Thursday, July 18, 2019

Day 1 #KiddostakesAustralia : The journey begins

Amarr tak sihat masa hari tu. Dia kena asthma. Beberapa hari sebelum fly pun, Amarr few times jugak lah Amarr ambil neb kat klinik. 

Luckily, ada klinik 24 jam kat KLIA2. Mujur juga kami sampai awal, gate tak buka lagi. Luggage pun belum boleh deposit. So cecepat gi klinik jumpa doctor amik neb.

Tanya kat kat doctor sama ada condition Amarr sesuai untuk fly. Doctor kata tak ada masalah. Lagipun doktor cakap Amarr tak perlu amik neb pun pagi tu. Cuma just in case, dia bagi juga neb (half dose). Ye lah flight ke Melbourne amik masa 8 jam kan. Precaution. 

Kiddos super excited. Dan kami sebagai parent lebih2 lagi. Totally excited dapat jauh dari kesibukan keje semata2 untuk pergi berjalan dan spend masa dengan anak2.

Flight kami delayed sejam sebab ada 3 orang penumpang terpaksa keluar dari plane sebab masalah pernafasan. Masa ni aku dengan Mamoru berdoa banyak2 semoga Amarr dapat tempuhi 8 jam dalam flight tanpa masalah. Bekalan ubat2 memang complete aku bawak. Sebut je ubat apa, semua ada. Risau juga kalau kastam kat Aussie buang ubat2 yang aku bawa. Tapi dalam hati yakin boleh lepas sebab semua ubat2 tu ada label. 

Kami depart pukul 12 tgh camtu waktu Malaysia. Kami touch down kat Melbourt (Avalon), pukul 8 malam (6 ptg waktu Malaysia) Australia cepat 2 jam dari Malaysia.

Suhu kat Melbourne time tu 10°c. Sejukkk. Cepat2 kami keluarkan jaket kasi anak2 pakai. Itu pun masih menggigil lagi. Sebab jaket fleece sahaja tak cukup. Jaket2 tebal kami semua dalam luggage.

Dan alhamdullilah, pemeriksaan kastam pun sangat mudah (dulu masa pergi sorang2 sampai kena check dengan anjing pengesan). Tapi malam tu lancar je urusan kami. Staff situ suruh kami proceed keluar sahaja. Syukur.

Keluar dari airport kami terus tuju ke airport shuttle. Amik bas dua tingkat ke Melbourne city. Dari airport Avalon ke Melbourne city amik masa 55 minit. Kiddos suka sangat dapat naik bas dua tingkat ni. Kami duduk bahagian atas. Dalam bas ada warmer. Bestnya. Tambang bas AUD48 untuk 2 adult. Kanak2 free.

Kami sampai station bas Southern Cross kat Melbourne city dalam pukul 10 malam. Pastu terus amik Uber ke hotel. Ikutkan boleh jalan kaki je. Dalam 1km je pun. Tapi dah tengah malam kan. Anak2 letih. Haversack pun berat2. 

Sampai hotel, check-in dan dan terus rest. Anak2 tak mandi pun sebab sejuk sangat. Just lap2 badan je.

Hotel ni actually hostel untuk backpackers. Cuma kami amik bilik yang paling besar. Aku tersilap masa booking hotel awal2 aritu. Ingatkan kami bertolak 30 Julai. Rupanya sehari sebelum. So terpaksa amik satu hari stay kat kat hotel ni. 

Apa pun, we survived our first day/night in here. Tidur awal cos esok ada banyak tempat nak explore. Teruja sangat.


Dalam flight. Kiddos amik satu row dengan daddy.

Mommy duduk dengan Aleesya. Sebelah seat kami kosong. Best!

Gambar dalam bas double decker. Gambar luar bass takde. Sejukk nak bergambar kat luar.

Bass penuh.

Our family room kat Space hotel. Just nice untuk one night. Tak sesuai nak buat style backpackers kalau bawa family. 


Bilik air besar

Bilik pun luas. Masuk bilik je terus pasang heater.

No comments: