Tuesday, March 29, 2022

Ramadhan is coming

Semoga semua impian dan doa dimakbulkan 

Laila saida wa ahlam ladida




 

Tuesday, March 22, 2022

First day sekolah 2022

Semalam hari pertama sekolah tahun 2022.

Aleesya masuk darjah 1
Amarr darjah 6
Ariff tingkatan 1

Aleesya dan Amarr full force sekolah secara bersemuka tahun ni. Cuma abang Ariff masih PDPR di rumah.

Daddy cuti seminggu semata nak pastikan semua sessi sekolah berjalan lancar. Next week, turn mummy pula cuti. Nak make sure semua keperluan sekolah tip tip dan tak ada yang tertinggal untuk kiddos.

Aleesya semalam relax ja masa pergi sekolah. Sikitpun tak takut. Dia siap duduk dibahagian depan sekali dalam kelas. Mummy dan daddy hanya hantar sampai pintu pagar sahaja. Selebihnya, Aleesya buat sendiri. 

Tu cerita semalam. Pagi ni, Amarr tiba² demam panas dan sakit tekak. Tak pasti kenapa. Daddy dah buat kan RTK test untuk Amarr. Setakat ni negatif. Harap just demam biasa mungkin sebab semalam cuaca sangat panas kut. Dalam risau, mummy lega sikit sebab Amarr dan Aleesya dah complete first dose covid vaksin minggu lepas. Mummy dan daddy dah usaha, sekarang kita bertawakkal padaNya.

Mummy dah bagi Amarr makan ubat dan pakaikan cool fever. Semoga Amarr cepat sembuh. Aminn.

Layan gambar Aleesya semalam. Gambar Amarr lupa nak ambil. Sorry Amarr sayang. Mummy love you.

Yang dilindungi

Terima kasih cikgu share gambar Aleesya dalam kelas

Minggu orientasi

Gambar waktu balik dengan cousin dia Adelia. Dah tercabut tudung dia 🤣

Abang Ariff PDPR subjek math semalam

 

Saturday, March 19, 2022

Aleesya pakai uniform sekolah

Excitednya. Isnin ni Aleesya start masuk darjah 1. Mummy tak risau pun nak biarkan dia pergi sekolah sorang² sebab Aleesya memang berani. Tak takut orang, peramah dan pandai berkawan. So, walaupun Aleesya tak pernah masuk pre school, mummy yakin Aleesya tak ada problem untuk belajar dan adapt dalam kelas. 
You are going to shine like a star, babygirl.

Ni gambar masa kat Aeon Mid Valley. Bought her a Hello Kitty beg & Hello Kitty pencil case.

Ni gambar sebelum shopping beg. Stop by kat office daddy. Dah beratus kali sebenarnya Aleesya nak tengok office daddy. Now dah tertunai 😊

Trying out her school uniform. Aww.. time really flies. Dah masuk darjah 1



Two pair of black shoes cukup for now. Takut she outgrow it too soon. Girl cepat membesar ok. Mummy already got her training bra - on stanby - just in case she needs it 😅. Aleesya is going to be so mad if she read this oneday 😅😅. I love you babygirl.
 

Sunday, March 13, 2022

Berlari semula

Selepas lebih sebulan tak berlari semalam start semula. Rindu nak marathon dan berlari ramai² semula. 

Takpa, kita built strenght dan fitness slow². 

Semalam lepas berlari, bawa Aleesya dan Amarr pergi ambil first vaccine dekat International Youth Centre (IYC). Sekolah dah nak buka 2 minggu lagi. Kita berusaha dan bertawakkal. 

Kesan booster? Alhamdullilah tak ada apa². Aleesya dan Amarr kekal aktiff sampai lewat malam. Kami siap bawa diorang pergi gunting rambut (Amarr & Ariff je lah yang gunting rambut - sekolah dah nak buka 2 minggu lagi kan. Kalau pergi gunting next week sure penuh kedai gunting sebab ramai yang akan pergi gunting rambut last minit)

Habis gunting rambut, kami pergi shopping baju sekolah kiddos. Excited Aleesya nak masuk darjah satu tahun ni. Lega bila semua persiapan dah settle awal². Oh, baju raya pun dah siap beli juga 😅. Malas nak serabut² time bulan puasa ni. Nak kosentret on ibadah sahaja.

Hello tasik, stadium, jalanraya.. lama tak jumpa



Dapur full force. Tangan macam sotong memasak arini

No more makan guna meja camping lagi.. 😅😅

 

Thursday, March 10, 2022

8 bulan pakai braces


Diam tak diam dah nak masuk 8 bulan pakai braces. Alhamdullilah, gigi yang berlapis² dan senget dah tersusun dengan baik.

Dulu mummy rasa tak penting pakai braces. Dan mummy ingat orang yang pakai braces ni semua just nak nampak cantik. Tapi bila umur semakin meningkat dan gigi satu persatu rosak, baru lah mummy faham kepentingan braces. Sebab gigi yang tersusun kemas senang dibersihkan dari gigi yang berlapis dan dapat elak dari cepat rosak. 

Mummy tengok ramai kawan² seusia mummy yang hilang gigi sebab rosak. Nak pakai gigi palsu atau tanam gigi yang hilang akibat dicabut bukan lah perkara yang senang dan selesa untuk penyelesaian jangka panjang. Jadi mummy pilih untuk selamatkan gigi dengan pakai braces. Memang lama kena pakai (2 tahun) tapi, untuk jangka panjang ia sangat berbaloi. Mummy tanak jadi tua tanpa gigi.. 😅😅

Now dah 8 bulan mummy pakai braces. Sekejap ja rasanya. Dan bila gigi dah teratur pada kedudukan sepatutnya, baru mummy perasan yang mummy ada 2 gigi rabbit (gigi kapak bahagian depan lebih panjang dari gigi lain). Mummy suka! Ia buat mummy nampak lebih muda (ok, ini mummy yang perasan je) 🤣🤣

 

Wednesday, March 09, 2022

Jom rapatkan saf


Ngam² masuk Ramadhan nanti, dah boleh tarawikh rapat saf. Alhamdullilah. Tahun ni dah boleh pergi tarawih kat masjid/surau sebab anak² dah besar, pandai jaga diri. Nak bawa anak tak boleh lagi. Yang 2 orang lagi tu belum complete vaksin. 

Semoga bertambah keberkatan kita di tahun ni

Mummy busy minggu ni melayan kiddos dan cousin² depa yang stay dengan kami sempena sejak hari Isnin. Meriah. Ada 8 kanak² ribena dalam rumah ni. Dari umur 5 tahun sampai lah 12 belas tahun. Mummy handle sorang² sebab daddy pergi ofis. Kelam kabut juga sebab mummy kan work from home. Time mummy meeting la depa nak pegi toilet, nak minta buka kan penutup botol, etc. 😅

Yang 5 tahun tu masih menyusu. Dah berapa belas tahun mummy tak buat susu dalam botol (sebab Aleesya fully breastfeed), tapi minggu ni merasa semula.. hahaha.

Malam² pula, mummy jadi sotong duk gosok belakang anak yang ni, usap kepala yang sana, garu belakang yang sini, peluk yang sinun. Kalau tak buat memasing nanti terkebil² tanak lelap. Ada tu yang siap dah tersedu² sebab papa/mama diorang biasa peluk setiap malam. Tergelak mummy tau. Masa nak datang tidur kat sini beria cakap berani, tak heran takda papa/mama masing² 😁😁. Bila siang, bukan main ligat masing² bermain dalam rumah ni. Time malam mula buat muka kesian minta mummy teman sampai tertidur. Haish.. nanti masing² dah besar, siaplah, mummy buka semua cerita² lucu ni. Tunggu tau 😆

 

Tuesday, March 08, 2022

Musim hujan belum habis lagi

Kita masih lagi dimusim hujan. Kalau ikut tahun² dulu, hujan akan berterusan hingga pertengahan bulan March. Kiddos tanya, bila musim hujan nak reda, mummy cakap wallahualam. Yang pasti, masuk bulan Ramadhan nanti cuaca selalunya akan jadi cerah sampailah masuk bulan Syawal, insyaallah.

Mummy dari bulan lepas masih bekerja dari rumah. Lusa baru start masuk ofis dua kali seminggu. Since mummy dah imun covid (at least 3 bulan menurut kajian katanya), maka mummy pilih untuk pergi ofis naik LRT ja. Takut nak bawa kereta masuk KL. Takut jem & banjir. Kereta Iriz tak ada insuran banjir. Luckily insuran Iriz pun dah nak tamat tempoh. Nanti boleh renew dan masukkan coverage untuk flood. Bahaya lah kalau tak ambil. Mummy dengar, ramai orang terpaksa juga sambung bayar loan even kereta dah total lost kena banjir sebab insuran tak cover.

Mummy nak ambil gambar bunga tu, tapi Aleesya suka nak interframe. Pun.. boleh lah 🥰. Harap survive lah bunga tu kat dapur. Jangan ada yang buli bunga mummy sudah.

 

Monday, March 07, 2022

Deco Kiddos room part 1

Sesungguhnya mummy memang tak pandai tang deco² ni Tangan tak berbedung kata nenek. 

Kena banyak survey IG deco² lah camni. Tengok orang lain deco rumah bukan main cantik lagi. Dapat kat mummy.. nampak plain ja. Haish. 

Tunggu weekend ni kita sambung deco lagi

Bilik the boys.



Bilik babygirl.. plain sungguh. 



 

Wednesday, March 02, 2022

Shopping barang rumah

Hello March. 

Dah masuk bulan Mac, maknanya dah hampir 4 bulan kami duduk di #littleheavenonearth.

Ruang tamu rumah ni masih kosong. Hanya ada couch dan tv. Banyak idea nak tambah perabot / hiasan tapi bila fikirkan anak² kecik plus anak² buah yang kecil² selalu datang sini rasa macam lebih selesa ruang tamu kosong. Ada anak kecil memang agak stress fikir bab mengemas. Lebih lagi kalau rumah penuh perabut. Part nak membersihkan tu haish.. mencabar sungguh. Kalau dibandingkan dengan sekarang, ruang tamu kosong dan luas. Bila kekanak ribena sepahkan toys atau makanan, senang je nak sapu/lap/vacuum. Diorang nak belari satu rumah pun Mummy-Long tak heran sebab takkan ada bucu tajam atau gelas kaca hiasan yang akan pecah. 

Tapi, uwaa.. sampai bila nak biarkan rumah ni kosong. Mummy nak deco² juga. Disebabkan sayang kekanak dan nak pastikan mereka sentiasa riang, Mummy decide beli meja yang selamat - meja bulat yang tak ada bucu tajam. Kalau terlanggar pun insyaAllah tak la luka. Benjol maybe 😅

Dulu Mummy beli meja makan bentuk empat segi dengan tempered glass yang subahanallah berat sampai 2 orang angkat pun tak bergerak. Kali ni mummy pilih yang jimat ruang. Mummy beli kat instagram @wanjatifurniture. Boleh custom made nak design apa pun. Semua perabot dibuat guna kayu jati dan ada warranty. 

Meja ni ambil masa 4 bulan kalau tempah. Boleh pilih nak design 4, 6 atau 8 kerusi. Nak suruh buat meja berpusing atau nak letak kusyen dikerusi pun boleh. Terpulang pada budget. Mummy ambil yang display dalam gambar ni ja. Lama sangat nak tunggu 4 bulan. Next month dah puasa. Nanti raya takkan tetamu makan atas lantai kan.. 😅 Harga untuk 6 kerusi macam dalam gambar RM2400. Maybe lusa delivered.

Daddy dapat banyak point masa kami beli peralatan letrik kat Sen Heng untuk rumah baru ni. Ada RM700 cashback kalau tak silap, tapi boleh redeem RM100 setiap minggu. Maka seminggu sekali mummy akan pi redeem segala mak nenek kuali dan periuk belanga kayangan ni. Jimat banyakkk.. tenkiuu Daddy. Harap semakin bersemangat lah nak masuk dapur. Jangan duk buat perhiasan sudah lah 😅