Hari nih, mari bercerita secara ilmiah sikit. Sikit je lah. Aku bukan pandai pun nak cerita mender ilmiah nih. Kita try ek?
Rasanya sekarang, ramai orang bersungut harga rumah naik melampau-lampau tingginya. Bak kata adik aku, harga membunuh. Yer, membunuh impian orang nak memiliki sebuah rumah. Kalau orang luar tengok Malaysia nih, sure kagum sebab banyakk betul rumah yang memahal dibina sekarang nih. Padahal, derang tak tahu, gaji orang kat sini lepas tolak belanja, hutang segala sikit lagi nak sampai tahap makan pasir dihujung bulan.
Personally aku rasa, harga rumah teres dua tingkat sepatutnya tak melebihi RM200k (bergantung pada keluasan). Tapi sekarang, kat area KL & prime area Selangor harga teres dua tingkat boleh mencecah dan melebihi RM600k. Gila kan? Memang saja nak kasi orang mamfus bayar loan rumah sampai mati pastu sambung hutang ke generasi seterusnya.
Aritu masa meeting pasal rumah PR1MA, salah sorang presenter tu cakap, harga rumah kat Malaysia nih melampau tinggi bukan lah sebab keperluan untuk membeli rumah meningkat, TAPI disebabkan trend.
Trend sekarang adalah membina rumah harga mahal-mahal. Lagi mahal lagi bagus.Trend la sangat kan. Bagusss. Credit pada trend setter.
Bak kata satu lirik lagu "Biar papa asal bergaya?" Hah, ambik kau. Berlagak lagi dengan trend, gaya, mutu, keunggulan. Konon nak high standard, sophisticated segala, pastu sebenarnya tak mampu.
Ada sejenis rumah mahal yang aku tak boleh nak terima kewujudannya sampai sekarang: rumah jenis studio atau "studio room". Rumah style nih just ada satu bilik, satu ruang tamu, satu bilik air dan satu dapur simple. Banyakk developer sekarang bina studio room yang fully furnish pastu jual dengan harga tak masuk dek akal - mencecah suku juta. Gila apa? Negara kita nih belum padat sangat penduduk dia sampai rumah macam ni wujud. Jauh lagi nak sampai tahap tu. Tak faham. Tak faham. Apa pekdahnya rumah satu bilik nih?
Bila berborak dengan developer baru aku tau yang studio room ni derang bina untuk orang kaya-kaya je. Yelah, senang kalau derang nak stay bila outstation. Ada sorang buyer tu, dia beli studio room khas untuk anak dia stay untuk study kat universiti.. fuhhh.. bertuah badan anak dia. Takper lah, kita tak boleh salahkan orang-orang kaya sebab create trend untuk rumah-rumah camnih, salah kan diri sendiri sebab pemalasss dan tanak berusaha jadi kaya macam dia.. huhu.
Kat KL ni, jangan kata gaji tiga ribu, gaji tujuh ribu pun belum tentu dapat beli rumah sebijik. Sebab tu lah, sekarang nih had maksimum gaji untuk beli rumah skim rumah pertama PR1MA nak dinaikkan sehingga tujuh ribu ringgit.
Take note ya, skim PR1MA ni hanya untuk pembelian rumah di kawasan bandar maju sahaja (buat masa nih focus kat Putrajaya & KL). Sebabnya? Ramai penduduk kat Malaysia nih tertumpu kat kawasan bandar. Kat kawasan luar bandar, kalau ada penduduk yang susah, ada badan-badan kerajaan yang akan bantu mereka (Dara, Kejora, Ketengah, etc). Tapi kat KL, kalau kau susah nan ado agensi yang menolong.
Miskin hardcore - Rumah Mesra Rakyat (Gomen tolong)
Miskin - Rumah Mampu Milik (Gomen tolong)
Sederhana/pertengahan - Nan Ado orang tolong
High income - Tak yah cerita lah kan.. (lebih dari mampu)
So, kesimpulannya, PR1MA nih wujud sebab nak tolong golongan berpendapatan sederhana / pertengahan untuk memiliki rumah pertama mereka.
Satu info statistik yang aku dapat dari meeting aritu dan aku rasa semua orang patut tahu:
Kat Malaysia ada 11.7 juta penduduk yang bekerja DAN mendaftar dengan KWSP. Dari jumlah nih, hanya 1.7 juta sahaja yang membayar cukai pendapatan. Maknanya, balance 10 juta orang lagi berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan! Atau dengan ayat yang lebih mudah difahami, orang yang 10 juta nih rata-ratanya orang yang kurang berkemampuan membeli rumah. Bukan tak mampu ya, tapi KURANG mampu.
Yelah, dengan gaji tiga ribu kau ingat senang ke nak kumpul 10% down payment rumah? Kalau ikut statistic kat Malaysia ni, 70% orang hidup dalam financial distress. Takde saving, berhutang, etc.
Point aku kat sini, aku just nak inform kat orang-orang yang tak mampu beli rumah (esp cik anoynymous yang meroyan itu hari) atau orang yang mampu beli rumah tapi tak cukup duit nak bayar down payment rumah. Sila grab peluang yang ada nih. Sila alert tentang projek PR1MA yang seterusnya. Berbaloi beb. Rumah yang korang beli tu dijual lebih rendah dari harga pasaran.
Jangan risau kalau korang terlepas nak beli rumah PR1MA kat area Putrajaya aritu. Next, derang akan redevelop area Bandar Tun Razak. Tunggu je berita seterusnya dari PR1MA.
Next, aku akan bagi tips paling mudah untuk korang beli rumah lebih dari satu (cik Anoynymous kalau nak belajar pun boleh. Gua tak kedekut ilmu)
Select: All, None
weh gigi terkeluar..poyo la engkau ni betina...boleh buat loan banyak rumah konon...anytime je aku boleh call maybank operator tanya ko kat jabatan mana jawatan apa...setakat senior executive...banyak sangat la erk?? poyo je lebih ko ni...haktuiiiiiiiiiiii...pegi keje pun naik lrt...wakakakakakkapoyo la ko ni adlyana..haktuihhhh..
By Anonymous on Terbekenan dengan rumah lain pulak on 10/23/11
Nih la masalah orang Melayu. Manjangkan nak menjeles je kejenya. Pantang tengok orang lain lebih sikit dari dia. Aku rasa cik Anonymous ni kenal aku dan dia orang sama dari dulu duk bagi komen-komen seangkatan macam nih. Apa pun terima kasih la sebab sudi concern bagi komen kat blog aku ni.
Jawapan aku:
1. Sila. Sila lah call dan cek jawatan aku, gaji, department segala. Gua tak heran beb. Gua bukan macam lu suka menyorok. Bagi komen pun tak berani guna nama sendiri. Kalau nak bercakap dengan aku pun boleh, suruh je operator sambungkan. Walaupun aku takde masa nak layan orang meroyan macam kau, tapi disebabkan kau sanggup bersusah-payah sampai macam tu sekali kerana aku, maybe aku boleh luangkan seminit-dua.
2. Hina sangat ke kalau pergi keje naik LRT? Yep, aku memang pegi kerja naik LRT. 15 minit je pun kalau naik LRT dari rumah aku ke ofis compare dengan lebih setengah jam menghadap jem kalau guna kereta. Nak cakap aku takde kereta la tu? Gua ada dua bijik kereta kat rumah beb. Husband aku bawak satu pegi keje. Satu kereta lagi stanby kat rumah. Kalau aku taknak bawak kereta ke ofis pun kau ada masalah apa?
3. Fyi lakan . Kat Malaysia ni ramai orang beli rumah lebih dari sebijik. Kau tak tahu ke? Atau kau tak mampu? Aku baru beli satu. Kalau aku nak beli lagi sepuluh pun, kau kenapa? Bukan minta duit kau pun.
Honestly, aku bukan orang kaya. Banyak entry aku kat sini cerita tentang susah payah hidup aku dari dulu sampai life yang aku capai sekarang nih.
Tapi alhamdullilah, mungkin rezeki aku dipermudahkan sejak kerja kat kompeni baru nih, dapat buat staff loan; rumah pertama yang aku beli, aku just bayar deposit RM200 instead of RM30,400. Duit yang sepatutnya aku keluarkan untuk bayar deposit rumah langsung tak terusik.
So, aku boleh gunakan duit tu untuk bayar deposit rumah no. 2 pulak. Simple dan senang.. Tak membebankan aku pun. Yang kau terasa susah kenapa?
Kau pun boleh kalau nak beli rumah tiga empat bijik. Tapi dengan syarat, hati tu biar bersih. Baru Tuhan murahkan rezeki. Nih asyik nak mendengki kat orang tak sudah-sudah. Tuhan takkan ubah nasib seseorang tu melainkan dia ubah diri sendiri.
Kalau ada lagi yang tak puas hati, komen la lagi. InsyaAllah, kalau mood aku rajin, aku jawab. Tapi kalau kau nak suruh aku scan payslip aku upload kat sini, tak boleh la. Riak namanya. Aku rasa cukup lah kalau kau call kompeni aku tanya soalan yang kau nak tanya tadi.
Adios.