Sunday, March 13, 2022

Berlari semula

Selepas lebih sebulan tak berlari semalam start semula. Rindu nak marathon dan berlari ramai² semula. 

Takpa, kita built strenght dan fitness slow². 

Semalam lepas berlari, bawa Aleesya dan Amarr pergi ambil first vaccine dekat International Youth Centre (IYC). Sekolah dah nak buka 2 minggu lagi. Kita berusaha dan bertawakkal. 

Kesan booster? Alhamdullilah tak ada apa². Aleesya dan Amarr kekal aktiff sampai lewat malam. Kami siap bawa diorang pergi gunting rambut (Amarr & Ariff je lah yang gunting rambut - sekolah dah nak buka 2 minggu lagi kan. Kalau pergi gunting next week sure penuh kedai gunting sebab ramai yang akan pergi gunting rambut last minit)

Habis gunting rambut, kami pergi shopping baju sekolah kiddos. Excited Aleesya nak masuk darjah satu tahun ni. Lega bila semua persiapan dah settle awal². Oh, baju raya pun dah siap beli juga 😅. Malas nak serabut² time bulan puasa ni. Nak kosentret on ibadah sahaja.

Hello tasik, stadium, jalanraya.. lama tak jumpa



Dapur full force. Tangan macam sotong memasak arini

No more makan guna meja camping lagi.. 😅😅

 

No comments: