Sunday, August 22, 2021

Destress

Esok kerja tapi hari ni dah menghadap laptop siapkan report, report, report.

Bekerja dari rumah maknanya bekerja dari start buka mata sampai dalam tidur pun termimpi² buat keje. Sabtu Ahad pun masih kena buat kerja. Even ambil cuti annual leave dan cuti sakit pun masih kena buat keje. Alasannya sebab kemudahan semua dah ada dirumah. Laptop ofis, email pun accessible dari rumah. Even nak masuk sistem access customer detail pun boleh buat dari rumah, so apa alasan untuk mengelak?

Rasanya next penyakit yang dunia patut beri perhatian selepas covid adalah penyakit mental 😅

Ok done bebel. Luckily pagi tadi Mamoru kejut ajak berlari. Lari tak seberapa, berhenti bergambar je yang lebih. Terasa macam baru mula berlari pula sebab asyik nak bergambar.

Tapi takpa sebab berlari dan bergambar adalah destress yang sangat berkesan.


 

No comments: