Friday, December 31, 2021

Thank you 2021

Terima kasih untuk segala kenangan manis, pahit, trauma 😁. Dua kenangan yang tak mungkin dilupakan:

1. Dua hari sebelum Syawal (sehari sebelum bermula PKP 3.0

2. Recently.. awal Disember.

Semoga semua menjadi kenangan atau pengajaran yang disimpan kemas untuk tatapan masa depan. 

Kata orang, The grass is always greener on the other side". Yes, its true. 

What we dont know is the view depends on many things. E.g., we probably see it from the best angle. If we come closer, it may not look as green/pretty as it seems. Or it maybe perfect from all angle but we wouldnt know if they use artificial.

Nothing will change if we look at our dying garden and wish for a tree to grow and produce juicy fruits by itself - unless we work hard to make it happen.

..............

Note: Going to end my 2021 with a booster vaccine today after office hour. Most likely will spend the new year eve sleeping 😅. And have to stop all training/excercise for the next whole week? 

Hopefully not that long lah. 




Monday, December 27, 2021

The first duty of love is to listen ❤

Minggu yang sangat sibuk dan sangat penat.
Tiga family terdekat melangsungkan perkahwinan (adik no.6, cousin Siddiq & Mak Lang). Selang dua minggu nanti ada majlis lagi di rumah nenek. Berulang alik Melaka nampaknya dalam beberapa minggu ni.

Hepi tengok orang² yang disayangi bakal mendirikan rumahtangga dan hidup bahagia. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. 
#mtyk





 

Friday, December 24, 2021

Selamat pagi dunia

View pagi dari bench tepi tingkap dalam bilik. Nampak 3 menara tertinggi dalam Malaysia (TRX, KLCC twin tower & Merdeka 118 tower), Bila cuaca cantik macam ni, view genting highlands dan jajaran gunung² pun sangat jelas. Boleh duduk berjam² layan view sambil baca buku kat tepi tingkap ni.

Semalam adik lelaki no.3 pulangkan kereta yang aku bagi dia pakai since October aritu. Kereta dia rosak dan semalam, kereta baru dia dah keluar, alhamdulillah. Hepi dapat tolong adik beradik. Lagipun dapat excercise hari² jalan kaki dari lrt balik rumah masa takda kereta aritu. Seronok. Rasa tenang ja sebab tau setiap langkah kita tolong orang ada ganjaran pahala. Tapi ni adik dah pulangkan kereta, kena cari jalan lain tambah pahala 😅

Weekend ni nak packing barang² kat rumah lama hantar ke Hulu Langat, rumah adik kepada SIL Ida kena banjir minggu lepas - serentak dengan banjir central Malaysia. Terkejut tengok banjir teruk macam ni. Nak tolong semua mangsa banjir, aku tak mampu. So, ajak adik beradik tolong adik SIL Ida je lah. At least kalau semua family tolong dan ambil berat family sendiri, insyaallah tak ada siapa yang terabai dalam dunia sementara ni.

 

Tuesday, December 21, 2021

Throwback majlis nikah adik no.6


Sekitar majlis. Tak banyak ambil gambar sebab busy buat keje. Busy jadi orang kuat majlis dan busy makeupkan pengantin 🥰

Kami hari² jadi pengantin 😘

Ayah sendiri nikahkan pengantin 🥰

Alhamdullilah. Pandai adik no.6 cari calon suami. Cari orang bujang. Baik budi tutur kata & hormat orang tua.

 Zaman sekarang ni janda pandai cari calon suami bujang tapi anak dara semua nak senang pi cari laki orang 😅. Anak² dara ni lupa satu perkara, laki orang tu senang sebab ada bini dia. Kalau laki tu hidup sorang², serupa macam lelaki bujang yang lain juga - Tak terurus semuanya 😂😂 

Kifarah tu ada. Kalau rasa rezeki berat, kereta eksiden, tiba² mulut senget, tu semua teguran. Jangan sampai kena stroke baru nak sedar diri.

Eh bebel apa ni 🤭

Lupq nak bawa balik baju nikah kami dulu. Kalau pakai memang muat 🥰

Our first met at Gunung Kinabalu in March 2006. Going to celebrate it there this coming February 2022 insyaallah. Celebrate our passion in hiking, 16 of friendship and 14 years wedding anniversary 🥰



 

Monday, December 20, 2021

Majlis kenduri kahwin adik no.6

Spent our weekend kat Melaka. 

Gotong royong untuk majlis perkahwinan adik no 6. Meriah. 

Hampir semua join berinai masa malam berinai pengantin. 

Alhamdullilah majlis berjalan lancar. Semoga perkahwinan adik no 6 kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dilindungi dari disondol "babi" lagi 😅😅. 




 

Thursday, December 16, 2021

Bila diri disayangi

Did something unexpected today. Me, the lembik girl forced her gut to do something big like this, can you believe it? Guess Im not that lembik anymore 😉

Blessed to have so many people love me. So many people on my side and helped me in so many ways. Thank you, ALL!

Alhamdulillah Alhamdullilah Alhamdullilah.

xoxo

 

Wednesday, December 15, 2021

Morning from #littleheavenonearth

Our second coway machine. Ni tahun ke 8 kami guna coway. Mamoru pilih warna putih - my fav color 🥰
Awal bangun pagi ni siapkan sarapan untuk kiddos & anak² buah. 

Mummy work from hari ni. Semua kena pantas. Sempat jupa pack kan breakfast untuk Mamoru. Nak pack kan lunch sekali tapi bekas untuk microwave heat tu tak jumpa. Kalau tak senang Mamoru re-heat kat office. 

Merasa jadi mak 5 anak minggu ni. Meriah rumah.

 

Tuesday, December 14, 2021

Deko bilik tidur

Tukang rasmi segala benda dalam rumah ni 😁

Katil ikea dah sampai. Katil murah ja, tilam ja yang mahal sikit. Lebih mahal dari harga katil 😅. Janji tidur selesa, kata Mamoru.

Rasa macam tak complete bilik ni. Nak tambah apa ya?  Pokok hijau? atau bantal² kecil atas bench? Bingkai gambar? Maybe semua 😅

Next nak letak tv mounted kat wall depan katil. Boleh tengok movie sambil cuddle² kan kan kan 🥰

Corak bedding ni Mamoru yang pilih. Kalau ikut aku, nak kaler putih ja. Putih seputihnya 🥰 (peminat putih, begitulah)
Ruang tepi katil ni muat² untuk sorang solat. Bilik untuk solat tak siap lagi 😅 Solat lah dalam bilik.


View dari pintu masuk. Asal lintas sini ja rasa macam memanggil² pula suruh tidur. Haish..

Bilik anak bujang.  Pun barang² ikea. Jimatt. Tapi tak siap lagi. Banyak nak deko kat sini, esp bahagian dinding. Cadar tu kena tukar warna yang bersemangat sikit. Ikea punya bed linen tak meriah warnanya.
Pasni  nak tampal world map besar² kat dinding, biar kiddos tenung hari² sampai mereka teringin nak travel dunia. 

Bilik Aleesya soon! Mamoru dah plan macam² untuk bilik anak dara ni hihi.. Dedi dia yang plan ok.. mami sila duk diam² 🤭🤭

 

Monday, December 13, 2021

Best night ever




Thank you for last night. The best ever 

 

Sunday, December 12, 2021

Day 6 training with kiddos


Semakin laju kiddos buat 3 loop. Sekejap je dah habis. Hari ni cousins diorang Ashraf dan Akram join sekali.. haha, taknpasal² diorang terpaksa join into "the mission". Takpa lah kan, excercise buat badan sihat 😊 

Cuti sekolah dah start kan, depa semua spend time kat rumah mummy-long-gorgeous 🥰 Daddy-long terpaling hepi. Suka melayan depa² ni 🥰


 

Shopping

 No training with kiddos yesterday. Spent time shopping kat ikea beli barang rumah. 

Bought a new queen sized bed with matress and other stuff. Teringin nak beli size king tapi saiz bilik tak mengizinkan 😅. Mula² sebelum masuk nak cari yang murah² ja. Tapi bila dah pegang², test duduk baring.. terambil yang lebih dari budget 😅😅. 

Salahkan Mamoru. Dia yang beria cakap best, lembut, empuk bagai 😋

Ber jam² jugak lah spent kat sana cati barang² lain lagi sampai ikea tutup 😄😄

Otw balik singgah dinner/supper kat area foodtruck stadium baru balik rumah. 

Tenkiu Mamoru for yesterday 🥰



Saturday, December 11, 2021

Bermadu?

Let me make it clear for some people:

I dont like to share my things. Kalau orang lain tiba² datang dan minum guna cawan or straw yang aku sedang pakai (even bestfriend or someone I know) pun aku sanggup tak pakai cawan tu / ambil cawan lain. Inikan pula husband. I just cant. 

Its either you take the whole cup and go away or you leave my drink for me to enjoy it alone. Fullstop.

I understand to marry another you dont have to get approval from the wife. But hey.. you are talking about the wife - manusia bukan patung. 

Said it already. Read para 3 again. Its either one. Bukan dua². Faham ke faham? Jangan benak sangat.






Friday, December 10, 2021

Day 4 training with kiddos


3 loops staircase from ground floor to 15th floor in 25 minutes! Good job kiddos! Tak grumpy langsung. Semua macam enjoy ja. Kali ni dedi join sekali. Abang Amarr susah nak senyum. Abang Ariff takda dalam gambar sebab cepat sangat habis 3 loop dan dah siap mandi 🥰
#WeOnAMission
 

Tuesday, December 07, 2021

Day 2 training with kiddos

Mission accomplished

Done 2 kali turun naik tangga dari ground floor ke tingkat 15 dengan kiddos. Aleesya terpaling aktif melompat² naik tangga even dah loop kedua. Amarr relax ja. Ariff pula senyap melayan perasaan 🤭. Esok repeat lagi ya anak² 😁😁😁

Gambar bawah, Aleesya show off muscle. Siap kiss bicep lagik 🤣




 

Monday, December 06, 2021

Training with kiddos Day 1


2022 Mission - Day 1 completed

1 loop ja turun naik tangga. Mami habis keje tadi, tutup laptop pastu terus bawa kiddos turun tangga dari tingkat 15. Sampai bawah, terus naik semula ke tingkat 15. 

So far so good. Tak banyak karenah. Aleesya pun relax ja. 

Esok kita buat 2 loop 😁😁



 

Morning


My morning vibes  from #littleheavenonearth 🥰

 

Sunday, December 05, 2021

2022 Mission



Insyaallah. Our long awaited mission with kiddos. 
Semoga diizinkan dan dipermudahkan perancangan dan urusan kami sebelum, semasa dan sepanjang xpdc kami nanti. 

Part yang senang - booking accomodation di Laban Rata dah settled. Flight ke KK malam ni kita settlekan. 

Part yang tough lepas ni - training dengan kiddos. Mari lah kita praktik guna tangga hari² untuk naik ke tingkat 15 😁😁. Tak usah guna lift untuk 2 bulan akan datang.

Semangat yang tinggi!

Interested to climb the highest mountain in Malaysia? Click here and book your date for accomodation & meal few months before the climb.



 

Friday, December 03, 2021

We have officially move to our #ittleheavenonearth

Malam semalam our first night tidur di rumah baru. Barang masih belum habis bawak. Baju pun tak habis packing. Tapi sebab unifi dan cctv dah relocate ke sini, maka tidurlah dalam keadaan serba kekurangan kat sini 😅. 

Next week nak apply cuti. Nak spend time mengemas & dating ❤

Annual leave tahun ni masih berbaki 19 hari. Boleh carry forward 7 hari max. Balance just burn ja. Takpa next year kita plan cuti² jauh sikit dengan Mamoru. Pergi hiking oversea 🥰

Semalam excited sangat balik dari ofis menuju ke rumah baru. Rumah baru, semangat baru, life baru. 



 

Wednesday, December 01, 2021

Dating 🥰

A continuous celebration towards our-going-to-be 14th years of married life (and 16 years of being together). 

Thank you for the treat last night! Two night in a rows already! Felt like a princess when you hold me carefully all the time macam takut sangat I will break like a glass.

I love you from the day we met till the day I'll die.
I dont know how time flies but I do remember the moment you made my heart burst with happiness when you told me to get ready coz your family is on the way to meet my dad to ask for my hand. 

Moment ni paling indah sebab saat ni b tinggikan taraf ad sebagai wanita, layan ad bagaikan permaisuri, b beri kasih sayang, cinta dan b bawa ad dalam hidup b dan disayangi oleh semua keluarga b.

To our 14 anniversary and many more to come ❤