KENGKAWAN

Tuesday, June 11, 2019

Kawasan kebun baru ayah

Last day kat Melaka pegi melawat kawasan ladang yang ayah nak usahakan. Besar tanah ni. 1.75 hektar (lebih 4 ekar). 

Ayah dah bersihkan tanah ni. Tinggal nak tanam pokok je. Dulu, kawasan ni ada ladang getah. Masa aku kecik2 dulu, aku dengan adik2 duk teman ayah pi kebun getah. Tolong kutip getah sekerap dan teman ayah buat getah keping. Susah tau nak buat getah keping. Kena pikul susu getah turun naik bukit (ladang getah kat sini berbukit2). Tapi suka tengok ayah buat getah keping. Ralit je tengok.

Susu getah yang ayah kumpulkan, ayah akan tuang dalam acuan empat segi panjang. Pastu ayah campurkan dengan asid klorik bagi susu getah jadi pejal. Bila dah pejal, ayah telangkupkan atas pelantar dan lenyek2 dengan tangan kasi leper. Dah leper, ayah akan leperkan lagi kasi nipis guna dua biji mesin getah. Satu mesin untuk untuk nipiskan getah dan satu lagi untuk corakkan getah keping tu. Kadang2 aku dengan adik2 amik port tukang putar mesin. Pernah sekali tu, jari adik no.6 tersepit kat kat mesin getah sampai berdarah2. Apa lagi, kena hambat la kami semua.

Kenangan betul zaman kanak2 dulu. Bau getah dan
bau badan kami sama je.. hihi. Hari2 balik sekolah, tolong ayah & nenek jemur getah keping. Kena jemur sampai kering dan warna jadi kuning/coklat. 

Sekarang dah lapang dah ladang getah ni. Ayah nak tanam pokok lain pula. 

Semoga impian ayah dimakbulkan, insyaAllah. Semoga ayah juga diberikan kesihatan yang baik dan kudrat yang kuat untuk berbudi kepada tanah.


Luas kan kawasan ni

Panas terik masa ni. Pokok2 getah semua dah dibersihkan. Kalau tak, boleh kutip cendawan kukur.

Tak terjangkau di kepala aku macam mana ayah nak usahakan tanah sebesar ni nanti. Semoga urusan ayah sentiasa dipermudahkan-Nya.


Tepi tanah ni ada mata air kecil. Tak pernah kering. Tempat berkubang masa kecik2 dulu.

Kiddos dan cousin depa

Laluan masuk ke sini dah luas. 10 minit dari rumah ayah jaraknya

Sayup mata memandang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...