Tuesday, June 25, 2019

Report card day

Cuti arini.

Pagi2 teman Mamoru gi JPJ. Plan nak apply international driving licence. Sampai JPJ, staff situ cakap tayah buat sebab lesen memandu Malaysia boleh guna kat Australia. Alhamdulilah.

Kebetulan pula next month road tax aku expires so amik peluang renew untuk 5 tahun lagi. 

Pastu straight gi sekolah Ariff & Amarr. Ada one-to-one session dengan guru kelas untuk bincangkan tentang prestasi  anak2 kat sekolah dan nak hantar surat permohonan cuti anak2 cos nak gi oversea nanti

Good thing is, lepas jumpa cikgu boleh angkut Ariff Amarr balik sekali. 

Mommy tengah tunggu turn nak jumpa cikgu (Ariff in green shirt)

Ariff layan Amarr buat origami. Amarr minat betul beli buku2 berkaitan origami


Ariff pulak minat buku macam soduku, words puzzle.


Khusyuk belajar nak buat origami

Pilih buku.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...