Tuesday, May 31, 2016
Tambah sesi pump
Sundown Marathon Singapore 2016
Journey to the south II
Journey to the south
Monday, May 30, 2016
Mommy saya busy
Friday, May 27, 2016
Carboload II
Carboload
Cengeng
Macam apa je nangis subuh ni. Sampai bengkak2 mata. Sampai pening kepala. Sampai text boss nak amik cuti hari ni.
Semalam lupa nak simpan EBM dalam fridge. Penat sangat kut. Sampai rumah letak cooler bag atas meja. Layan anak2.. pastu mati2 ingat dah letak dalam fridge sebab rutin hari2 kan...
Pagi ni kemas beg, rasa pelik sebab cooler beg berat. Buka tengok susu still kat dalam tu. Stunned kejap.
Tak banyak pun EBM yang rosak.. tapi cukup lah untuk kenyangkan Aleesya satu hari. Satu hari okay..
Nangis.
Thursday, May 26, 2016
You had me at..
Wednesday, May 25, 2016
Risau..
Misi menggunung
Tahun ni belum ada lagi. InsyaAllah lepas raya nanti.
Target at least nak panjat 2 gunung (yang aku belum pernah hike) tahun ni. Tapi dedua mesti daypack / ultralight trip sebab susah nak storage EBM kalau overnight. Unless aku berjaya cari solution, e.g., beli portable & rechargeable mini fridge. Part breastpump tak ada masalah. Sebab breastpump yang aku guna, bateri dia tahan 6 hari (Bateri Medela freestyle tahan untuk 10 jam direct usage - hebat kan).
Sapa tau kat mana ada jual portable & rechargeable cooler storage eh? Saiz dia, yang boleh dipikul masuk haversack. Mohon email kat iols ya adlyana79@gmail.com
Tuesday, May 24, 2016
Feeling content
11 hari lagi nak masuk bulan Ramadhan
11 hari lagi birthday Ariff yang ke 7 tahun
11 hari lagi usia Aleesya genap 7 bulan
11 hari lagi genap journey breasfeed aku 7 bulan jugak!
Update on 30oz EBM sehari. Sikit lagi nak achieve. Setakat ni dah 27oz sehari. Ada peningkatan 3oz! Alhamdullilah.
Now dah sangat relax. Dah tak ada kes nangis2, tersedu atas bahu / pangku Mamoru sebab stress dengan production EBM macam dua bulan lepas.. hihi. Dan syukur sangat, susu untuk Aleesya cukup setiap hari.. malah kadang2 terlebih.
:)
Aritu masa pump susu kat ofis, Indian lady tu start bercakap dengan aku. Wow. Selalu tu aku je yang duk borak2, dia just diam, dengar & senyum je.
Dia bukak cerita pasal baby boy dia (sebaya Aleesya). Kata dia, anak dia kalau kat taska minum susu formula. Dia just breastfeed bila balik rumah je. Susu dia tak banyak katanya. Dia usaha jugak pump kat ofis sebab nak make sure susu dia sentiasa ada. Dia impress tengok stok susu aku dalam fridge (kat nursing room ofis). Badan aku kecik (or maybe dia nk cakap breast aku lagi kecik dari dia punya.. hihi), tapi boleh produce susu lebih banyak dari dia. Thats why dia segan dan kurang bercakap dengan aku. Lorrr...
Aku nak advise pun aku bukannya pakar. Aku faham perasaaan dia. Breastfeed sambil bekerja full time memang sangat-sangat susah. Terlalu banyak kekangkan dari segi masa, tenaga & kerja. Pada aku kira ok jugak lah dia masih berusaha untuk breastfeed anak dia compare dengan orang lain yang give up breastfeeding bila habis maternity leave.. dan compare dengan housewife yang duduk kat rumah tapi pilih untuk stop breastfeed.
Aku share jadual pump kat dia. Bila dia tau aku pump 3 kali sehari kat ofis, dia impress lagi. Dia just pump sehari 2 kali je. Aku penah gak try pump 2 kali kat ofis. Memang drop teruk production. Terus tak berani skip pump. Maintain pump 3 kali sehari. Aku baca pengalaman sorang mommy yang fully BF baby twins, dia pump 4 kali sehari kat ofis. Sallute!
Pernah juga aku pump 4 kali sehari time ofis hour. Sangat terkejar2. Langsung takde masa untuk berborak dengan colleague pun. Supply memang banyak tapi penat nak maintain. Ada sekali tu bila weekend, aku langsung tak pump (konon nak direct feeding je), tapi end up kena blocked milk duct. Salah satu saluran susu kat nipple tersekat. Benda ni jadi bila suppy susu melebihi demand. Sakit okay. Sampai demam. Sampai luka dan bernanah sikit kat area nipple (sebelah kiri). Terus kurangkan jadual pump jadi 3 kali semula.
Subhanallah, even nipple luka, tak rasa sakit kat situ pun bila pump or feed Allesya. Yang sakit tu kat salah satu bahagian breast. Sebab bengkak & susu tak boleh keluar. Dan sekarang aku tau, kenapa ada banyak saluran susu & kilang2 susu kat nipple & breast. Coz if salah satu saluran block, kita still boleh produce susu lagi. Hebat kan!
Tapi itu kes dua bulan lepas. Sekejap je pun jadinya. Tak sampai 3 hari dah pulih macam biasa. Tak makan ubat apa2 pun. Tapi pastu memang tak berani tak skip pump.. hihi.
Bulan puasa nanti jadual pump maybe bertambah satu lagi session masa sahur :)
30oz sehari, go mommy aD go!
Monday, May 23, 2016
Spiderbaby
Sunday, May 22, 2016
Nanite
Esok dah keje.. alaaaaaaa... hihi
Kiddos tidur awal malam ni. Pukul 8pm dah tidur. Tak solat Isyak pun.
Aleesya pun sama. Lepas maghrib tadi dah tertidur.
Penat sangat anak2 hari ni. Dari pagi buat banyak xtvt sama2 kan :)
Now, mommy sorang2 layan movie sambil habiskan ayam KFC & agar2 santan. Harap2 berat badan bertambah la ye. Aritu timbang sambil dukung Aleesya, berat adalah 45kg. Kalau tolak berat Aleesya 6kg ++ agak2 berapa berat mommy? kikiki... jauh lagi laa misi tambah berat badan ni. Masuk bulan puasa ni memang nan hado lah pertambahan berat.
Oh.. baju skolah Ariff lum gosok lagi. Tadi dah susun 5 helai uniform skolah agama & 5 helai baju skolah kebangsaan untuk daddy iron.
Tapi kul 8.30pm tadi daddy dapat emergency call dari Aisyah. Kete dia eksiden langgar motor & kereta depan. Orang yang bawa motor tu cedera parah katanya. Takutnya mommy dengar. Harap semuanya ok & selamat. Sabar na..
Nak gosok baju.. pastu nak zZZZzzzz...