Cerita tengahari semalam.
Tengah lepak2 depan tv, tetiba teringat kat Ayah kat kat kampung. Cakap kat Mamoru aku rindu kat Ayah. On the spot Mamoru cakap, jom siap, kita balik kampung.
Tengok jam kat dinding, dekat pukul 1.30 ptg. Tapi bila rindu bertandang, aku harus pulang.. gitu.
And its really worth it.
Sampai kampung terus pegi kebun. Ayah kalau takde kat umah, kat kebun je lah tempat ayah habiskan masa. Nampak ayah terus peluk cium Ayah yang kuyup dibasahi peluh. Ayah busy petik baby-corn. Nak jual kat pasar tani. Sempat tolong ayah kupas dan potong baby-corn ❤️
Ayah ni, ikutkan tayah keje dah. Anak2 semua dah besar dah keje. Bulan2 anak2 kirim duit belanja. Tapi Ayah dah biasa buat keje. Tak tahu duduk diam. Tak apa lah, asal ayah sihat.
Lepas tu ikut ayah gi kebun ladang pulak. Ayah nak hantar tayar2 terpakai. Nak buat bahan bakar pokok2 getah mati yang dah dikumpulkan. Kebetulan husband adik tiri aku bawa lori, semua pakat nak ikut. Angkut anak2 naik belakang lori sama2. Yang kelakar tu, ayah pun join sekali naik belakang lori sama2.
My tugas as co pilot. Make sure pilot sentiasa fresh semasa drive dengan cara susun makanan keliling dia. Senang nak capai kalau ngantuk.
Kami atas lori. Ayah ngan Mamoru siap berebut2 nak naik belakang lori. Tapi Ayah menang hihihi. Mamoru kena duduk depan teman driver lori..
Anak2 excited first time naik lori
Weeeee..
Posing sikit sebelum turun
Ni gambar lepas turunkan semua tayar2 terpakai. Gambar kat ladang tak amik sebab kelam kabut balik - Ariff dah nangis kena gigit tebuan. Bengkak jari2 dia.
Kenangan buat anak2 dengan atuk.
On the way balik. Melantun2 duduk belakang ni
Dapat spend time sekejap dengan ayah cenni pun dah puas hati.
No comments:
Post a Comment