Inilah mummy punya "healing". Dapat hantar dan ambil anak² dari sekolah. Dengar celoteh dan luahan perasaan masing² tentang sekolah, guru, rakan² dan xtvt sehari-hari mereka.
Cuti mummy tinggal 4 bulan lebih ja lagi. Sedihnya mummy lepas ni tak merasa momen² camni lagi. Anak² dalam proses membesar. Mungkin 3 atau 4 tahun lagi masing² akan merantau melanjutkan pelajaran jauh dari keluarga. Ariff sekarang dah tingkatan 2. Tinggal 3 tahun lagi untuk SPM. Amarr tingkatan satu, masih ada 4 tahun sebelum SPM. Mummy takut sangat nak lepaskan momen bersama anak² dirumah ni. Sebab mummy tau lepas ni tak ada lagi peluang macam ni. Lepas SPM nanti, semua akan berubah dan rumah ni hanya tempat persinggahan buat anak² dihujung minggu sahaja. Itupun kalau mereka semua tak sibuk dengan urusan belajar/kerja.
Kalau cerita kat daddy, mesti cakap jauh sangat mummy berfikir. Tapi hakikatnya 3 tahun tu tak lama mana. Percayalah.
Layan koleksi gambar² candid anak² bujang balik sekolah. Sebenarnya gambar² ni mummy screenshor dari video² pendek yang mummy rekod setiapkali anak² masuk dalam kereta waktu balik sekolah. Disebabkan blogspot tak video friendly, mummy screenshot gambar je lah. Video mummy letak kat youtube.
Mummy suka sekolah menengah sebab tak perlu pakai uniform putih hari².
Nota kaki: Pertandingan catur peringkat daerah ditangguhkan sebab cuaca panas. Tak pasti bila sekolah nak bagi tarikh baru. Lawatan sambil belajar Ariff ke Penang pun tangguh juga sebab cuaca.
Ya, cuaca sekarang memang pelik. Cuma mummy tak la rasa pelik sangat sebab dah biasa dengan cuaca macam ni masa belajar di Sintok dulu.
No comments:
Post a Comment