Lepas insiden Amarr kepenatan + kesejukan, kami decide nak rest dan buat aktiviti free and easy saja hari ketiga ni. Supposed hari ni kami dah bertolak ke kawasan tanah tinggi untuk main salji. Tapi takut condition Amarr tak ready.
So aktivi hari ni, explore Melbourne jalan kaki dan naik free tram. Sebelum keluar dari apartment, aku pakaikan kiddos 4 helai baju (baju heat tech, fleece x2 & jacket. Seluar pun 2 lapis (heat tech & jeans). Alhamdullilah kiddos tak mengadu sejuk lagi kecuali bila hampir malam sebab suhu drop sampai below 6°c.
Luckily Mamoru bawa hand warmer. Letak kat tangan rasa warm je. Suka kiddos main2 dengan pelekat warmer tu.
Seronok sangat dapat spend time macam ni dengan anak2. Anak2 pun hepi sangat sepanjang kat kat sana
Kami berjalan sampai malam. Saja nak biasakan Amarr dengan cuaca kat sini.
Cantik2 view tempat orang. Rasa macam tanak balik je.. hihi
Ariff yang asyik la duk berterima kasih kat kami sebab tunaikan hajat dia nak tengok winter kat kat negara orang
Gambar ni orang sini tolong ambilkan. Orang sini baik2 belaka. Suka ayat2 conversation yang diaorang guna. Setiap ayat mesti ending dia "love".
Contoh, masa masa aku terjatuhkan coin, ada orang tolong kutip pastu cakap "You drop something, love".
❤️❤️
Depan St Patrick's cathederal. Aleesya cakap macam castle.
Cantik gambar kiddos kat dinding ni
Still background bangunan yang sama cuma dari sisi berbeza
View winter yang cantik
Ariff happy buat leaf-angel
Luckily tak tak r orang kat taman ni. Kami gayat tengok daun2 cantik warna keemasan gugur atas rumput.
Ni kalau kat Malaysia, takdenya aku kasi main daun2 ni. Haha
Suka tengok gambar2 kiddos kat sini. Happy sangat.
Part paling depa suka, baling daun2 kering kat mommy. Being kiddos, ucapan "terima kasih" kat mommy & daddy tak lekang dari mereka sepanjang kami kat kini. Aww..
Amarr in action. Belajar ambil gambar pro macam daddy.
1 comment:
Happy kiddos with their happy mummy
Post a Comment