Wednesday, May 31, 2023

Koleksi gambar² kiddos balik sekolah


Inilah mummy punya "healing". Dapat hantar dan  ambil anak² dari sekolah. Dengar celoteh dan luahan perasaan masing² tentang sekolah, guru, rakan² dan xtvt sehari-hari mereka. 

Cuti mummy tinggal 4 bulan lebih ja lagi. Sedihnya mummy lepas ni tak merasa momen² camni lagi.  Anak² dalam proses membesar. Mungkin 3 atau 4 tahun lagi masing² akan merantau melanjutkan pelajaran jauh dari keluarga. Ariff sekarang dah tingkatan 2. Tinggal 3 tahun lagi untuk SPM. Amarr tingkatan satu, masih ada 4 tahun sebelum SPM. Mummy takut sangat nak lepaskan momen bersama anak² dirumah ni. Sebab mummy tau lepas ni tak ada lagi peluang macam ni. Lepas SPM nanti, semua akan berubah dan rumah ni hanya tempat persinggahan buat anak² dihujung minggu sahaja. Itupun kalau mereka semua tak sibuk dengan urusan belajar/kerja.

Kalau cerita kat daddy, mesti cakap jauh sangat mummy berfikir. Tapi hakikatnya 3 tahun tu tak lama mana. Percayalah.

Layan koleksi gambar² candid anak² bujang balik sekolah. Sebenarnya gambar² ni mummy screenshor dari video² pendek yang mummy rekod setiapkali anak² masuk dalam kereta waktu balik sekolah. Disebabkan blogspot tak video friendly, mummy screenshot gambar je lah. Video mummy letak kat youtube.

Mummy suka sekolah menengah sebab tak perlu pakai uniform putih hari². 

Nota kaki: Pertandingan catur peringkat daerah ditangguhkan sebab cuaca panas. Tak pasti bila sekolah nak bagi tarikh baru. Lawatan sambil belajar Ariff ke Penang pun tangguh juga sebab cuaca. 

Ya, cuaca sekarang memang pelik. Cuma mummy tak la rasa pelik sangat sebab dah biasa dengan cuaca macam ni masa belajar di Sintok dulu. 













 

Friday, May 26, 2023

Gambar Aleesya pakai baju raya ke sekolah

Throwback 

Aleesya pakai baju ni masa sambutan hari raya di sekolah. Singgah beli pizza untuk juadah raya potluck kelas Aleesya.

Comel sungguh anak dara mummy ni.





Aleesya dan cousin dia Adelia di sekolah. Dedua ni sebaya. Jarak umur sebulan ja 🥰

 

Thursday, May 25, 2023

Rutin sehari² beraama Aleesya

Mummy suka sangat melayan Aleesya pagi². Memandangkan Aleesya sekolah sesi petang dan abang²nya sesi pagi, maka mummy dapat gunakan masa sepenuhnya sebelah pagi untuk Aleesya dan sebelah petang untuk Ariff dan Amarr.

Rutin pagi mummy dengan Aleesya mula dengan hantar abang² dia ke sekolah pukul 7 pagi, lepas tu kami balik rumah spend masa sama². Antara xtvt yang kami buat adalah, mengemas rumah sama², ulangkaji sama², lari atas treadmill sama² (take turn antara mummy dan Aleesya). Oh yess, minggu ni adalah minggu ketiga Aleesya lari atas treadmill. Hari² tau. 1km setiap hari.

Tapi, tak la lari sangat sebenarnya, Aleesya lebih kepada power walk / briskwalk. Kadang² ja kalau mood dia datang, dia akan minta mummy berdiri belakang dia atas treadmill bila dia nak cuba lari guna speed yang laju (paling laju Aleesya pernah lari, pace 6 minit per km). Sekejap je pun dia lari pace laju macam tu. Ada lah dalam 30 saat lepas tu kembali buat brisk walk. 

Lepas Aleesya habis 1km, baru giliran mummy pula lari 30 minit. Masa mummy lari, Aleesya akan salin 1 muka surat penuh karangan bahasa melayu atau BI. Ini semua latihan untuk Aleesya lebih cekap dan laju dalam penulisan. Lepas mummy habis lari, kami mandi sama², sarapan dan sambil² tu buat latihan / homework / kraf / main anak patung sama². 

Aleesya paling minat buat kraf. Dari bab lukis, gunting, cantum sampai terbentuk objek yang dia nak. Mummy memang sediakan banyak kertas² tebal, kertas warna, berbotol² gam dari gam biasa, gam UHU, hot gun, pelbagai jenis warna untuk kerja² kraf Aleesya. Mummy support ja apa yang anak² nak buat. 

Pukul 12 tengahari kami akan bersiap untuk ke sekolah. Biasanya kami sampai awal diparking sekolah dan spend masa dalam kereta  sebelum mummy Aleesya masuk sekolah. Aleesya masuk kelas pukul 1 petang. Tapi mummy akan tunggu dikawasan parking sampai Ariff dan Amarr balik sekolah pukul 1.30 petang. Sekolah mereka sebelah je dengan sekolah Aleesya, senang sangat keje mummy nak hantar dan ambil mereka semua dari sekolah.

Petang, pukul 5.30, mummy keluar rumah semula untuk ambil Aleesya balik sekolah. Macam tu lah hari² rutin mummy sekarang. Dengar macam boring, tapi sebenarnya mummy enjoy sangat jadi full time housewife. Tak tahu lah macam mana nanti bila mummy mula kerja semula bulan Oktober nanti, sedih nak tinggalkan rutin sekarang ni.


Teman Aleesya buat latihan


Dalam kereta mummy suka baca buku. Sebab lama kan nak duduk dalam kereta tunggu anak² balik. Kadang² mummy suka baca buku kuat² sebab Aleesya suka bising² dalam kereta 😅. Mummy ingat, Aleesya tak ambil port pun apa yanh mummy baca. Tak sangka pula, dalam bermain² tu Aleesya turut pasang telinga dengar bacaan buku² mummy. 

Macam tadi, masa mummy duduk melayan Aleesya bermain dalam kereta sebelum dia masuk kelas. Tiba² Aleesya minta mummy bacakan buku yang mummy baca kuat² semalam. Dia nak dengar katanya. Mummy pun, dengan senang hati, baca satu habis bab untuk dia. Satu bab hanya ada beberapa mukasurat sahaja. Aleesya pula diam ja dengar sambil tangan dia bermain dengan slime.

 Mummy tak pasti Aleesya faham atau tak apa yang mummy bacakan sebab banyak ayat complicated dan perkataan² baru yang dia belum pernah dengar. Tapi sedikit sebanyak pasti Aleesya faham sebab kalau tak, kenapa dia minta mummy bacakan buku ni, betul tak? Semoga Aleesya juga suka baca buku macam mummy 🥰


 

Wednesday, May 24, 2023

Berhenti berfikir

 Kadang terfikir apa akan jadi kalau nyawa aku habis disini, saat ni. Positifnya, harta yang ditinggalkan mungkin dapat membantu anak² membesar sampai ke universiti. Tapi negatifnya? Emosi anak² terganggu, trauma & sebagainya. Contohnya, tengok saja pada diri dan adik² sendiri. Bagaimana kami membesar tanpa arwah ibu. Orang cuma nampak kemenjadian & kejayaan kami. Trauma, rasa kosong dalam jiwa, orang tak tahu. Maka, sayangi lah diri sendiri. Bangunlah untuk mereka yang memerlukan kita. Mereka yang akan kuat hanya bila kita kuat.


Thursday, May 18, 2023

Aleesya yang mummy sayang

Tadi masa makan malam, pinggan Amarr terjatuh. Bertaburan nasi dan sambal atas karpet. Mula² mummy rasa nak marah, yelahkan, mummy baru je hantar karpet tu untuk dicuci. Baru ja bentang karpet tu kar ruang tamu, tiba² jadi kotor semula.

Tapi cepat² mummy buang rasa marah tu. Anak nak makan, kata mummy dalam hati, tak baik marah depan rezeki. Mummy suruh Amarr ambil nasi lain dan teruskan makan, yang bersepah tu nanti mummy kemaskan. 

Masa mummy bergegas ke dapur nak ambil peralatan cuci untuk bersihkan karpet, Aleesya ikut mummy dari belakang. Beberapa kali juga dia panggil mummy tapi mummy tak perasan sebab sibuk cari alat pencuci. Mummy nak cepat² hilangkan kesan sambal kat karpet. Masa mummy nak ke ruang tamu semula, Aleesya tahan mummy. 

"Mummy, can we talk", kata Aleesya dalam bahasa inggeris.

Alamak, mummy terhenti jalan. Automatik mummy lupakan sekejap semua yang mummy fikir nak buat dan cepat² fokus pada Aleesya. Macam serius apa yang Aleesya nak cakapkan.

"Mummy, last time when I spilled slurpee on the carpet, you was mad at me. But just now when Angah (Amarr) spilled the carpet with sambal, you did not mad at him. Why?

Mummy terkejut bila Aleesya tanya macam tu. Terus mummy teringat insiden 2 minggu lepas masa mummy termarah Aleesya sebab tumpahkan air warna hijau atas karpet.

Mummy pegang dua² bahu Aleesya sambil duduk berlutut atas lantai. Mummy tatap mata Aleesya yang cantik.

Mummy cakap, "Sayang, I know what youre thinking. But first, please know that I love both of you and Angah the same. Along too".

Lepas tu mummy explain yang mummy sebenarnya ada terdetik nak marah Amarr, tapi mummy ketepikan rasa marah sebab sebab Nabi pesan jangan marah. Kalau kita start marah, syaitan suka dan akan hasut kita supaya terus marah². Dan mummy cakap, mungkin masa mummy termarah Aleesya tempoh hari, mummy agak penat dan mummy tak fikir rasional sampai terikut² hasutan syaitan untuk terus marah. 

Last sekali, mummy cakap pada Aleesya, mummy minta maaf, mummy manusia biasa, mummy juga buat silap. Kalau Aleesya rasa mummy keterlaluan, Aleesya kena cepat² maklumkan pada mummy. Mummy suka bila kita luahkan apa yang ada dalam hati dan fikiran kita macam ni. 

Aleesya nampak puas hati dengan jawapan mummy. Dia kiss pipi mummy banyak kali sebelum pergi ke depan.


Aleesya buat kad untuk cikgu BI kesayangan dia, Miss Mira sempena Hari Guru


I hope she likes it, kata Aleesya.

 

Tuesday, May 16, 2023

KL Auto Show di MAEPS

Mamoru ajak kami pegi sini last week. Kiddos especially Ariff, sangat teruja dengan kereta² ni semua. Banyak juga lah yang diorang belajar kat sini.

Aleesya pula berkenan kat 4WD truck. Duk pujuk daddy beli truk.



Ni sebab dia nak truk. Nak duduk belakang nia.




Tekun dengar daddy explain tentang kereta. Maklumlah daddy ex staff Honda. Setakat info pasal kereta ni hujung jari ja

Sempat main game kat sini



Bergaya sungguh anak bujang mummy ni

Kiddos teruja dapat naik bas ni dalam MAEPS. Aritu masa pameran MAHA tak dapat naik sebab penuh sokmo


Aleesy dalam gocart


Main game Mario

Dalam Limo



 

Monday, May 15, 2023

Camping di Ulu Rening Cottage


Pegi camping masa minggu kedua Syawal.. ko ado? Orang sibuk gi beraya, awak sibuk pegi camping. 

Tak rasa macam camping pun kat sini (selain tidur dalam kemah) sebab kat sini complete demgN semua kelengkapan rumah macam elektrik, kipas, fridge etc. Kawasan ni sangat privacy. Kami book untuk family kami ja, orang luar tak boleh masuk.

Seronok juga. Boleh main bunga api, karok sampai pecah speaker pun tenang sebab jauh dari orang dan tak mengganggu campers lain.



Kiddos solat berjemaah diimamkan oleh Amarr

Main dengan kamping tuan tanah



Sungai cetek dan takda batu.. sesuai untuk kanak² kecik



Ada cottage kecik kat sini yang complete dengan semua kemudahan dapur.