Ngam² masuk Ramadhan nanti, dah boleh tarawikh rapat saf. Alhamdullilah. Tahun ni dah boleh pergi tarawih kat masjid/surau sebab anak² dah besar, pandai jaga diri. Nak bawa anak tak boleh lagi. Yang 2 orang lagi tu belum complete vaksin.
Semoga bertambah keberkatan kita di tahun ni
Mummy busy minggu ni melayan kiddos dan cousin² depa yang stay dengan kami sempena sejak hari Isnin. Meriah. Ada 8 kanak² ribena dalam rumah ni. Dari umur 5 tahun sampai lah 12 belas tahun. Mummy handle sorang² sebab daddy pergi ofis. Kelam kabut juga sebab mummy kan work from home. Time mummy meeting la depa nak pegi toilet, nak minta buka kan penutup botol, etc. 😅
Yang 5 tahun tu masih menyusu. Dah berapa belas tahun mummy tak buat susu dalam botol (sebab Aleesya fully breastfeed), tapi minggu ni merasa semula.. hahaha.
Malam² pula, mummy jadi sotong duk gosok belakang anak yang ni, usap kepala yang sana, garu belakang yang sini, peluk yang sinun. Kalau tak buat memasing nanti terkebil² tanak lelap. Ada tu yang siap dah tersedu² sebab papa/mama diorang biasa peluk setiap malam. Tergelak mummy tau. Masa nak datang tidur kat sini beria cakap berani, tak heran takda papa/mama masing² 😁😁. Bila siang, bukan main ligat masing² bermain dalam rumah ni. Time malam mula buat muka kesian minta mummy teman sampai tertidur. Haish.. nanti masing² dah besar, siaplah, mummy buka semua cerita² lucu ni. Tunggu tau 😆
No comments:
Post a Comment