Thursday, May 18, 2023

Aleesya yang mummy sayang

Tadi masa makan malam, pinggan Amarr terjatuh. Bertaburan nasi dan sambal atas karpet. Mula² mummy rasa nak marah, yelahkan, mummy baru je hantar karpet tu untuk dicuci. Baru ja bentang karpet tu kar ruang tamu, tiba² jadi kotor semula.

Tapi cepat² mummy buang rasa marah tu. Anak nak makan, kata mummy dalam hati, tak baik marah depan rezeki. Mummy suruh Amarr ambil nasi lain dan teruskan makan, yang bersepah tu nanti mummy kemaskan. 

Masa mummy bergegas ke dapur nak ambil peralatan cuci untuk bersihkan karpet, Aleesya ikut mummy dari belakang. Beberapa kali juga dia panggil mummy tapi mummy tak perasan sebab sibuk cari alat pencuci. Mummy nak cepat² hilangkan kesan sambal kat karpet. Masa mummy nak ke ruang tamu semula, Aleesya tahan mummy. 

"Mummy, can we talk", kata Aleesya dalam bahasa inggeris.

Alamak, mummy terhenti jalan. Automatik mummy lupakan sekejap semua yang mummy fikir nak buat dan cepat² fokus pada Aleesya. Macam serius apa yang Aleesya nak cakapkan.

"Mummy, last time when I spilled slurpee on the carpet, you was mad at me. But just now when Angah (Amarr) spilled the carpet with sambal, you did not mad at him. Why?

Mummy terkejut bila Aleesya tanya macam tu. Terus mummy teringat insiden 2 minggu lepas masa mummy termarah Aleesya sebab tumpahkan air warna hijau atas karpet.

Mummy pegang dua² bahu Aleesya sambil duduk berlutut atas lantai. Mummy tatap mata Aleesya yang cantik.

Mummy cakap, "Sayang, I know what youre thinking. But first, please know that I love both of you and Angah the same. Along too".

Lepas tu mummy explain yang mummy sebenarnya ada terdetik nak marah Amarr, tapi mummy ketepikan rasa marah sebab sebab Nabi pesan jangan marah. Kalau kita start marah, syaitan suka dan akan hasut kita supaya terus marah². Dan mummy cakap, mungkin masa mummy termarah Aleesya tempoh hari, mummy agak penat dan mummy tak fikir rasional sampai terikut² hasutan syaitan untuk terus marah. 

Last sekali, mummy cakap pada Aleesya, mummy minta maaf, mummy manusia biasa, mummy juga buat silap. Kalau Aleesya rasa mummy keterlaluan, Aleesya kena cepat² maklumkan pada mummy. Mummy suka bila kita luahkan apa yang ada dalam hati dan fikiran kita macam ni. 

Aleesya nampak puas hati dengan jawapan mummy. Dia kiss pipi mummy banyak kali sebelum pergi ke depan.


Aleesya buat kad untuk cikgu BI kesayangan dia, Miss Mira sempena Hari Guru


I hope she likes it, kata Aleesya.

 

No comments: