Saturday, July 31, 2021

Day 5 with braces

Hari ke 5 pakai braces

Hari ni rasa macam dah tak ada apa² yang perlu diupdate. Sebab dah terbiasa. Ngilu / nyeri bila gigi atas dan bawah diketap kuat still ada tapi tak concern sangat. 

Makan? Masih tak berani nak ambil makanan solid. Masih prefer yang lembut dan tak perlu kunyah. 

Tadi masa keluar hantar bekalan makanan kat Amir & Fuad (sebab masing² kuarantin tak boleh keluar), nampak banyakkkk makanan yang sedap² dijual kat gerai² tepi jalan. Amazingly, tak tergoda pun dengan semua makanan tu. Wow sangatt kan.. boleh la eat healthy dan jaga kesihatan..



 

Friday, July 30, 2021

Day 4 with braces

Hari ke 4 pakai braces / pendakap gigi

Bangun pagi tanpa rasa apa². Macam dah adapt dengan metal yang ada dalam mulut. Dah boleh rapatkan gigi atas dan bawah. Masih ngilu kalau tergesel/ketap gigi kuat². Masih tak berani guna gigi untuk gigit atau kunyah.

Good things is, dah mula terasa braces ni berkesan. Macam pelan² dia bergerak. Dunno la kalau itu perasaan sendiri. Tapi dari pembacaan, braces mula akan nampak kesan seawal 4 minggu. Excited. Apapun, kita tunggu next dentist appoinment bulan depan. 

Menu makan masih nasi dan sup. Teringat popcorn Garret with almond yang dibeli minggu lepas. Masa beli tu tamak sangat - pi beli paket large dua bungkus sekaligus. Sudahnya hanya mampu pandang je popcorn tu. Sebab kacang / popcorn memang makanan larangan untuk pemakai braces. Maybe kena bagi kat orang lain sebab dalam rumah ni takda orang lain yang suka popcorn Garret with almond. 

Bertabahlah dengan diet makan untuk 2 tahun akan datang. Harap sangat berat tak turun 🙏


My braces journey from the beginning:

Bukan saja² nak pakai braces ni. Kalau tak disebabkan ada beberapa gigi dah start rosak sebab susah nak bersihkan bila banyak gigi berlapis². Dan dah ada akar gigi yang mati dan perlukan root treatment.

Asalnya pergi jumpa dentist untuk tampalan dan whitening. Lepas tu suruh dentist cabut gigi taring sebab berlapis. Tapi dentist reluctant. Dia suggest buat braces dan selamatkan gigi taring tu.

Was² juga nak buat braces sebab umur dah 42. Bila dentist cakap even umur 60 pun boleh pakai braces, I was like ok lah camtu. Masa ni memang tak tahu yang proces pakai braces ni memang hazabb.

Process :-

First, dentist amik xtray gigi dan rahang.

Second buat mold untuk gigi atas dan bawah.

Third, for my case, kena cabut 3 batang gigi 
I choosed untuk buat 2 sesi cabutan. Sesi pertama cabut 2 gigi sekaligus dan sesi kedua cabut satu lagi gigi. Masa cabut memang tak sakit langsung. Kesan dia datang bila dah balik rumah. Masa cabut kali pertama, sakit dia sampai 3 hari baru hilang. Yang kedua tu tak sakit sangat sebab cabut sebatang je kan, siap boleh keluar jalan lagi.

Fourth, pasang 6 getah untuk spacer. Masa pasang tak sakit, lepas seminggu hazab sebab tak selesa ada getah in between gigi. Kena biarkan getah duduk antara gigi selama seminggu.

Dan last, baru pasang braces. Pasang ni tak sakit pun. 
Selebihnya nak biasakan diri dengan metal dalam mulut. Kena kuat dari segi mental kut sebab banyak pantang larang. Fizikal ok je.

Dan lepas ni kena pegi jumpa dentist sebulan sekali untuk check pergerakan gigi & maybe tighten kan braces. 

Cost? RM5,500 for braces which includes follow up treatment for the next 2 years.

Cost untuk xtray RM180
Cost untuk cabutan depends on tahap kesukaran gigi tu. Mine for all 3 gigi RM300 +/-
Cost buat mold untuk gigi tak ingat.. seratus lebih kut 😅

Thats it.





 

Thursday, July 29, 2021

Devastating news

Tak ada guarantee sesiapa yang dah dapat vaksin Pfizer, AZ atau Sinovac takkan dijangkiti Covid. 

Adik no 5, Amir positive Covid hari ni. Satu family termasuk wife dan 4 anak² pun dijangkiti. Tadi semua dah dipakaikan gelang pink dan diarahkan self kuarantin dalam rumah. Amir dan wife dah amik vaksin Pfizer sebelum kena Covid. Semoga tak ada yang serius dan semoga cepat sembuh semuanya.

1st jadi dalam family sendiri. Harapnya tiada lagi yang lain.

Semoga sedekah kami hari ni disalurkan rahmat, berkat, kesembuhan dan pahala buat Amir sekeluarga.

 

Day 3 with braces


Hari ketiga pakai braces / pendakap gigi

Alhamdullilah, tak ada drama panik attack macam semalam. Lena sungguh tidur malam tadi.

Sakit? Tak ada cuma masih tak berani nak rapatkan / gigit antara gigi atas dan bawah. Masih nyeri/ngilu/sakit bila berlaga. 

Dan syukur juga tak ada bengkak/luka/ulser dalam mulut bila braces berlaga dengan dinding pipi/ lidah. 

Cuma masalah utama sekarang adalah untuk adapt dengan diet makan yang baru. No more makanan keras².  I think braces ni memang sesuai untuk orang yang nak turunkan berat coz tak boleh sesuka hati nak makan. Boleh gerenti kurus bila pakai braces sampai 2 tahun kan. Untuk yours truly, memang sangat tak sesuai. Berat badan sekarang baru je nak cecah 40kg. Takut berat tak naik² dalam tempoh 2 tahun ni 😅

Malam tadi dinner dengan nasi putih, sup kosong campur sambal belacan. Masih konsep makan dan telan 😅. Tak berani kunyah. Ada juga lah makan manggis. Pilih buah yang kecil², so isi pun kecil². Masuk mulut dan telan. Not sure bila bole start menguyah. Selagi tak biasa dengan rasa nyeri/ngilu/sakit bila gigi bergesel, selagi tu lah tak berani nak gigit/kunyah.

Kita tengok progress esok macam mana pula.


Ok, semangat dah hampir pulih. Boleh share gambar after braces. Tapi tak berani nak show off braces lagi. So far tak obvious sangat gambar ni kan? Tak nampak macam pakai braces coz bibir masih boleh tutup even ada braces kat dalam 😊

 

Wednesday, July 28, 2021

Day 2 with braces

Hari kedua pakai braces.

Terjaga dari tidur pukul 4 pagi tadi terus dapat panic attack (sort of). Mulut rasa kering, so pegi dapur minum air. Lepas tu tiba² rasa macam rimas/lemas sebab ada benda dalam mulut (braces). Rasa macam nak tanggalkan taim² tu juga. Pastu rasa macam tak boleh bernafas dan nak menangis. 

Terus masuk dalam bilik, kejut Mamoru. Explain apa yang dirasa kat dia. Mamoru pujuk suruh sabar. Requested him to hug me till morning sebab rasa panik tak hilang lagi.

Bila dah reda, terus bangun buka laptop, sambung buat keje ofis subuh² buta sebab nak distract dari fikir tentang braces yang ada dalam mulut.

Setakat hari kedua ni, masih tak berani ketap/lagakan gigi atas dan bawah sebab akan ada rasa ngilu dan sakit bila gigi berlaga. 

Dan dari semalam memang tak berani makan makanan keras. Try juga gigit fries semalam, sakitnya aduhaii.. terus fobia nak makan. 

Malam tadi just makan kuey teow sup (tanpa ayam, sayur etc). Itupun telan² je 😅. Dah ohh.. ada makan durian juga. Tanggalkan isi dan telan 🤣.

Pagi ni brunch dengan mushroom sup dari pizzahut coz kiddos request nak makan pizza. Later dunno what to eat.. tsskk. 

Throwback gambar sebelum braces. Gambar selepas tunggu semangat pulih dulu baru ambil gambar 😅



 

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2021

 

Throwback last week. 
Sambutan yang sangat sederhana sebab masih PKP. Tak ada baju baru pun. Pakai apa yang ada. Tapi still nampak comel. Ada yang cakap, tema raya kami bertemakam Bunian sebab serba putih 🤣

Juadah pun just beli lemang sehari sebelum raya. Ketupat daun dan ketupat palas pula readymade. Kukuskan saja. Tinggal masak rendang je 🥰

Video ucapan selamat hari raya buat keluarga dan kawan²

Juadah raya




Tuesday, July 27, 2021

Happy 42 birthday to me


Another year wiser 

Alhamdullilah
❤❤❤





My braces journey : Day 1 with braces!

After 2 weeks of  postponement, finally I got my braces on just now! Was super nervous, tapi tak sakit pun. Doctor cakap, the pain comes later (takuttnyaaa). Rasa sakit / tak selesa tu maybe antara satu ke tiga minggu lamanya. Pasrah je lah. 

Dont wanna think about it. Cepat lah masa berlalu. Cos it will take +/- 2 tahun juga pakai benda ni. 

Luckily this year we still have to wear mask. 😅

Last pic without braces 😊




 

Monday, July 12, 2021

Semua postponed - frust

Did I mentioned PKP extended indifinitely? Positive cases and death are still rising (sigh). Blame it to the goverment. If only they took the same measurement as the Brunei, nobody would suffer like this. 

Just got a call from dentist to postpone my braces appointement to another date sebab klinik terpaksa tutup due to close covid contact 🤷‍♀️ Covid lagi.

Dan sebab covid juga, renovation rumah baru tak boleh start. Thot by end of the year renovation siap dan boleh pindah masuk. Now maybe by end of year pun renovation tak boleh start lagi.  💆‍♂️ Pun Covid juga

Life is cruel, but we dont have to be hard on ourself. 



 

Wednesday, July 07, 2021

Senarai trans gunung yang boleh dibuat di Malaysia

List trans gunung yang aku dah buat dan plan nak buat. Hopefully masih sempat buat satu hari nanti 😊

Trans 4 Bintang cover 4 gunung Bintang : COMPLETED

Trans Jerging cover gunung Siku - Irau (gunung² lain Yellow, Pass, Swettenhem, Perdah, Jasar, Berembun boleh buat daypack sekali harung) : COMPLETED

Trqns gunung Nuang : COMPLETED

Trans gunung Ledang : COMPLETED

Trans gunung Tahan - Merapoh ke Kuala Tahan : COMPLETED

Trans gunung Yong Belar - Challi - Three Boundaries : COMPLETED

Trans gunung Rajah : COMPLETED

Trans gunung Yong Yap - Bubu - Tok Nenek : COMPLETED

Trans gunung Korbu - Gayong : COMPLETED

Transtitiwangsa V1 : Dari gunung Yong Belar - Challi - Korbu - Gayong : COMPLETED

Transtitiwangsa V2 : Dari gunung Yong Yap - Bubu - Tok Nenek - Junction - Korbu - Gayong - Yong Belar : COMPLETED


Trans gunung Murud dari Bario - Murud - Bakalalan: COMPLETED

Gunung Mulu - Completed



Trans gunung Chamah - Ulu Sepat : Belum pernah buat - DREAM TRAIL

Trans gunung Batu Puteh: Pernah naik gunung Batu Puteh tapi belum pernah buat trans trail ni.

Trans Titiwangsa V3 : Trail ni ambil masa berbelas hari kalau nak complete. Kena ambil cuti almost sebulan kalau nak cover semua gunung dalam trail ni: Belum pernah buat : DREAM TRAIL cuma dalam umur 42 tahun plus komitment banyak, terpaksa kuburkan hasrat nak conquer trail ni. 

Trans gunung Inas: DREAM TRAIL dari dulu. Belum berpeluang buat lagi.


(Tiada Gambar Trail)
Trans GBB dari gunung Gerah - Bilah - Bieh. 
Antara trail hardcode yang ada dalam DREAM TRAIL list. Belum berkesempatan lagi nak jejak trail ni.


Trans CBL : Trail cantik. Tapi belum pernah sampai lagi. Just cover gunung Berembun. Cuma dikelilingi sungai dan air terjun yang cantik

Trans Slim cover gunung  Chondong -  Tumang Batak - Liang East West : Just sampai gunung East West je. Kalau ada peluang, nak buat daypack since its doable.

Trans Jelawang cover gunung Stong - Ayam - Baha & air terjun Jelawang : DREAM TRAIL, Belum pernah pergi lagi

Banyak lagi trail trans yang ada. Kalau jumpa nanti kita share kat entry ni. 





 

Tuesday, July 06, 2021

Mendaki gunung Nuang melalui trail Pangsun

Throwback March 2021. Beberapa minggu sebelum start puasa tahun ni. Sebelum start PKP berkali² 😅

Hiking gunung Nuang via Pangsun. Naik pukul 8.30 pagi dan sampai ke bawah semula pukul 5.30 petang. Ni trip yang berapa belas pun dah tak ingat. Dah banyak kali naik gunung Nuang sampai tak tersimpan log. 

Trek dari Pangsun ke Pacat ok. Disebabkan bilangan pendaki limited setiap hari dan disebabkan trek ni pernah ditutup selama setahun lebih maka trek cantik, terpelihara. Sama macam 13 tahun dulu. Cuma, trail dari Pacat ke puncak Pengasih dan ke puncak Nuang terlalu teruk. Tanah peroi dan licin. Bahaya untuk pendaki beginner atau hiker yang keletihan sebab kalau salah step boleh jatuh. Tanah yang peroi pula boleh runtuh bila² masa. 

Wish ada cara untuk selamatkan trek ni dari terus musnah. 

Kalau ada peluang, kami masih nak mendaki gunung ni lagi. Cuma mungkin dari trail Janda Baik. Sebab kesian sangat nak guna trail Pangsun. Rasa macam menambahkan lagi kerosakan trail setiapkali naik gunung ni dari arah Pangsun.

Breakfast di gerai area Hulu Langat sebelum start mendaki gunung. Sebelum tu pergi hantar salinan permit kat balai polis berdekatan 

Pintu masuk trail Nuang via Pangsun

13 tahun dulu, takda sign² ni 😅

Jalan Balak yang sentiasa mencabar mental

Rumpun buluh yang banyak sepanjang trail balak

Kami orang last naik gunung ni pagi tu. Tapi antara orang yang terawal turun 😊😊. 





Empangan lama

River crossing

Refil waterbag

Cendawan lepas hujan





Pokok hutan trademark kem pacat


Batu hampar

Puncak Pengasih



Penuh tangga ke puncah Nuang




Puncak Nuang


View KLCC jelas dari sini. Sebelah kanan view Genting nampak dekat dari Puncak ni


Beirut



First naik Nuang masa tahun 2006. Ada simpan log 2006 dalam blog ni. Memori terindah. Now dah 2021. Next trip, tak sure bila 🥰