Monday, July 29, 2019

Day 4 #KiddostakeAustralia : Main Salji

Kami sampai kat Lake Mountain pukul 12.30 tengahari. Cuaca mendung dan windy. Sejuk yang amat. Berbeza dengan masa first time aku pi sana. Tapi sebab anak2 excited, aku gagahkan kaki turun dari kereta. Mujur snow suits dan boots selesa. Kiddos nampak steady main dalam cuaca sejuk macam tu. Aku je yang seriously tak tahan sejuk sampai terpaksa masuk dalam cafe sebab nak stabilkan suhu badan sendiri. 

Apa pun, alhamdullilah, anak2 leka macam dah biasa dengan winter. Siap tidur baring bergolek2 atas snow. Aku? Idok ler. Mampu monitor dan 
jadi photographer je. Itu pun terketaq2 tangan nak snap gambar.

Dan oh, aku baru tau, winter akan buat pipi kita jadi kemerahan macam pakai blusher. Sama juga macam cuaca panas.  Patut lah aku tengok kiddos, especially Aleesya, merah pipi dia masa main saji ❤️

Kami spend masa sekerat hari hari salji. Sampai almost malam! Puas hati dapat buat snow man, main slide tobonggan, main snow war. Cuma ski je tak dapat main sebab perlukan masa yang lebih panjang sebabnak belajar je makan masa sehari. Kalau tak cukup masa, better skip je. Next time kita belajar main ski okay kiddos.

Masa kami bergerak turun dari Lake Mountain dah pukul 5 lebih. Dah gelap. Drop by kat Marysville hantar snow gear yang kami sewa pastu terus balik ke Melbourne.

Yeay, misi main salji berjaya! Kiddos happy. Dan yang penting, Kiddos semua sihat dan tak demam/selsema lepas main salji.

Malam tu, kami just makan kat luar je. Kiddos nak makan ayam goreng. Mujur sini banyak restoran halal. Nandos pun halal kat kat  sini❤️


Video kiddos snow ball war kat sini

See cuaca mendung, view pun tak boleh nampak jauh. Plan nak hike kawasan hutan gunung ni terpaksa kansel sebab takut sesat tak nampak jalan. Kami main kat area dekat2 je.

Aleesya & Amarr prepare snow ball nak lawan daddy

Ariff yang happy sokmo sepanjang kat sana

Kalau mommy takde lah nak duduk atas snow tu.. sejukkkkk

Ready to slide the downhill

Ariff & Amarr

Race.. jom tengok siapa paling cepat sampai downhill

Buat snowangel pula

Version snowman daddy & Aleessya

Kelakar betul bentuk Olaf ni

Aleesya siap pose macam salji tu tilam je.. haish

Aleesya suka slide sorang2

Mamoru & Aleesya sayup2 dalam salji

Kesayangan daddy

Mommy dan Aleesya panaskan badan

Jenjalan dengan Aleesya

We are here.

Readyyyyyyy

Guna moving escalator untuk naik uphill selepas slide turun guna tobonggan

Lega ada floor bergerak ni. Kalau tak, jenuh naik naik bukit bersalji ni


Sunday, July 28, 2019

Day 4 #KiddostakesAustralia : Driving to Lake Mountain

Satu perkara kami suka tentang Australia, bab driving. Boleh guna lesen Malaysia je. Pastu seat driver & lorong memandu semua sama macam kat malaysia. Jarak pun ditulis dalam kilometer intstead of miles. Even kat kawasan selekoh dia akan tulis had kelajuan yang dibenarkan. Senang. Boleh avoid jem kalau lalu kat lorong sempit.

Cuma kat sini kena patuh had kelajuan. Memang strict. Dan baby/kanak2 wajib guna carseat. Even nak cari uber pun kena make sure uber ada carseat baby, kalau tak depa tak kasi naik.

First time drive kat negara orang. Eh bukan, ni kali kedua. First dulu kat Bali. 
V
sepanjang perjalanan subhanAllah, cantik sangat. Kami siap berhenti amik gambar. Kanggaroo memang merata. Macam lembu kat negara kita. Kena hati2, takut terlanggar kanggaru melintas.. 😅😅

Sebelum sampai ke destinasi untuk main salji, kami singgah kat kat Cross Country Ski Hire untuk sewa insulated suits. Harga berpatutan juga. AUD24 untuk full insulated baju & boots per kids termasuk tobonggan. Aku sewa boots je AUD10. 

Kat sini, ada juga disediakan wheel chain untuk kereta. Tapi sebab kami bawa 4wd drive, not necessary. Kalau kereta biasa kena pakai chain kat tayar.

Gambar main salji, sambung next entry sebab banyak sangat gambar 😊😊


Kami sewa 4wd ke sini. Driving dari Melbourne ke Lake Mountain amik masa almost 2 jam setengah.

Besar kete ni. 7 seater. Roof boleh buka. Tapi Amarr tak suka root dibuka. Dia nak tidur sepanjang perjalanan.

Sleepy baby

Kat bawah tu banyak kanggaroo melompat2


View cantik sangat. Ada ladang lembu, kuda, ladang anggur etc.

Teruja sangat driving kat tempat orang

View hutan yang cantik. Teringat cerita twilight.. hihi

SubhanAllah.. cantik.

Ni masa masa nak sewa baju untuk main salji. Ada banyakkk size. Untuk baby pun ada. Baju2 dan kasut semua bersih dan selesa dipakai.

Ready with our snow gear! Lets hit the snow.


Day 3 #KiddostakeAustralia : Take it easy

Lepas insiden Amarr kepenatan + kesejukan, kami decide nak rest dan buat aktiviti free and easy saja hari ketiga ni. Supposed hari ni kami dah bertolak ke kawasan tanah tinggi untuk main salji. Tapi takut condition Amarr tak ready. 

So aktivi hari ni, explore Melbourne jalan kaki dan naik free tram. Sebelum keluar dari apartment, aku pakaikan kiddos 4 helai baju (baju heat tech, fleece x2 & jacket. Seluar pun 2 lapis (heat tech & jeans). Alhamdullilah kiddos tak mengadu sejuk lagi kecuali bila hampir malam sebab suhu drop sampai below 6°c.

Luckily Mamoru bawa hand warmer. Letak kat tangan rasa warm je. Suka kiddos main2 dengan pelekat warmer tu.

Seronok sangat dapat spend time macam ni dengan anak2. Anak2 pun hepi sangat sepanjang kat kat sana

Kami berjalan sampai malam. Saja nak biasakan Amarr dengan cuaca kat sini. 

Cantik2 view tempat orang. Rasa macam tanak balik je.. hihi

Ariff yang asyik la duk berterima kasih kat kami sebab tunaikan hajat dia nak tengok winter kat kat negara orang

Gambar ni orang sini tolong ambilkan. Orang sini baik2 belaka. Suka ayat2 conversation yang diaorang guna. Setiap ayat mesti ending dia "love".
Contoh, masa masa aku terjatuhkan coin, ada orang tolong kutip pastu cakap "You drop something, love".
❤️❤️


Depan St Patrick's cathederal. Aleesya cakap macam castle.

Cantik gambar kiddos kat dinding ni

Still background bangunan yang sama cuma dari sisi berbeza

View winter yang cantik

Ariff happy buat leaf-angel

Luckily tak tak r orang kat taman ni. Kami gayat tengok daun2 cantik warna keemasan gugur atas rumput. 

Ni kalau kat Malaysia, takdenya aku kasi main daun2 ni. Haha

Suka tengok gambar2 kiddos kat sini. Happy sangat.

Part paling depa suka, baling daun2 kering kat mommy. Being kiddos, ucapan "terima kasih" kat mommy & daddy tak lekang dari mereka sepanjang kami kat kini. Aww..

Amarr in action. Belajar ambil gambar pro macam daddy.

Saturday, July 20, 2019

Day 2 #KiddostakeAustralia : City Loft Apartment

Ni la our apartment sepanjang kami stay kat Melbourne. Apartment ni 2 bilik. Complete dengan dapur, peralatan memasak, washer, cloth washer & dryer. 

Almost few nights juga aku masak. Coz kiddos tetap nak makan nasi dengan sup. 

Aku bawak periuk camping pi sini.. hihi. 

Dish washer ni hebat. Boleh basuh periuk nasi yang berkerak dan kuali berminyak. Wow sangat. Kat sini memang aku tak payah susah2 basuh pnggan mangkuk bagai. Semua campak dalam washer. Bubuh sabun, pastu tau2 dah bersih berkilat siap steril lagi. Nak beli satu la nanti. Memang sesuai untuk working mom yang busy macam aku.. hihi

Ni pun sama. Hari2 aku basuh baju kat sana tau. Basuh pastu keringkan. Bangun pagi sejuk2 tu, masuk baju / jaket dalam dryer 3 minit. Pastu warm je masa pakai.. hahaha. Maklum lah sejuk nau kat sana.

Ruang tamu & ruang makan

Dalam bilik view cantik sangat. Dinding kaca semua. 

Balcony. Tinggi2 bangunan kat sini. Apartment kami tengah2 bandar. Easy acscess untuk ke semua tempat. Tempat makan, kedai2 semua walking distance. Purposedly amik tempat ni sebab dekat nak pi mana2

Baring2 dengan view camni.. ❤️

Ariff cakap barang2 dalam rumah ni ada yang sama macam kat rumah kami... Haha

Toilet ada satu je. Okey lah.

Dapur memasak

Suka konsep fridge & washer tersorok dalam almari besar. Nampak kemas

Breakfast roti & scamble eggs

Aleesya pagi2 makan limau 

Kiddos atas katil