Dah hampir dua bulan deactivate facebook. Nak delete terus sebenarnya tapi sayang gambar² kiddos yang hari² duk upload situ. Nak save banyak pula. Gambar since zaman Ariff Amarr & Aleesya baby sampai lah besar. Nanti lah ada masa kita save pelan². Habis save nanti, kita delete terus account facebook tu.
Lama dah sebenarnya nak delete facebook ni. Cuma sebab kes AK bagi aku alasan cukup kuat untuk delete akaun ni. First sebab aku nak elak dari menaip perkara yang bukan² tentang AK, coz memang aku tengah marah. Facebook pula medium yang paling senang untuk orang yang sedang marah/sedih/geram/hepi meluahkan segalanya. Coz sentiasa ada feedback dua hala. Sama ada dari tukang puji/keji/tambah minyak dalam api
Second sebab aku tak boleh nak control apa yang patut atau tak patut aku tahu/ambil tahu. Diri sendiri dah banyak dosa, buka facebook lagi tambah lipat ganda. Sekarang zaman fitnah. Facebook punya level fitnah, bukan setakat local, international level dia. Kadang rasa lebih aman hidup tak ada facebook. Memang info sampai lambat. Tapi 99% info yang sampai tu semua tak related. Buat semak kepala je.
Third sebab nak limitkan access kepada benda² yang melekakan. Leka scroll² tak sedar dah habis masa setengah jam masa kat situ. Setengah jam kalau aku duduk dapur boleh masak 3 jenis lauk. Kalau baca buku boleh lah dapat 30 mukasurat.
Buat masa ni aku just ada IG dan Blogspot ja. IG pun aku nak deactivate sebenarnya tapi tak jumpa pula button deactivation 😅. Tapi takpa kot, coz IG ni aman sikit. Orang susah nak foward² cerita/fitnah/gossip/etc. Gambar atau video yang orang upload pun limited. Nak tulis panjang² pun limited.. selamattt.
Blog pula lagi amannn. Its a one way communication
for me. No one can give like/comment/etc. Nak judge sendiri² tu lantak asalkan they dont share their thoughts with me. Better this way. Coz most of the time, aku tak perlu orang like/suka/sokong apa aku buat. Im just human. I got flaws. Tak semua yang aku buat betul. Apa yang aku tulis kadang² untuk kenangan ataupun luahan perasaan. Its my kind of therapy since 2005 or 17 years ago)
Yep this blog exist since 2005 till now.
Quote: The reason why a lot of people wont become what they want, is because they are to attached to who they were.
No comments:
Post a Comment