mamoru baru ja depart to Nepal. Hiking trip ke Annapurna Base Camp (A.B.C)

Bestnya hiking dalam salji. Dapat tengok gunung kaler putih! Selalu tengok gunung kaler hijau ja :)

Mamoru ada ajak join sekali. Tapi aku tak confident nak bawa Aleesya ke tempat tinggi2 ni. Takut kiddos or baby kena acute mountain sickness. Kalau stay kat town tunggu Mamoru turun dari A.B.C pun aku tak confident.. huhu. Aku tak rasa baby allowed dalam trip ni. Takpa.. next trip kita pi main salji lagi ya.

Semoga Mamoru sentiasa selamat sentiasa dibawah lindunganNya. Selamat pergi & pulang ya. Enjoy ur trip! See u in two weeks time!

xo!!

Friday, April 29, 2016

Cantik yang cantik





Hey wanita
Gembira dapat berjumpa
Teringat kembali kali pertama kita bersua
Ingat bila kita bersepatu serupa
Tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

Kau bersama kawan-kawan mu dan yang nyata
Kau paling menyerlah di antara mereka
Rambut hitam warna cokelat anak mata
Membuat aku kurang fasih bila bicara

Apakata kita ambil sedikit masa
Untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
Dan jika kau rasa apa yang ku rasa
Ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

Cantik
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Ohh cantik
Sungguh aku cinta kamu

Dia
Pandai menjaga hati ayah dan ibunya
Kelakuannya sama dengan orang tuaku juga

Dia
Bisa cipta yg gula dari yang cuka
Pandai menukar yg duka kepada suka

Dia
Bijak mengatur acara dan juga masa
Cekap memasak garam gula secukup rasa

Dia
Pandai menjaga harta dan juga duitnya
Tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya

Dia
Setia pada Yang Esa satu-satunya
Memenuhi tanggungjawab 5 waktunya

Dia
Punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
Tak usah lengah ayuh kita berumah tangga

Cantik
Secantik suria menyinar
Seindah bunga yang di taman..mekar

Cantik
Dirimu buat ku tertarik
Menghilang segala prasangka di jiwa
Oohhh Cantik
Sungguh aku cinta kamu

Aku
Melihat kita bersama di hari tua

Dia
Masih satu tiada empat tiga atau dua
Dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
Kau tetap cantik padaku aku tak lupa

Kita 
Bersama di anjung luangkan masa
Kewangan kita merdeka mampu bersara
Hasil usaha kita dari masa dahulu
Cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
Hidup santai tak perlu terburu-buru
Punya masa kerja ibadah dan juga ilmu

Anak kita dan ayahya semua sebulu
Aku bilang kau cantik dan mereka setuju

Mother's Day

Early celebration.

Mamoru nak fly esok. So, wish awal2 katanya.

Thank you Mamoru! Tenkiu! Tenkiu! Tenkiu!

xoxo!!

Suka dapat bunga & chocolate banyak2 :)

Kenyang sampai tersandar hari ni.

Oh.. update: Kereta kena tinggal kat Proton Service Care coz spare part cermin takde stok. Next week baru sampai katanya.

Menggagau la sok nak bawa Alza. Semalam drive Alza, dah tak biasa pulak (padahal sebelum ni ok je.. huhu). Alza punya signal belah kanan, Iriz sebelah kiri. Memang kalut arr kalau tesilap tekan. Handbrake pun lain2.. uwaaa..

UltraMak mode on!

Note: Ada yang terasa ke entry aku sebelum ni? Well, siapa makan cili.... (sila sambung ya :)


Sindiran dalam teguran

Bila kita bersuara, orang amik tak endah
Bila kita senyap, baru nak gelabah
Bila kita tak layan, pi tuduh kita bukan2.

Ni lah ustazah/ustaz segera. Guna media sosial atas alasan untuk berdakwah.. tanpa sedar datangkan fitnah. Konsep yang digunapakai: menyindir sambil menegur.

Buka aib orang tu satu hal, tapi buka aib sendiri? Tu aku tak faham. Asyik la rasa diri teraniaya (padahal, sendiri yang menganiaya diri). Lantak kau la labu.

Yep, kadang2 Tuhan bagi kita dugaan untuk tegur atau ingatkan kita tentang sesuatu supaya kita muhasabah diri.

Tapi biasalah, orang yang suka buruk sangka ni, akan sentiasa berburuk sangka. Takpe, aku suka. Teruskan lah.. salur kan banyak2 pahala kat aku yer.

Kes pecah keta semalam memang buat aku teringat tentang satu benda yang aku buat. Maybe hati aku tak berapa nak ikhlas kut masa buat mende tu.

Tengahari semalam ada orang pinjam duit RM400. "Pinjam" dalam that person punya term adelah takkan bayar langsung. Which aku dah faham sangat. That person tu saudara terdekat. Dah jadi banyak kali. Dan memang setiap kali aku pinjamkan, aku tak pernah minta balik pun. Aku kira sedekah je.

Semalam, dia call nak pinjam RM300. Bila aku cakap okay, tiba2 dia "up" lagi seratus. Time tu aku dah reluctant. Sebab dah niat nak sedekah RM300, bila kena tambah lagi RM100, niat tu dah jadi tak ikhlas. Tapi aku transfer juga RM400. Pastu aku rasa macam2. Fikir macam2. Berprasangka. Tapi sekejap je lah sebab pastu aku busy buat keje sampai lupa bab ni.

Dan petang semalam, dapat dugaan cermin keta pecah. Which of course will cost me around that amount jugak lah.. RM300-RM400. Insaf sekejap.. huhu. Cepat2 istighfar. Ikhlaskan hati.

As said, benda nak jadi.

Harta benda rosak boleh ganti beb. Kalau hati "rosak"? Buat transplan pun tak guna.

Yep, memang rasa terkilan benda camni jadi (keta baru lak tu.. hihi). Tapi lebih terkilan bila tau yang buat keje2 jenayah ni dibuat oleh anak2 kecil umur 11 tahun. Boleh imagine life anak2 ni macam mana. Sure dari family yang porak peranda. Jenis parents yang.. yep, macam ustaz / ustazah segera kat atas ni.. kuman kat seberang laut nampak, bangkai gajah depan mata tak perasan.. tak terbau. Hidung sumbat kut.

Muhasabah diri di pagi Jumaat. Jangan kecam saya :)

Thursday, April 28, 2016

Cermin kereta kena pecah

Jadi kat lrt Cheras.

Selalu tu aku parking kat parking berbayar dekat dengan stesen LRT area rumah. Pastu naik LRT pi ofis (coz aku dah jarang drive straight ke ofis bawak Aleesya ke Maybank Child Care)

Tapi pagi ni aku keluar rumah terawal pulak, dan tempat parking yang biasa aku pergi tu tak buka gate lagi. So, nak cepat punya pasal, aku park kat LRT Cheras. Parking open space. Free parking with no guard. Dulu aku pernah park kat situ few times. Tapi takda la kejadian camni.

Benda dah nak jadi kan..

Masa sampai kat parking petang tadi aku takde lah nak terkejut bagai. Dalam keta memang takde benda berharga pun. Kecuali cash (ada lah seploh inggit duit singgit2 yang aku guna untuk bayar parking fees.

Yang hilang, duit singgit2 tu.. syiling, kad access masuk gate rumah & satu tin air redbull.

Smartag, copy geran keta, kunci kereta alza dia tak ambik pulak. Bonet kereta dia tak geledah.

Cuma bila dah masuk & duduk atas serpihan kaca, masa tu baru rasa cuak, imaginasi yang bukan2, fikir tentang Aleesya, safety bagai.

Masa tu baru teringat nak call Mamoru. Nangis. Sebab takut, boleh? Bukannya orang yang pecahkan keta ada kat situ. Lawak pula bila fikir balik. Mamoru suruh drive ke balai polis. Buat report.

Kat balai, ramai pulak polis duk kerumun keta. Dah ramai2 camtu, aku jadi cengeng pulak. Tak penah dow pegi balai buat report sorang2. Nasib baik ada sorang polis pompuan dalam ramai2 tu. Dia hug aku. Tiba2 rasa disayangi.. huhu..

Polis kat situ cakap, semalam je dah ada 3 kes pecah keta kat tempat yang sama. Gila banyak. Keta aku yang ke-4 la nih. Diaorang cakap nih kes budak nakal umur 11 ke 12 tahun.

Hmm.. patut lah barang yang hilang pun ntahapahaper je.

Masa tengah buat report, Mamoru sampai. Rasa lega sikit.

Lepas settle semua, Mamoru suruh aku balik naik Alza. Aku memang tak sanggup nak drive Iriz. Penuh serpihan kaca :(

Mamoru bawak keta gi vacum. Bersihkan kaca2 yang berterabur. Esok baru pi Proton pasang cermin baru.

Nasib baik benda ni jadi masa Mamoru ada kat sini. Lusa Mamoru dah takda sini. Dia fly gi Nepal.

Misi berlari

Nak tambah new mission lah (mission lagi?)

Haha

Err.. apa je eh mission yang aku dah list kat sini?

1. Mission makan nasi setiap kali breakfast, lunch & dinner untuk achive berat minimum 40kg (tengah berusaha.. tapi ada gak terrr-skip makan nasi time breakfast sebab lambat masuk ofis..huhu)

2. Mission Expressed Breast Milk 30oz per day sebelum bulan puasa (punnn tengah berusaha.. setakat ni masih 24oz lagi)

3. Mission travel negara2 jiran dalam tahun ni (flights confirmed - tinggal nak buat pasport untuk Ariff, Amarr & Aleesya)

Okay la tu. Semua mission ongoing. So, boleh tambah satu lagi mission kan kan kan..

Mission ke-empat adelah untuk achieve sub 4:30 dalam full marathon 42km!

Aku punya PB untuk full marathon: 5 jam 6 minit (that was two years ago.. huahuahua). Tapi kali ni nak try push limit diri sendiri. Nak cuba lari 42km dalam masa kurang dari 4 jam 30 minit.. gagagaga!

Next month ada Sundown full marathon 42km kat Singapore. Tapi yang ni takde la aku nak buat sub 4:30. Nak mampus, gila. Training pun takde. Sundown ni kira warm up je la.. amik mood (cewahh). Aku target buat PB masa kat Bali Marathon nanti.. *wink*

Wishlist sempena Mother's Day: 2XU MCS Elite Compressed Tight (Gold) - Ada sesiapa nak hadiahkan tak? Pwetty please with cherry on top! Tengok harga seluar tight ni RM700++ (kat The Garden) rasa nak nangis.. haha. Tapi kalau tak beli kang tak dapat sub 4.30 (ahaha.. takda kaitan.. uwaa).

Wednesday, April 27, 2016

Dapat anak buah baru!

Bertambah lagi anak buah dalam Dolah Tunku's Clan! Meriah lah rumah ayah raya tahun ni.

Tengahari semalam, SIL Yati (wife kepada adik lelaki no.5) dah selamat lahirkan baby boy 3.4kg secara normal.

Musim dapat anak buah gegirl dah habis kut (musim? haha). No turn boboiboys pulak. Serious tau, dalam family aku kalau sorang dapat anak lelaki, yang lain berturut dapat anak lelaki.. bila sorang dapat gegirl, yang lahir pastu semua gegirl.

Start dari:
Ayuni - girl
Jasmin - girl
Sophia - girl
Ariff - boy
Amarr - boy
Adam - boy
Ashraff - boy
Akram - boy
Aleesya - girl
Zahra - girl
Adelia - girl
Latest.. baby boy belum bernama semalam.

Pasnih turn siapa pula nak dapat baby boy eh? Aku memang teringin sangat nak preggy lagi (walau umur dah nak masuk 40.. hihi). Teringin nak kembar.. triplet ke.. hihi.. pastu boleh terus retire pregnant :)

Aleesya dah ada ramai adik2 (cousins) walau usia baru ja nak masuk 6 bulan.

6 bulan? Ehh yelah, next week Aleesya genap 6 bulan! Hip hip hoorayyyyy! Kena celebrate ni. A must!!

Ada 3 in 1 reason kena celebrate:
First sebab birth month Aleesya yang ke-6 bulan (obviously la kan.. hihi)
Second sebab aku berjaya breastfeed Aleesya exclusively selama 6 bulan!
Third, coz birth date Aleesya jatuh pada Mothers Day!

Sebab yang kedua tu memang sangat bermakna tau. Yerrr, breastfeed ni bukan la satu benda yang impossible nak buat tapi its  not that easy tho. Syukur alhamdullilah sangat2 aku dah berjaya sampai ke tahap ni. Bravo aD.. *pat own shoulder*.. hihi

Bila toleh belakang tengok balik journey breastfeeding aku dengan Aleesya.Rasa terkilan sikit bila fikir kenapa aku tak setabah & sekuat ni masa breastfeed Ariff & Amarr. Seriously, dulu aku naive. ikut ja cakap orang.

1. Orang cakap kesian anak melalak tak cukup minum susu badan, so beli susu formula.
2. Orang kata senang pakai susu formula.. senang si emak nak bergerak.. senang orang lain nak tolong jaga, so beli susu formula.
3  Orang kata breastfeed ni buat tetek melayut.. badan tak cantik, so beli susu formula.

Now, umur dah 37 tahun baru nak ada kesedaran diri. Baru mampu fikir secara matang betapa semua sebab2 di atas tak boleh pakai langsung!

1. Anak melalak tak cukup susu badan? Orang tak bijak je cakap camtu. Orang camni, kita senyum je la layan ketidakbijaksanaan depa

2. Bagi susu formula senang? Senang tang mana tu? Dulu zaman Ariff & Amarr payah gila nak bergerak dengan tin susu, termos, botol2 susu. Time malam lagi la payah.. kena bangun basuh botol, bancuh susu, etc. Bila compare dengan breastfeed, punya la senang breastfeed ni rupanya.. angkat baju suakan ke mulut baby je. Time malam paling aku suka sebab tayah bangun langsung.. sambil baring je beb. Ada orang tanya, time malam Aleesya kuat menyusu tak? Aku jawab, aku tak tau. Sebab? Bila Aleesya latch, aku bantai tido terus.. haha. Aku tak kisah pun Aleesya nak melekap sampai pagi ke apa (so, no need power pumping.. hihi). Amazingly, susu badan ni cepat penuh. Once Aleesya habiskan sebelah, yang sebelah lagi otomatik full (sampai terasa 'let down' & terpaksa pump bila Aleesya dah kenyang). Senang ok. Tayah nak bergaduh basuh botol, bancuh susu segala. Pump susu pun adalah benda yang sangat senang.. handsfree!! *tenkiuu Medela Freestyle*

3. Badan tak cantik kalau breastfeed? Dulu memang aku takottt sangat tau badan geleber2 sana sini. Tetek melayut tu paling takuttt sekali. Tapi terbukti ni semua mitos jer. Nan hado semua tu. Berat aku still sama macam sebelum preggy. Size badan sama. Breast pun takde lah besar selambak. Cantik je pada aku. Sexy! Just the right size. So, which part of pregnancy or breastfeeding yang buat badan jadi berubah tu.. *wondering*

Okay lah.. nak jumpa baby baru. Nak cium bau dari syurga :)

Monday, April 25, 2016

Get it?

Thursday, April 21, 2016

Aleesya jatuh katil :(

Jadi masa pukul 7 pagi semalam. Masa aku tengah bersiap nak pergi keje.

Time tu tinggal aku dengan Aleesya je kat umah. Mamoru dah keluar gi keje. Ariff & Amarr dah gi sekolah masing2.

Tak tahu macam mana dia jatuh. Tau2 je dah terbaring meraung atas lantai. Punya lah banyak karpet & tilam keliling katil, dia pilih landing atas lantai jugak :(

Aku punya raung lagi dasyat. Panik ok. Cuainya aku.. banyak kali aku salahkan diri sendiri :(

Melalak2 aku angkat Aleesya. Baringkan semula atas katil. Cek satu badan dia kut2 luka lebam bengkak or sakit.

Tak ada kesan apa pun.

Aleesya nangis kejap je. Pastu dia tertidur. Aku je still tersedu-sedu sambil pack barang Aleesya. Nak bawak dia pi jumpa doctor. Decided amik emergency leave. Nak buat further checkup.

By time sampai klinik. Aleesya dah gelak2 & aktif macam biasa. Tapi doktor cakap better bawak pi hospital. Monitor 24 jam. Kalau Aleesya maintain aktif & takde vomit or anything, means Aleesya sihat.

Dan alhamdullilah. Aleesya takda vomit. Syukur sangat2. Alhamdullilah ya Allah. Alhamdulilah.

:)

Dah alang2 cuti. Singgah jalan2 Mid Valley.. hihi

Laparr.. dari pagi sampai petang tak makan berat. Lunch lewat petang kat teppanyaki.. dapp! Tenkiuu! xo :)

Note: Sepanjang hari ni Aleesya ok, sihat macam biasa. Semoga Aleesya sentiasa dilindungiNya.

Tuesday, April 19, 2016

Bakal-bakal imam

View subuh mommy setiap hari. Sangat menenangkan.

One of the positive outcome dari rutin Brainy Bunch = semua student terbiasa dengan solat jemaah ramai2.

Sebelum daddy pindah KL lagi mommy dah suruh kiddos solat dengan mommy. Now daddy dah ada lagi senang nak ajar.

Buat masa ni still ada kelonggaran. Especially Amarr. Tapi once Ariff genap 7 tahun (6/6/16), kena acah2 guna rotan kalau degil. Hopefully tayah guna rotan. Ariff senang dibentuk :)

Ariff: Kenapa mommy tak solat?
Me: Mommy cuti.
Ariff: Macam school holidays? Cuti?
Me: Mommy uzur.
Ariff: Mommy sakit?

Haishhh....

Monday, April 18, 2016

Misi Travel pulak.. banyaknya misi

Suka tengok my sis living her life right now. After how long sis? 6 miserable years?

Pada aku, dia travel bukan sebab dia nak enjoy. Dia dalam process nak bina kekuatan diri. Create her own happiness. Single & happy!

When you can create your own happiness, you don't need others to make it happen. 
... by aD aBdullah (hamboi.. dah pandai bermadah aku nijam)

Oh yes, teruja dengan my sis travel sana sini. Aku pun decide nak travel sekali. So tahun ni, nak start travel dekat2 dulu.. warm up. Cari pengalaman bawa kiddos travel or backpacking kat negara keliling sebelum travel lagi jauh 

:)




Picture taken at Bakalalan, Sarawak. Love this place. Tempat terpencil yang sangat menenangkan :)

Honestly, aku suka travel dalam Malaysia je. Ada banyak lagi tempat menarik kat sini yang aku belum penah pi. 

Tapi.. sejak Ariff duk sebut2 nak pi main salji.. nak pi China.. nak tengok flower bloom during spring.. nak tengok pyramid. So, why not kan? 


Misi-misi

Kurus sangat ke aku ni? Sampai ramai pulak yang tegur.

Nak naikkan berat lah. Dapat cecah 40kg pun jadi lah.

Tambah lagi misi short term untuk tahun ni:-

1. Misi makan nasi setiap kali breakfast, lunch & dinner.
2. Misi susu badan (EBM) lebih 30oz sehari (tak termasuk direct feed) sebelum bulan Ramadhan. (Aleesya daily feed EBM 20oz - 24oz sehari kat taska)

Dan misi bermula hari ni!

Lunch tadi.. nasi daun pisang :)

Sunday, April 17, 2016

Well spent weekend

Terlepas plan nak tengok sunrise kat tepi pantai pagi ni.

Pukul 6.45 baru terjaga.. hihi.

Beria plan malam tadi nak tengok sunrise, nak mandi laut pagi2 sebelum matahari naik. Siapa suruh tidur lambat kan :)

Pagi ni breakfast sama2 pastu decided pi tengok movie The Jungle Book je lah *wink*

Book four seats ngam2 untuk kami kat tepi dinding cinema. Luas cinema kat sini. Stroller Aleesya pun muat letak kat tepi.

Kiddos happy! Of coz la kan. Siap ada yang tolong diorang dapatkan toys kat vending machine.

Aleesya macam biasa baik ja sepanjang masa. Kali ni dia tak tidur langsung. Dia borak2 sendiri ja.. baby babbling.. gelak2. Comei anak mommy.

Bila movie habis dan nak keluar dari cinema, ada satu couple mat salleh datang kat Aleesya pastu senyum2 usap lengan Aleesya. Dia kata.."well behaved baby".. hihi.. kembang idung mommy tau.

Anyway.. I have a wonderful time since last night. Kiddos pun happy dapat berjalan sana sini. xo!



Sayang2 mommy..

Movie time!

Pakai baju superheroes mommy beli untuk superheroes fun run

Suka lah tu dapat patung2 Mario tu :)

Saturday, April 16, 2016

Kiddos frust - run postponed

Superheroes Fun Run 3km postponed ke bulan depan. 

Sedih tengok muka frust kiddos. Supposed Ahad ni kami lari sama2. Pupuk minat kiddos kat xtvt outdoor yang berfaedah. 

Mommy pun bersemangat nak spend masa & kongsi minat dengan kiddos. Siap beli baju t-shirt superheroes semata2 nak kiddos enjoy masa lari.. haha. Aleesya punya rompers supergirl pun ada tau.

Mommy dah ready mental & fizikal untuk lari dengan kiddos sambil tolak stroller Aleesya without daddy (coz daddy kena training naik gunung kat Cameron Highlands untuk trip Nepal dia next month)

Dah ready dengan baju handprint words "UltraMak".. haha.. 

Tapi nak wat camne.. since trip pospon, kita lari bulan depan je lah ye anak2. Sabaq nohh..


Ariff & Amarr queue untuk collect  race tickets  

Pose dengan tickets & medal masing2.. medal dah dapat in advance.. huhu

Our race tickets

Our superheroes baju yang mommy purposely beli untuk event ni


Friday, April 15, 2016

Buku Bank Susu 2000 oz

Usia Aleesya dah 5 bulan setengah. Lagi setengah bulan dia akan genap 6 bulan. 

Dan selama tu jugalah journey breastfeeding ni. Syukur sangat. Takda siapa ajar macam mana nak fully breastfeed. Semuanya aku buat trial & error. 

Decide nak tambah ilmu lagi dengan beli buku ni. Asyik duk baca kat facebook je tentang buku ni. Rasa tergerak pula nak beli. Nak buat preparation mental & fizikal masa bulan Ramadhan nanti. Nanti aku share outcome dari buku ni.  Semoga bermanfaat :)


Pro & Cons

Baca kisah 9 beradik jadi yatim sebab mak meninggal dunia lepas lahirkan baby kembar. Ayah keje driver lori.

Kesian. Hanya mampu kirimkan doa dari jauh je.

InsyaAllah masa depan bebudak 9 orang tu akan jadi lebih baik.

Dah terbukti dah adik2 (or anak2). Akak pun centu gak dulu. Akak yang sulung tau. Adik bradik 10 orang. Masa arwah mak akak meninggal, akak baru 17 tahun (form 5). Yang kecik masa tu umur 2 bulan & setahun (macam kembar korang la jugak). Arwah mak meninggal srbab pendarahan berlanjut ke masalah kesihatan lain.

Kalau tengok barang2 dalam umah adik2 ni.. kira bersyukur lah. Family akak dulu, kerusi pun takde kat umah.

Dah 20 tahun dah arwah mak akak meninggal. Adik beradik akak semua dah besar2 nijam. Yang bongsu (adik no 10) ada lagi 2 semester nak graduate.

Sabar nohh adik2.. nadib kita sama. Cuma masa depan, terpulang pada kita nak corak lagu mana.. Kuatkan semangat dik nohh.. sabar.. usaha.. tawakkal..

Untung ada media sosial macam faceboo, whatapps, twitter, IG, etc.

Semua benda2 baik (dan tak baik) boleh diviralkan.

Note: Mood yang cemerlang pagi ni. Semalam was extremely fun! Thank you :) xo!

Wednesday, April 13, 2016

Esok nak cuti!

Nak cuti sebab nak shopping!

Gitu..

Income tax dah refund duit ke akaun hakak pagi tadi..

Cukup ni kalau nak beli Iphone SE... hihi.

Apalagi kan... ke shooping mall la kita esok...

Note: Breakfast & lunch kita hari ni ditaja sepenuhnya tau! Thank you.. xo! Jangan tinggal beg duit lagi okay.

Tuesday, April 12, 2016

Lost & Found

Or was it purposely lost it to be found.. :)

Cepat collect kalau tak.. duit kat dalam iols buat belanja lunch tengahari karang.. hihi

xo!

Happy Birthday Mamoru!

Tahun ni tak sempat nak buat proper celebration kat fancy restaurant.

Masing2 balik lambat. Terpaksalah pergi yang mana terdekat.


Selamat hari lahir buat Mamoru tersayang. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kebahagiaan, ketenangan hati dan fikiran  &  semoga sentiasa berada dibawah lindunganNya didunia & akhirat. 

xoxo!



Deserts sampai dulu.. Aleesya tukang tengok ja

Tak sempat buat homework kat umah. Kat sini pun boleh

Peminat coklat macam mommy :)

Aleesya yang behave ja..

Monday, April 11, 2016

Congrats to Nike & Route68 runners

Semalam pegi jadi pom pom girl dengan Aleesya kat Route68 event. Support geng2 runners. Suka sangat tengok diorang lari.

Aleesya paling happy. Suka dia bila kawan2 mommy tegur dia.

Tak stay lama pun kat sana. Crowded sangat.

Congrats all runners. Tahun depan, tak sure nak masuk ke tak event ni.. cuaca panas. Nanti kulit hitam.  Start lari kul 7 pagi. 50km lak tu. Idok ler teman.

Iols nak lari kat tempat sejuk2 & redup je.. huhu.

Anyway, yesterday was fun! Me & Aleesya had a great time :)

Saturday, April 09, 2016

Supermak is demam (again)

Tetiba je demam rindu mengejut :)

Letih, lentok, lemah, longlai semua sendi. Demam lite2. Balik KL nanti hilanglah demam.

Alhandullilah, majlis berjalan lancar. Ramai sungguh tetamu.

Kalau aritu ada orang tegur badan aku kurus sangat sampai nampak tulang selangka. Hari ni, hampir semua tegur benda yang sama.

Berat iols now is 38kg uols. Tu pun tolak boobs sekilo.. (timbang sebelum pump susu.. haha). So, maybe berat sebenar dalam 37++ kg.

Baru baik demam kan.. Nak wat camne. Nih demam lagi pulak. Nan hado lah pertambahan kilogram untuk masa terdekat ni.

Satgi nak kemas2. Cabut pelamin semua. Malam ni nak balik KL.

Esok nak gi support Arina & Syah yang lari Route68.. *wink wink*.. Provide makanan, buah2 & air kat diaorang berdua.

Macam tak caya je Arina lari ultra 50km. Wow!

Takpa, sabar.. October ni iols pulak lari ultra-marathon 50km kat Cameron Highlands! Tak sabar!!

Sama kan muka kami :)
Tapi Aleesya lagi cantik.. kan kan kan

Friday, April 08, 2016

Love is in the air!

Super duper tired! Buat keje sambil jaga Aleesya. Nothing is impossible for supermak kan.. kan.. kan.. Ada anak kecik bukan alasan untuk mengelat tau.

Pelamin done. Pengantin suka.. (gila tak suka, nanti kak long sentap.. haha)

Tenkiu kat Mamoru, adik2, adik ipar, sedara mara yang tolong gubah bunga kat pelamin. Special thanks kat askar2 kecik.Comel sangat tengok Ariff, Amarr & their cousins buat keje. Aww... da besar anak2 mommy. Da boleh harap.

Now sessi karaoke kat luar. Supermak nak spend time dengan Aleesya kat dalam bilik. Supermak is rindu! Supermak is on lovey dovey mode tonight :)


Feeling loved! Tenkiu for choosing me, loving me & wanting me. Only me :)

Selamat pengantin baru adik lelaki no.7.. xo!

From Melaka with love

Busy bee..

:)

Aleesya's ride

Baju official hari ni :)

Thursday, April 07, 2016

Love is Tulip

Hari yang memenatkan. But worth it :)

Pukul sembilan lebih sampai rumah. Pastu baru teringat malam ni kena balik Melaka. Baju tak packing lagi. Aduyai..

Takpe. Relax. Balik subuh esok je lah. Malam ni kemas apa patut. Lagipun tak suka nak tinggalkan rumah dalam keadaan serabut.


My fav flowers dari kecik2 lagi. Tulips! Thank you! Love this one so much. Buat aku teringat impian nan satu.. nak jejakkan kaki ke Amsterdam. InsyaAllah. Kita pergi sama2 ya :)
Tengok bunga ni je dah made my day :)

Productive day. My kind of day :)

Wednesday, April 06, 2016

Thank you :)

Perfect day!

Senyum sepanjang hari.. sampai ke malam :)

Start dari pagi tadi. Pergi amik jab 5 bulan untuk Aleesya.

Pastu gi jenjalan Mid Valley.. tengok movie :)

Spend time. Sama2. One whole day :)

Note: Berat Aleesya 6.1kg. Tinggi 66cm.


Tuesday, April 05, 2016

On a mission

Tadi dah submit nama untuk Bali Full Marathon 42km.

23hb ni selection date.

Matilakau nak mengejar qualified timing kan. Kena lari 10km in 40 minutes! Aku punya PB pun 51 minutes. Tapi itu setahun nan lalu.. huhu.

Takpa, try je la. Untung sabut timbul, ye tak? Kalau selected, semua cover dari flight ticket, accommodation, meals, transport etc. Tinggal datang untuk lari je.

Tapi kalau tak selected pun takpa. Aku gi juga.. with own expenses la.. hihi.

Alright. Mode training on!



Aleesya 5 bulan

Selamat pagi :)

Ceriakan pagi ni dengan senyuman dari anak gadis mommy.

Aleesya yang cantik. Lambang kasih dan cinta mommy....


Suka buat mimik muka comel2

Gigit lidah tu kang.. tau la.

Melting..

Duck face.. hihi

Tak boleh resist yang ni.. mintak di kiss sangat tau

Dah pandai tiru orang buat bunyi.. pastu dia ikut buat sekali

Denfan patung spidey turun temurun dari zaman abang Ariff


Monday, April 04, 2016

Love is Aleesya

Another busy week. Looking forward for it.

Rabu ni Aleesya genap 5 bulan. Dah apply cuti siap2 untuk bawa dia ambil jab. Appoinment dengan dokror kul 8.30 pagi. Saja pilih masa awal2 sebab pastu nak bawa Aleesya gi shopping! Mother-Daughter's date! Banyak baju Aleesya dah tak muat. Paling penting, nak cari baju untuk majlis akikah Aleesya weekend ni. Kalau sempat, kali ni mommy nak curi masa tengok movie :)

Majlis akikah Aleesya share tarikh dengan majlis persandingan adik lelaki no.7 ( sebelah lelaki pula). So, mommy super busy nak set up dua pelamin kat rumah melaka. Satu pelamin sanding uncle Ujay, satu lagi, pelamin mini untuk Aleesya. Tak sabarnya nak gubah bunga untuk pelamin2 ni semua.

My Cantik Aleesya dah 5 bulan. Mommy love u so much baby girl.. as much as mommy love ur father :)


Happy Monday!





Sunday, April 03, 2016

Mati semut kerana gula

Lepas je tambak Johor, terus masuk highway. Baru sejam perjalanan, rasa lapa gila.

Nak makan. Tapi cek duit nan hado sekeping pun pun duit ringgit. Semua Singapore dollar. Syiling pun duit singapore.

Dah kenapa kan..  semuanya serba tak kena.

Menahannnn la sampai jumpa ATM atas highway.

:"(