Tuesday, April 14, 2015

Once upon a time

Adik aku terjumpa kad ni masa proses pecahkan rumah rumah kat kampung.

Kad keahlian kelab Kembara Universiti Utara Malaysia tahun 1999/2000. Siap ada gambar tuu. Gambar muka aku masa umur 19 tahun.

Bukti minat yang mendalam terhadap aktiviti outdoor dari dulu sampai sekarang tak pernah pudar. Walaupun dah beranak pinak.

Aku start naik gunung tahun 1994. Masa umur 15 tahun. Gunung first yang aku naik , gunung Ledang. First time naik gunung, terus kena kiss dengan Puteri Gunung Ledang kat dahi. Still jelas parut antara kedua2 kening kat dahi aku ni. Ciuman mautt ok. Terus  jatuh cinta angau segala kat gunung ganang.

Walkathon pertama dan paling jauh aku join masa umur aku 13 tahun. Berjalan dari kampung aku kat Masjid Tanah sampai ke hutan rekreasi Ayer Keroh. Distance 46km!! Berjalan ok! Start jalan pukul 8.30malam. Sampai Ayer Keroh pukul 8.00 pagi. Non stop jalan semalaman.

Marathon pertama aku join, anjuran sekolah menengah Sultan Alauddìn. Distance 3km ja. Ekceli, cikgu tak kasi masuk sebab aku ada history asthma. Tapi aku kan degil. Menyelit gak antara student lain join lari. Suprisingly, aku dapat no.8 dari beratus-ratus student yang join!

No wonder lah setiap kali aku nak cuba aktiviti ourdoor yang baru, aku tak pernah nak fikir dua kali. Sebab semua dah di train dari kecik lagi :)



1 comment:

aisha said...

hahahha.. muka tak bersalah.. rindu nya uum.. gambar kad matrik tak de?
time ni Ad muka bulat skit..