Tuesday, April 14, 2015

Carboload in progress

Prep untuk 42km full marathon ahad ni.

Note: Rasa nak nangis tiba2.. Hormon ke apa ni? :(

Gurindam Jiwa

Is this the end of everything that we have built for the past 7 years? Is this the point where we say goodbyes? 


Tuai padi antara masak 
esok jangan layu-layuan 
intai kami antara nampak 
esok jangan rindu-rinduan 

Anak cina pasang lukah 
lukah dipasang di tanjung jati 
di dalam hati tidak ku lupa 
sebagai rambut bersimpul mati 

batang selasih permainan budak 
daun selasih dimakan kuda 
bercerai kasih talak tiada 
seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu 
hinggap seekor di tengah laman 
hendak mati di hujung kuku 
hendak berkubur di tapak tangan 

kalau tuan mudik ke hulu 
carikan saya bunga kemboja 
kalau tuan mati dahulu 
nantikan saya di pintu syurga



Once upon a time

Adik aku terjumpa kad ni masa proses pecahkan rumah rumah kat kampung.

Kad keahlian kelab Kembara Universiti Utara Malaysia tahun 1999/2000. Siap ada gambar tuu. Gambar muka aku masa umur 19 tahun.

Bukti minat yang mendalam terhadap aktiviti outdoor dari dulu sampai sekarang tak pernah pudar. Walaupun dah beranak pinak.

Aku start naik gunung tahun 1994. Masa umur 15 tahun. Gunung first yang aku naik , gunung Ledang. First time naik gunung, terus kena kiss dengan Puteri Gunung Ledang kat dahi. Still jelas parut antara kedua2 kening kat dahi aku ni. Ciuman mautt ok. Terus  jatuh cinta angau segala kat gunung ganang.

Walkathon pertama dan paling jauh aku join masa umur aku 13 tahun. Berjalan dari kampung aku kat Masjid Tanah sampai ke hutan rekreasi Ayer Keroh. Distance 46km!! Berjalan ok! Start jalan pukul 8.30malam. Sampai Ayer Keroh pukul 8.00 pagi. Non stop jalan semalaman.

Marathon pertama aku join, anjuran sekolah menengah Sultan Alauddìn. Distance 3km ja. Ekceli, cikgu tak kasi masuk sebab aku ada history asthma. Tapi aku kan degil. Menyelit gak antara student lain join lari. Suprisingly, aku dapat no.8 dari beratus-ratus student yang join!

No wonder lah setiap kali aku nak cuba aktiviti ourdoor yang baru, aku tak pernah nak fikir dua kali. Sebab semua dah di train dari kecik lagi :)



Monday, April 13, 2015

Start lari semula

Selepas sebulan skip lari. Takut juga nak start tadi. Lucky Arina memahami. Buat slow jog je.

Ingatkan nak buat 2 loop. Tapi Arina terlebih concerm pulak dengan condition aku. Haih.. ni yang maleh ni.

Aku faham apa yang dia risaukan. Tapi dia pun kena faham. Mungkin sekarang dia kesian tengok aku terkial-kial lari. Tapi nanti masa event date, takde orang yang nak kesian kan aku. So, kalau dia tanak tengok aku terkandas tengah jalan, better dia push aku untuk lari sekarang.

Ahad ni, aku akan lari 42km full marathon kat Putrajaya. Specialnya, larian ni aku lari berdua. Its gonna be a wonderful moment for both of us. Aku tak fikir langsung tentang timing sebab tak training kan. Yang penting, injury free.

Oh.. got a chance to run Bali full marathon fully sponsored by the company. Sadly.. aku terpaksa tarik diri. Sedih. Sedih. Sedih. Next year, I promise!

Dan next year juga, I want to set another target to be a Triathlon athlete. As a preparation, I'm going to spend my hibernating time with swimming classes.

I'll be back, stronger than ever!

Confession

Hari ni hari confession beramai-ramai.

Tak tahu mana datang kekuatan itu. Yang pasti, semua mesti diselesaikan.. dengan baik.

Tak tahu apa bakal jadi. Apa pun, kena redha. Kena kuat.

Hidup kena diteruskan.

Sedetik Lebih



Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku
Ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih
Serta selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Note: Terpana dengan lirik dan irama lagu ni. Sing it for me and I'll be down on my knees.. sujud & selamanya bersyukur.

Drive ke Bentong

Cerita petang tadi.

Pukul 11 pagi gerak pegi Bentong. Fetch team yang keluar dari gunung Rajah.

Supposed bukan aku yang pergi fetch. Tapi, just tolong orang yang pandai buat janji tapi tak pandai tunaikan. Rephrase, bukan tolong orang ni, tak kuasa. Tapi tolong team Rajah.

Aku sampai Air Terjun Chamang pukul 1.30 petang. Baru nak lepak tepi sungai, ada sorang mamat tegur aku. Dia kenal aku thru blog ni. Turns out bukan dia sorang je yang baca, rupanya ramai kengkawan dia kat situ pun baca juga. Pink rasa pipi ni sekejap. Lebih pinky lagi bila that guy & kengkawan dia request nak bergambar sama2. Ohh emmm geee!!

Rupanya thay guy kawan Ijoi.. ahaha.. keciknya dunia.

Last person keluar hutan pukul 4.15 petang. Seronok dengar Ijoi, Wani & Kak Aza bercerita tentang trip ni.. uwaa... rugi tak dapat join. Berdaghah mata tengok gambar2 depa kat puncak.

Almost pukul 8.30 malam aku sampai rumah lepas hantar semua balik rumah masing2.

Balik rumah, masak cekodok sedap pastu cicah dengan kuah kaeng som semalam.. fuhhh layannnn! Tak pandang nasi dahhh.

My blog readers yang super friendly!


This one diaorang sent to me via whatapps :)

Cekodok panas rangup diluar lembut didalam bersama kuah kaeng som! Terbaikk!!

Sunday, April 12, 2015

Morning walk

Cerita pagi tadi.

Awal pagi dah keluar pegi tasik Permaisuri dengan kiddos.

Teringin nak jogging. Hujung minggu ni ada 3R Full Marathon. Training memang ke darat. Tapi hati degil nak lari jugak.

Lari slow2 takpa kan.. enjoy the run.. enjoy for still being able to run.

Happy birthday Mamoru

Its his birthday today.

Was supposed to celebrate it next week (sebab aku ada trip Rajah & Mamoru pun ada hal lain). Tapi since Rajah tak jadi.. dapat lah sambut on time :)

Last minit plan. Siang tadi called Restoran Thirty8 kat Grand Hyatt KL. Buat reservation table for 2. Lucky ada kosong. Tapi kena datang pukul 10 malam. Tak kisah pun. Janji dapat table.

Mamoru keluar hampir sepanjang hari hari ni. Cari senarai barang aku aku nak beli untuk rumah. Nak deco rumah cantik2. Nak raya kan. Ambil mood baru.

So, memasing janji nak jumpa pukul 9 malam dan terus ke sana.

Restoran Thirty8 ni terletak kat tingkat 38, Hotel Grand Hyatt. View cantik! Our table dapat view KLCC Twin Tower.. best!

Layan gambar je lah naa..


Our table dapat view KLCC

Dalam lift pun sempat pose 

KLCC view dari looby

Yours truly

Pose gedik

Relection

Kat restoran tak dapat gambir gambar banyak2. Lampu dim sangat. Candle light style. So.. amik kat lobby ja.

Pose gedik lagi
Us
Us at Thirty8 Grand Hyatt KL

Feeling sangat layan desert. Seddaapppppp!

Interframe birthday orang.. steal the limelight ahaha

Birthday boy!

Thirty8 signature cake. Berasap-asap

Tak ingat nama tapi sedaapp!

Makan makan dan makan. Esok kena exercise sikit okay!

Lepakking

Note to My Mamoru: Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, sihat2 sempurna selalu, murah rezeki & bahagia selalu ♡

Saturday, April 11, 2015

Resepi Kaeng Som

Supposed lauk ni aku masak kat gunung Rajah weekend ni. Tapi... tak dapat pergi. Sedih sangat-sangat. :(

So, masak kat rumah je lah.

Resepi ni aku dapat dari sorang member lelaki bangsa Siam. Nama dia Cham Run. Dia sangat pandai masak tau!

Kaeng som dalam bahasa melayu makna dia asam pedas. Cuma penyediaan dia agak berbeza dengan style aku biasa masak asam pedas Melaka.

Bahan2 yang diperlukan:

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Kunyit hidup
Lengkuas
Serai
Bunga kantan
Cili kering
Cili padi dan belacan sikit

Semua bahan2 kat atas ni di-blend sampai halus tau.

Sayur2 yang diperlukan pula ikut suka. Lagi banyak sayur lagi best. Hari ni aku just buat guna:

Terung putih bulat (kalau dapat terung pipit yang buat main tembak2 tu lagi sedap)
Terung purple biasa
Kacang panjang
Cendawan
Tomato
Dan limau nipis (untuk ganti asam jawa/asam keping)

Cara buat dia pun senang. Just didihkan air dalam periuk. Masukkan bahan yang dah di-blend. Biarkan mendidih. Pastu masukkan semua sayur2. Buh garam, pak aji & gula ikut sedap rasa. Dan lasttt sekali perah limau nipis untuk lebih ummphhhh!!

Rasa dia sedddaappppp uols!

Selamat mencuba :)

Kerahan tenaga bawah umur

Mummy sibuk nak cat rumah, depa berdua ni pun sibuk nak menyibuk.

So kasi can depa menyibuk dulu. Sure depa cepat penat dan give up kan..

Tapi tak sangka tau, depa cat sampai habis! Clear satu dinding (kecuali bahagian yang tinggi)! Macam tak percaya ja okay.

Tenkiuuu anak2 mummy! Tenkiuuu sebab mudahkan keje mummy. Mummy just touch up sikit2 ja.. senang hidup ada anak2 rajin camni. Kecik2 dah tunjuk sifat terpuji.

Lepas cat terus mandikan depa berdua. Habis dari kaki sampai rambut penuh cat.. nasib baik cat ni water based. Senang hilang. Kalau cat minyak tadi, memang semua mandi dengan minyak tanah atau sental dengan thinner.. ahaha..

Kami yang conteng dinding ni

Dan kami juga yang akan bersihkan semuanya!

Yah! Yah! Yah! Berusaha!
We do thi for u mummy! We make mess, we clean it up!

Yay! 90% done. Mummy just jadi mandor.

Sayang hero2 mummy ni. Penguat semangat mummy!

Bawa Ariff checkup

Ariff ada appointment dengan Dr Eugene kat hospital Pantai hari ni.

Doktor kata, 28hb ni Ariff kena admit kat hospital sebab esok paginya (29hb) doktor nak buat operation untuk buka simen kat tangan Ariff dan keluarkan wayar yang support tulang Ariff.

Harap Ariff cepat sembuh.



Thursday, April 09, 2015

Asam Pedas Untuk Dia

517 pages! Done in one night.

Petang tadi beli. Start baca dari lepas Isyak sampai pukul 2 pagi baru setel. Gigih!!

Suka sangat gaya penulis ceritakan kisah ni. Simple. Senang faham. Tak melalut.

Antara novel yang berjaya buat aku menangis berjurai-jurai air mata & air hidung (last aku menangis sebab novel masa 20 tahun dulu - novel Korban Kasih).

Serious suka novel ni! Thumbs up!

Leka baca sampai sejuk tak bersentuh langsung bihun tomyam yang aku beli untuk dinner malam ni.

Lama tak baca novel melayu (sebab banyak cerita melalut). Suprise this one menepati piawaian logik akal aku.. ahaha.

Esok nak cari novel lain pulak! Hope can find a good one lagi.

Wednesday, April 08, 2015

Revolusi Fesyen Pakaian Muslimah di Zalora

Bila tengok orang pakai baju kurung, especially yang cantik elok terletak kat badan, aku rasa cantiknya lahai! Nampak sweet sangat. Tak kira lah baju kurung biasa, baju kurung cekak musang, baju kurung Pahang, baju kebaya, kebarung atau apa-apa je lah fesyen muslimah. Semuanya cantik2!



Dapat pulak sekarang ni banyak betul fesyen pakaian Muslimah yang dah dipelbagaikan sesuai dengan perkembangan fesyen sekarang, malah dengan design yang lebih moden, lebih gorgeous, lebihhh OMGGG.. *telan ayaq liur*



Bukan setakat design je yang diberi nafas baru, even material yang diguna untuk buat fesyen muslimah, terutamanya baju kurung & jubah pun dah ada banyak variasi. Aku bukan expert sangat bab kain2 ni. Tapi aku terer bab mengayakan.. ahaha.



Seriously, maybe aku lebih banyak pakai dri-fit t-shirt hehari. Sesuai dengan gaya hidup aku yang lebih kepada outdoor dan aktiviti lasak. Tapi jangan ingat orang outdoor tak reti berfesyen tau. Im proud to say, Im pretty good with makeup and have my own taste in fashion. Besides, siapa tak nak looking pretty wearing the perfect and latest fesyen muslimah. Its every woman dreams okay :)




Tuesday, April 07, 2015

Srikandi Cinta Ku



Dingin malam tirai kenanganku
Menyerlahkan sekurun ingatan
Terciptalah rimba kehidupan
Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan
Bisikan penuh pengharapan
Tiada garis dapat memisahkan
Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti
Segala yang terjadi
Embun menitis panas simpati
Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima
Gugur kuntum di tengah halaman
Medan ini kurasakan sepi
Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja
Yang bunganya adalah hati ku
Semadilah dalam kedamaian
Semangatku tetap bersamamu

Kan ku usung oh! jenazah cinta
Semadikan nisan kasih suci
Semangatmu tetap bersamaku
Selama pasti

Debu malam meragut kenangan
Menyedarkan dari lamunanku
Percintaan dalam perjuangan
Kau abadi Srikandi Cintaku


Note: Penyanyi asal lagu ni Kumpulan Bloodshed. But I love version Amy/M.Nasir/Mus yang nyanyi.. better :)

Monday, April 06, 2015

Ariff dah discharged

Petang semalam Ariff discharged dari hospital. Jari dia still swollen. Doktor pesan continue sapu dengan krim untuk kurangkan bengkak.

Ariff dapat MC 5 hari. Well that's weird. Dia kindergartens student je kot.

I'm still on leave today (cuti since last Wednesday). Esok kena masuk ofis. Nak check few urgent things. Pastu nak apply cuti lagi untuk 3 hari (till end of this week). 

Ariff needs me.

Saturday, April 04, 2015

Day 4 Ariff kat hospital

Jari Ariff still bengkak. Doktor kata dah surut sikit. Tapi aku tak nampak perbezaan pun antara semalam dan hari ni. Nurse ada sapu ubat untuk kurangkan bengkak. Tapi tak kurang. Haih. Any tips?

Mamoru agak pissed off dengan pihak sekolah Ariff. Aku tak banyak fikir sangat tentang ni. Dalam kepala just worried tentang Ariff.

Tapi betul juga kata Mamoru, nobody from the school come to visit Ariff. Just teacher Ariff je text tanya khabar Ariff.

Dulu, masa kuku Amarr tercabut masa kena sliding door kat sekolah, principal sekolah sampai datang rumah tengok Amarr. Dan aku sangat appreciate. Rasa terubat juga hati.

Masa kening Amarr luka terhantuk meja, ada juga principal sekolah text apologize.

Tapi kali ni.. no call or even text from the principal. Mamoru even pergi sekolah Ariff semalam. Tapi the principal tak ada. He even leave message. But still no call or text from her. That's why Mamoru agak marah kali ni.

As for me, aku tak suka nak besarkan cerita. To me, benda kalau dan ditakdirkan nak jadi kat mana2 pun boleh jadi. But still, Mamoru is right.. at least the principal should have call us and explain personally what exactly happen sampai Ariff patah tangan.

Mamoru already contacted the CEO of the school just now. The CEO promised to check and get back to us asap. I just hope things boleh settle dengan baik coz I really like that school. And I still want to send my kids there.

Day 3 Ariff kat hospital

Aku selalu dengar tentang budak2 kecik patah tangan. Especially yang lelaki. Pernah juga terfikir kalau2 perkara macam ni jadi kat aku.

Tapi tak pernah terfikir akan jadi seawal ni..

Kata doktor, lepas operate & simen Ariff sepatutnya tak rasa sakit. Tapi sesekali, Ariff akan nangis mengadu sakit. Bila inform nurse, diaorang akan bagi ubat untuk di makan atau pil untuk masuk ikut punggung.

Jari Ariff start bengkak. Tak sure kenapa. Darah tak mengalir ke? Or simen tu ketat sangat?