Tuesday, March 22, 2022

First day sekolah 2022

Semalam hari pertama sekolah tahun 2022.

Aleesya masuk darjah 1
Amarr darjah 6
Ariff tingkatan 1

Aleesya dan Amarr full force sekolah secara bersemuka tahun ni. Cuma abang Ariff masih PDPR di rumah.

Daddy cuti seminggu semata nak pastikan semua sessi sekolah berjalan lancar. Next week, turn mummy pula cuti. Nak make sure semua keperluan sekolah tip tip dan tak ada yang tertinggal untuk kiddos.

Aleesya semalam relax ja masa pergi sekolah. Sikitpun tak takut. Dia siap duduk dibahagian depan sekali dalam kelas. Mummy dan daddy hanya hantar sampai pintu pagar sahaja. Selebihnya, Aleesya buat sendiri. 

Tu cerita semalam. Pagi ni, Amarr tiba² demam panas dan sakit tekak. Tak pasti kenapa. Daddy dah buat kan RTK test untuk Amarr. Setakat ni negatif. Harap just demam biasa mungkin sebab semalam cuaca sangat panas kut. Dalam risau, mummy lega sikit sebab Amarr dan Aleesya dah complete first dose covid vaksin minggu lepas. Mummy dan daddy dah usaha, sekarang kita bertawakkal padaNya.

Mummy dah bagi Amarr makan ubat dan pakaikan cool fever. Semoga Amarr cepat sembuh. Aminn.

Layan gambar Aleesya semalam. Gambar Amarr lupa nak ambil. Sorry Amarr sayang. Mummy love you.

Yang dilindungi

Terima kasih cikgu share gambar Aleesya dalam kelas

Minggu orientasi

Gambar waktu balik dengan cousin dia Adelia. Dah tercabut tudung dia 🤣

Abang Ariff PDPR subjek math semalam

 

No comments: