Monday, June 11, 2012
Mendung je..
Amarr bangun awal pagi ni. Mood dia tak berapa nak ok. Maybe sebab tak
cukup tidur (semalam seronok sangat berlari kat kampung atuknya). So,
pagi ni asyik laa nak berkepit. Sampaikan aku nak mandi pun dia tak
kasi tutup pintu bilik air. Harap dia tak ingat laa apa yang dia
nampak.. ahaha. Aku dah laa tak suka mandi berkemban (rasa macam air
tak sampai ke badan).
Wiken ni adik-adik aku pergi mencandat sotong. Aku tak ikut la sebab
derang plan pun dah last minit. Aku punya jadual dah fully book arr.
Takper, next time k.
Wiken ni juga, Chua ajak hiking Broga. Haih. Broga lagik. Stress aku.
Tertunggu-tunggu gak kekalau dia buat hiking kat port lain (gunung
Bunga Buah, etc). Next month dah masuk bulan puasa, nan-ado laa
jawapnya. Takper, takper.. aku sabau. Tak lari gunung di kejar. Aku
aim, sebelum hujung tahun ni, aku kena conquer satu atau dua gunung
yang aku belum jejak lagi.
Oh, lupa nak jot down tentang TV Samsung plasma 43 inch yang sudah
pecah untuk kesekian kalinya. Tsskkk. Baru dua bulan lepas kot aku
dengan Mamoru hantar tv tu ke Samsung service centre untuk ganti
skrin. Terbang RM600++. Sekalik, last week aku tengok dah ada dua
'star' crack pulak kat skrin tv tu. Aduss. Masuk kali nih dah 3 kali
tv flat skrin aku rosak dalam tempoh setengah tahun. 3 kali ok. Haih.
Orang kaya pun boleh papa camnih. Hai la anak-anak mummy. Sabauuu je
lah.
Friday, June 08, 2012
Stranger
sorang budak lelaki (lebih muda dari aku) tengah tunggu cab juga.
Tengah leka menunggu ada sorang lelaki datang kat aku. Kalau tengok
dari segi pakaian smart kasual biasa je. Kulit cerah, kepala botak,
muka kategori ok la juga. Saiz badan lebih kurang macam member aku
Chua.
Takde apa yang weird atau menakutkan tentang lelaki ni. Cuma gaya dia
macam orang baru lepas berlari. Part yang buat aku rasa lain, bila dia
asyik cakap:
"Saya dapat arahan dari pihak polis untuk keluar dari rumah dan saya
bertindak mengikut arahan"
Aku cakap 'ok'. Aku tunggu lagi apa yang dia cuba sampaikan. Pastu dia
ulang balik dua tiga kali ayat yang lebih kurang sama. Muka dia agak
cemas jugak lah. Aku dah start rasa pelik. Pepelan aku langkah setapak
demi setapak kebelakang pegi berdiri sebelah budak muda yang tunggu
cab tadi. Dalam kepala ligat duk fikir nak lari ke arah guard house
depan apartment aku je kalau lelaki tadi cuba buat yang bebukan.
Lelaki tu bila dah tengok aku cuba menyorok sebelah budak muda ni, dia
still cuba approach aku juga. Aku tak berapa dengar sangat apa dia
cakap. Aku rasa macam merapu-meraban dah. Cab yang lalu pun aku nak
sempat nak tahan sebab duk fikir macam mana nak jauhkan diri dari
lelaki ni.
Tengah-tengah kalut tu, bas RapidKL sampai. Aku main redah je naik.
Padahal aku tak penah naik bas RapidKL pegi LRT. At least dalam bas tu
ramai orang aku rasa macam selamat sikit. Budak muda yang tunggu cab
dengan aku pun follow aku naik bas. Budak tu sempat cakap dengan aku,
dia pun pelik tengok lelaki tu.
Dari dalam bas aku tengok lelaki tadi still berdiri kat situ. Macam
blur tengok aku naik bas.
Aku tak tahu apa motif lelaki tu approach aku. Aku bukan orang kaya.
Nak kata aku pakai seksi? Aku pakai baju kurung kot. Siap tudung lagi.
Entah lah. Lelaki tu nampak macam orang baik jer. Tapi bila
mengenangkan kat KL ni apa pun boleh jadi, aku memang tak berani nak
berdiri lelama dengan stranger. Takut beb. Sekarang kan dah banyak kes
kidnap, rogol & samun. Ngeri ok. Harap tu first & last aku jumpa dia.
Pasni maybe aku kena consider:
Drive kereta dan park kat kawasan LRT taim pegi/balik keje, atau;
Bawak motor Mamoru park kat kawasan LRT (aku tak rasa Mamoru allow
yang ni), atau;
Naik cab macam biasa (sebab so far teksi driver kat area sini semuanya
orang tua) dan amik precaution e.g., bawak mender tajam (pen, pembuka
surat), pepper spray (leceh nak guna), bawak kayu besbol/payung tajam,
etc.
Haih.
Wednesday, June 06, 2012
Down on bended knees
Girl, from the very beginning I have the feeling that he's all wrong
for u. And now, time has proved that my instinct were right. Be strong
as I know you will always be. This is not the end. My friend once told
me this:
"Bila sayang orang / benda / perkara, jgn lupa pencipta. Nanti sang
pencipta cemburu - lalu dibadaikan hati sampai kita teringat Dia
semula. Baru tenang datang. Menangislah sbb kita akui, kita terlupa
Dia. Jangan menangis sebab org buat perlekeh hati kita. Mungkin Dia
sengaja adakan orang perlekeh hati kita utk buat kita ingat semula
pada-Nya?
Doa lah. Doa tu selemah-lemah usaha. Hati ni milik Tuhan. Minta pada
Dia, pelihara hati dari rasa duka dan cinta yg menyeksa"
Girl, I will always be here for you. No matter what.
Kuatkan hati. Fikir positif. Yakin pada Tuhan, insyaAllah, ada hikmah
disebalik semua ini.
Ariff genap 3 tahun hari ini
Putera sulung mummy genap 3 tahun hari ni.
Ariff adalah hadiah dari Tuhan untuk mummy. Alhamdulillah. Mummy sentiasa bersyukur dan berterima kasih atas anugerah yang tak ternilai ini. Dan mummy sentiasa berdoa semoga Ariff dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilindungi dari sebarang bencana dan dilimpahi kasih sayang yang tak terhingga dari semua yang mengenali Ariff.
Harapan mummy, semoga Ariff membesar menjadi anak yang soleh, sentiasa menjaga solat, pintar, pandai menilai buruk baik sesuatu, jaga tingkah laku, tutur kata dan menghormati wanita dan orang tua.
Maaf sayang, tak ada birthday cake untuk Ariff hari ini selain ucapan dan ciuman kasih sayang dari mummy. Daddy kerja jauh. InsyaAllah, bila daddy balik hujung minggu ni, kita sambut sama-sama ya.
Selamat hari lahir yang ke-3 buat putera mummy. Doa mummy sentiasa menemani Ariff sepanjang masa.
xo
Daddy, Mummy & adik Amarr
Tuesday, June 05, 2012
Pelamin fresh flower dari Makeupfreak's Bridal
Buloh) + 1 job pelamin + sewa baju nikah, sanding, berinai, etc. Dua
malam berturut-turut tak tidur. Tak terasa penat pun sebab sangat
teruja pasang pelamin dan gubah fresh flower.
Bawah ni gambar pelamin fresh flower (tema purple tapi dalam gambar
cam maroon pulak - kualiti gambar yilek maklum lah snap guna henfon
pukul 5 pagi lak tu hihihi). Terima kasih kat Mamoru, adik-adik & ipar
tersayang sebab tolong pasangkan pelamin ni :).
Anw, pada yang berminat untuk mendapatkan sentuhan makeup airbrush
yang terbaikkk dari Makeupfreak dan pakej perkahwinan ekslusif dari
Makeupfreak Bridal Services, klik kat sini ya www.makeupfreak.net atau
search Makeupfreak di Facebook.
Monday, May 21, 2012
Kelas Makeup 2012
Kelas Makeupfreak's 'Basic to Advance Makeup' RM350 sahaja! Tempat TERHAD! First come first serve basis.
14 / 15 July 2012 di Melaka
@
28 / 29 July 2012 di Kuala Lumpur
@
4 / 5 Ogos 2012 di Kuala Selangor
Pilih sessi tarikh dan lokasi yang berdekatan dengan tempat anda dan hubungi info@makeupfreak / sms ke 019-200.6402 untuk pendaftaran!
Antara makeup course yang akan dipelajari adalah:
# Pengenalan jenis makeup dan penggunaan
# Penenalan jenis berus, sponge dan penggunaan
# Teknik solekan 'day makeup'
# Teknik solekan 'night makeup'
# Tips dan teknik asas dandanan rambut
# Tips dan teknik penggayaan tudung
# Perkongsian tips solekan trend terkini dan pemilihan warna yang tepat.
Bonus: Demo airbrush makeup by Makeupfreak!
Kelas ini terbuka kepada beginner / intermediate.
Sijil 'Certificate of Attendance' akan diberi kepada yang hadir.
Sila bawa alat solek sendiri ya. Bagaimanapun, pihak Makeupfreak akan menyediakan peralatan asas makeup untuk pelajar.
Tempat adalah sangat TERHAD. First come first serve.
xo
Makeupfreak - Professional Makeup Artist
Visit FB Makeupfreak di http://www.facebook.com/pages/makeupfreak/232781733909
Visit website Makeupfreak di www.makeupfreak.net
Sesi luahan perasaan
Friday, May 18, 2012
Ariff building his own airport
Monday, May 14, 2012
Flowers from my Heroes on Mothers Day
Its from my heroes (Hubby, Ariff & Amarr)
Thanks so much sayang-sayang semua! Big mummy kisss and hugssss for
the 3 of you!! xo
To all mothers out there, You're amazing! Thanks for filling this
world with love and happiness!
Happy Mothers Day!
My Airbrush Makeup
Friday, May 04, 2012
KL hari ni dan semalam
Monday, April 23, 2012
Makeupfreak : Professional makeup artist
got it already... hihi. Apakah? Airbrush makeup uols! *berpeluh keluar
duit*
Ladies and gentleman,
Makeupfreak kini melebarkan sayapnya dengan megah. We are moving from
using traditional makeup application (by using brush) to Airbrush
makeup! *wink wink*
I also change my Makeupfreak tagline to : "Flawless & Fabulous!"
But... of coz our pricing will be different (but still affordable -
kalau tak caya sila request for quotation dan compare dengan pricing
makeup artist lain). Makeupfreak offer hasil makeup yang setanding
dengan makeup artist popular yang lain dengan harga yang lebih
mampu-milik (affordable).
Dan pada uols yang mementingkan budget not too worry, we still offer
our traditional ways of doing makeup (with excellent result) with the
same price.
Lawati website akak at www.makeupfreak.net atau search Makeupfreak
page kat Facebook (kat sidebar blog nih pun ada link ke Makeupfreak
Facebook ok). Makeupfreak fans dah hampir mencecah 15,000 orang. Jom
meramai-tamaikan lagi!
Next: Atas desakan dari Makeupfreak fans, Makeupfreak akan officially
mengadakan Makeup class for beginner / intermediate / advance makeup
artist course untuk student yang berminat! *coming soon*. Sila
bersabar. Kepada yang berminat, sila email detail (nama, umur, contact
no, address dan jenis kelas yang ingin uols attend)
p/s: Eh jap, jap. Tahu ke apa itu airbrush makeup? Tataw? *matilah* ..
(sila google ya, koser akak pum pang, pum pang kalau korang tatau)
Wednesday, April 18, 2012
Adidas King Of The Road 2012
The Road 2012 untuk kategori 10km.
Tarikh lambat lagi. Tapi tak kisah lah sebab kami lari just for fun.
Takde lah nak aim hadiah bagai. Sekadar nak mempelbagaikan aktiviti
bersama. Kata love kan.. hihi.
Kalau boleh aku nak buat memacam mender baru dengan Mamoru. Antara
yang masih dalam planning, ballroom dance, mendaki gunung.. huhuhu.
Kalau nak ikutkan, jadual kami sangat padat sampai tak ada masa nak
buat xtvt baru. Tapi kalau asyik nak fikir takde masa, sampai bebila
pun takkan ada masa kan. Jadi, jangan biarkan diri dibuli oleh masa.
Ya, renung-renungkan dan selamat beramal (huahuahua)
Nak beli itu
masuk keje selepas lebih seminggu bercuti.
Mood dalam minggu ni adalah sangat best!
Oh, pagi ni ada berita yang buat aku tatau sama ada nak react hepi
atau sedih. Aku baru dapat tau yang Kakak A mungkin akan dibuang keje.
Reason being: masalah attitude yang teruk plus some other reasons yang
memang dah semua orang kat sini tau.
Aku rasa aku patut rasa hepi dengan berita ni. Tapi, ntah. Instead aku
sedih pulak. Tetiba timbul rasa kesian. Haih.
Guess, Kakak A dah dapat pembalasan yang setimpal. Harap dia sedar dan
muhasabah diri. Semoga dia berubah menjadi Muslim yang lebih baik.
Alright, enough tentang Kakak A.
Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu hujung minggu ni. Nak beli satu
barang yang sangat menjadi idaman kalbu. Oh~~ tak sabarnyaaa.
Apakah mender itu? Biar lah rahsia.. hihihi (sakit ati kan?)
Ok lah aku kasi clue.
Clue 1: Mender itu bukan lah emas permata atau gajet-gajet IT yang
canggih-manggih.
Clue 2: Dengan adanya mender ini, ia akan menambahkan kehebatan hasil
makeup aku (ecewahhh)
Tak boleh cerita lelebih. Once aku berjaya mendapatkan mender ini
nanti, baru boleh buat entry panjanggggg.








