Tuesday, December 14, 2021

Deko bilik tidur

Tukang rasmi segala benda dalam rumah ni 😁

Katil ikea dah sampai. Katil murah ja, tilam ja yang mahal sikit. Lebih mahal dari harga katil 😅. Janji tidur selesa, kata Mamoru.

Rasa macam tak complete bilik ni. Nak tambah apa ya?  Pokok hijau? atau bantal² kecil atas bench? Bingkai gambar? Maybe semua 😅

Next nak letak tv mounted kat wall depan katil. Boleh tengok movie sambil cuddle² kan kan kan 🥰

Corak bedding ni Mamoru yang pilih. Kalau ikut aku, nak kaler putih ja. Putih seputihnya 🥰 (peminat putih, begitulah)
Ruang tepi katil ni muat² untuk sorang solat. Bilik untuk solat tak siap lagi 😅 Solat lah dalam bilik.


View dari pintu masuk. Asal lintas sini ja rasa macam memanggil² pula suruh tidur. Haish..

Bilik anak bujang.  Pun barang² ikea. Jimatt. Tapi tak siap lagi. Banyak nak deko kat sini, esp bahagian dinding. Cadar tu kena tukar warna yang bersemangat sikit. Ikea punya bed linen tak meriah warnanya.
Pasni  nak tampal world map besar² kat dinding, biar kiddos tenung hari² sampai mereka teringin nak travel dunia. 

Bilik Aleesya soon! Mamoru dah plan macam² untuk bilik anak dara ni hihi.. Dedi dia yang plan ok.. mami sila duk diam² 🤭🤭

 

No comments: