Hari kedua pakai braces.
Terjaga dari tidur pukul 4 pagi tadi terus dapat panic attack (sort of). Mulut rasa kering, so pegi dapur minum air. Lepas tu tiba² rasa macam rimas/lemas sebab ada benda dalam mulut (braces). Rasa macam nak tanggalkan taim² tu juga. Pastu rasa macam tak boleh bernafas dan nak menangis.
Terus masuk dalam bilik, kejut Mamoru. Explain apa yang dirasa kat dia. Mamoru pujuk suruh sabar. Requested him to hug me till morning sebab rasa panik tak hilang lagi.
Bila dah reda, terus bangun buka laptop, sambung buat keje ofis subuh² buta sebab nak distract dari fikir tentang braces yang ada dalam mulut.
Setakat hari kedua ni, masih tak berani ketap/lagakan gigi atas dan bawah sebab akan ada rasa ngilu dan sakit bila gigi berlaga.
Dan dari semalam memang tak berani makan makanan keras. Try juga gigit fries semalam, sakitnya aduhaii.. terus fobia nak makan.
Malam tadi just makan kuey teow sup (tanpa ayam, sayur etc). Itupun telan² je 😅. Dah ohh.. ada makan durian juga. Tanggalkan isi dan telan 🤣.
Pagi ni brunch dengan mushroom sup dari pizzahut coz kiddos request nak makan pizza. Later dunno what to eat.. tsskk.
Throwback gambar sebelum braces. Gambar selepas tunggu semangat pulih dulu baru ambil gambar 😅
No comments:
Post a Comment