Mummy suka sangat melayan Aleesya pagi². Memandangkan Aleesya sekolah sesi petang dan abang²nya sesi pagi, maka mummy dapat gunakan masa sepenuhnya sebelah pagi untuk Aleesya dan sebelah petang untuk Ariff dan Amarr.
Rutin pagi mummy dengan Aleesya mula dengan hantar abang² dia ke sekolah pukul 7 pagi, lepas tu kami balik rumah spend masa sama². Antara xtvt yang kami buat adalah, mengemas rumah sama², ulangkaji sama², lari atas treadmill sama² (take turn antara mummy dan Aleesya). Oh yess, minggu ni adalah minggu ketiga Aleesya lari atas treadmill. Hari² tau. 1km setiap hari.
Tapi, tak la lari sangat sebenarnya, Aleesya lebih kepada power walk / briskwalk. Kadang² ja kalau mood dia datang, dia akan minta mummy berdiri belakang dia atas treadmill bila dia nak cuba lari guna speed yang laju (paling laju Aleesya pernah lari, pace 6 minit per km). Sekejap je pun dia lari pace laju macam tu. Ada lah dalam 30 saat lepas tu kembali buat brisk walk.
Lepas Aleesya habis 1km, baru giliran mummy pula lari 30 minit. Masa mummy lari, Aleesya akan salin 1 muka surat penuh karangan bahasa melayu atau BI. Ini semua latihan untuk Aleesya lebih cekap dan laju dalam penulisan. Lepas mummy habis lari, kami mandi sama², sarapan dan sambil² tu buat latihan / homework / kraf / main anak patung sama².
Aleesya paling minat buat kraf. Dari bab lukis, gunting, cantum sampai terbentuk objek yang dia nak. Mummy memang sediakan banyak kertas² tebal, kertas warna, berbotol² gam dari gam biasa, gam UHU, hot gun, pelbagai jenis warna untuk kerja² kraf Aleesya. Mummy support ja apa yang anak² nak buat.
Pukul 12 tengahari kami akan bersiap untuk ke sekolah. Biasanya kami sampai awal diparking sekolah dan spend masa dalam kereta sebelum mummy Aleesya masuk sekolah. Aleesya masuk kelas pukul 1 petang. Tapi mummy akan tunggu dikawasan parking sampai Ariff dan Amarr balik sekolah pukul 1.30 petang. Sekolah mereka sebelah je dengan sekolah Aleesya, senang sangat keje mummy nak hantar dan ambil mereka semua dari sekolah.
Petang, pukul 5.30, mummy keluar rumah semula untuk ambil Aleesya balik sekolah. Macam tu lah hari² rutin mummy sekarang. Dengar macam boring, tapi sebenarnya mummy enjoy sangat jadi full time housewife. Tak tahu lah macam mana nanti bila mummy mula kerja semula bulan Oktober nanti, sedih nak tinggalkan rutin sekarang ni.
Teman Aleesya buat latihan
Dalam kereta mummy suka baca buku. Sebab lama kan nak duduk dalam kereta tunggu anak² balik. Kadang² mummy suka baca buku kuat² sebab Aleesya suka bising² dalam kereta 😅. Mummy ingat, Aleesya tak ambil port pun apa yanh mummy baca. Tak sangka pula, dalam bermain² tu Aleesya turut pasang telinga dengar bacaan buku² mummy.
Macam tadi, masa mummy duduk melayan Aleesya bermain dalam kereta sebelum dia masuk kelas. Tiba² Aleesya minta mummy bacakan buku yang mummy baca kuat² semalam. Dia nak dengar katanya. Mummy pun, dengan senang hati, baca satu habis bab untuk dia. Satu bab hanya ada beberapa mukasurat sahaja. Aleesya pula diam ja dengar sambil tangan dia bermain dengan slime.
Mummy tak pasti Aleesya faham atau tak apa yang mummy bacakan sebab banyak ayat complicated dan perkataan² baru yang dia belum pernah dengar. Tapi sedikit sebanyak pasti Aleesya faham sebab kalau tak, kenapa dia minta mummy bacakan buku ni, betul tak? Semoga Aleesya juga suka baca buku macam mummy 🥰
No comments:
Post a Comment