Dah muak makan foodpanda hari² sampai tak tahu nak order apa dah. Walaupun work from home, dan walaupun dapur tu selangkah je dari bilik, nak masak memang tak cukup masa. Sentiasa ada incoming call, zoom. Takkan nak bercakap on the phone sambil berketung-ketang kat dapur.
So tiru style Angah Haslina. Frozenkan lauk siap². Cukup untuk lunch & dinner sampai Jumaat ni: Rendang ayam, Asam pedas siakap, Ayam goreng berlada, udang goreng cendawan & sup tulang (takda dlm gambar - tengah masak atas dapur - lambat nau daging empuk).
Rasa legaaa untuk seminggu dapat siapkan lauk pauk ni. Better than eat fast food/processed food kan 😉 Boleh work from home dengan tenang. Nak makan tinggal kukus je
Gambar masa nak pi beli barang basah 😁😁.
No comments:
Post a Comment