KENGKAWAN

Thursday, June 14, 2007

if only they knew

sedih la.

pepagi tadi, bangun je tidur aku dah bertekak dgn adik pompuan aku yg no. 6. mender kecik je sebenarnya. tapi yg spoil tu bila adik aku pompuan aku yg no. 4 nih masuk campur. bengang jugak. bebudak kat umah nih pantang ditegur sikit. semua pakat merajuk! semua nak terasa sama. kenkadang tu sampai aku rasa salah ke aku menegur?

yg no. 6 nih. aku tegur sebab aku nak dia lebih bertanggungjawab. byk kali dah aku peratikan. umu baru 20thn. belum habis belajar lagi. baru keje part time kat KL nih (sementara nak tunggu intake U). perangai asyik la buat org risau. setahu aku, keje dia abis kul 9.30 - 10.00 mlm.. tapi kul satu dua pagi baru sampai rumah. hangin la aku. kalau sekali dua taper lah. nih tetiap malam berturut. jadi keje pulak aku nak tunggu dia tetiap malam bukak kan pintu (coz dia tak bawak kunci). haper ingat aku nih bibik kat umah tu?.

ada satu malam nih, aku naik angin sangat. aku tunggu dia balik. kul 1.00 pagi.. kul 1.30 pagi.. haram tak nampak batang hidung. aku suruh adik lelaki aku yg no. 8 call dia suruh balik. followed dgn sms kata aku tgh 'hot'.. kejap tu dia reply. tengah makan dgn diz 'fella' katanya. ewahh, makan hapakemendernya tetangah malam camtu. balik keje kul 10.00 tadi tak boleh terus gi makan ke?! geram sangat, aku sms diz 'fella' yg bawak adik aku keluar. aku kenal dat 'fella'. kawan gunung aku jugak.aku suruh dia hantar adik aku balik jam tu jugak. aku ckp, "tak rereti tgk jam dah pukul berapa skrg nih? tak rereti nak hantar adik aku balik? jgn sampai aku hilang hormat".. lebih kurang camtu lah ayat aku.

few minutes lepas tu, adik aku sampai depan pintu. accompanied by diz 'fella'. haii.. kalau ikutkan hati aku nak je aku maki hamun dedua sekali. kenangkan dah tengah malam. aku pun dah mengantuk, aku suruh je adik lelaki aku buka kan pintu. pastu aku panggil adik ponpuan aku nih duduk kat meja dapur. aku takde lah marah tinggi suara bagai. aku nasihat bebaik. aku terangkan tentang kerisauan aku & faktor-faktor yg buat aku risau. dia tu pompuan. keluar dgn lelaki camtu. memacam mender boleh jadi. sebagai pompuan, aku tekankan kat dia betapa pentingnya menjaga maruah diri. jangan buat org lain tgk diri tu murah sangat. boleh dibawak kehulu hilir. perjalanan hidup dia panjang. lama lagi kalau nak fikir soal cinta cintun nikah kahwin bagai. kalau bebtul ndak kahwin sangat, suruh je org lelaki tu masuk meminang! tapi, kena ingat nak kahwin bukan senang. kalau setakat lelaki yg di cinta cintun tu makan pun still harapkan family lagi.. lupakan lah. sok lusa kalau cerai berai dah tentu lah aku jugak yg dia carik. nak harapkan siapa lagi? taim tu bukan nak tanggung dia sorang.. dgn anak-anak dia lagi. haru!

tak lama aku 'sekolah' kan adik aku tu. rasanya tak sampai 15 minit. pastu aku suruh dia gi tidur. sebelum tu aku bagi dia time limit - sebelum kul 12.00 mlm kena ada kat rumah. period.

ngantuk aku malam tu hilang terus. sudahnya sampai ke subuh aku tercongok kat meja dapur. memikirkan masa depan adik-adik aku.. *sigh*

aku sebenarnya bukan lah org yg suka nak kontrol-kontrol nih. jauh sekali nak memarah. aku suka bagi kebebasan utk derang dgn harapan kebebasan yg aku bagi tu tak disalahgunakan. nak berdating.. aku tak halang. aku faham perasaan remaja yg nak bercinta nih sumer. aku tahu kami adik beradik kurang kasih sayang. lelebih lagi bila arwah mak meninggal masa derang kecik lagi. tambah pulak bila bapak nikah dgn Aunt Shi. of coz derang segan nak bermanja dgn bapak. aku faham rasa macam mana derang perlukan seseorg utk luahkan perasaan. perlukan seseorg utk sentiasa ada kat sisi derang. nak harapkan aku? tanggungjawab aku byk. aku bukan boleh kosentret kat sorang-sorang adik. ada ramai lagi yg perlukan perhatian. buat masa nih, aku juz focuskan tentang hala tuju masa depan semuanya. aku nak semua adik-adik aku berpelajaran. kalau tak dapat belajar sampai masuk 'U' pun, at least cukup utk tampung kehidupan derang nanti.

kenkadang.. aku rasa down sangat. No, bukan aku putus asa. takkan la aku nak putus asa jaga adik-adik sendiri. juz rasa down je lah. esp, bila apa yg aku buat selama nih mcm tak dihargai. aku tau rasa hormat derang kat aku dah lama hilang.. since i joined plu dulu.

pagi tadi lepas argument yg menyakitkan hati, aku masuk bilik air - nangis. camtu la aku. kalau gaduh dgn adik beradik sure aku nangis. fikir balik tentang apa yg aku cakap tadi. biasalah kalau dah marah tu byk mender yg kita tak dimaksudkan keluar laju je. tak pepasal, mender yg boleh settle jadi lebih teruk.

seriously, aku kecik hati dgn adik aku yg no. 4 nih. aku tak faham dia. dari dulu sampai sekarang dia fikir apa yg dia buat tu semuanya betul.. apa yg keluar dari aku semua salah. kengkadang tu dalam duduk-duduk tetiba je dia boleh marah-marah aku. pelik.

aku rasa dia still berdendam dgn aku pasal kes aku tak bagi dia kahwin dgn bf dia 8 tahun dulu (masa umur dia & bf dia sesama 17 thn). start dari hari tu dia tunjuk protes dia dlm memacam cara kat aku. terus terang, result SPM dia dgn bf dia mmg hancuss. bf dia plak, maybe rasa terhina sbb kena rejek or maybe sbb nak sakitkan hati adik aku, dia pi kahwin lain (taim tu umur bf dia 18thn).

few years after, adik aku kenal dgn sorang mamat (yg nampak lurus tapi otak bercabang-cabang). konon seriyes nak bertunang dgn adik aku. tup tup diam hilang sampai sekarang. frust menonggeng adik aku. yg aku kesalkan tu, disebabkan bf no. 2 tu, dia sanggup berenti belajar kat Unisel <<--- part nih seriyes aku tak faham. 3 bulan aku tak tegur dia lepas dia buat keputusan bodoh tu. aku kecewa. ntah lah.. dia tak faham agaknya mcm mana susahnya aku kesana sini nak sambungkan study dia. dia tak tau agaknya nilai ringgit yg dihabiskan utk dia. dia tak nampak semua tu. yg dia tau.. cinta boleh buat dia bahagia. and now, dia bercinta lagi. bf dia? hm.. jenis yg aku dah tau ending relation derang nnt.. *sigh*

lepas mandi, aku bersiap ke opis. rasa nak keluar umah cecepat. walaupun aku dah berjaya kontrol temper, rasa terguris tu still ada. masa nak keluar, aku check adik lelaki aku yg no. 7 punya surat tawaran. check masa utk registration. kul 10.30 pagi. dalam belek-belek tu aku sain form yg perlukan signature aku. sesambil tu aku bagi nasihat kat adik aku nih. nasihat yg biasa-biasa: suruh rajin belajar, jgn ponteng kelas, jgn salah pilih kawan etc, etc. dalam pada aku bercakap dgn adik no. 7 nih. yg no. 4 tu duk hempas-hempas pintu. pastu duk hentak-hentak barang. protes la tu. aku cuba utk sabar. bebuat pekak. sambung borak dgn adik lelaki aku. bila dia nak keluar pegi opis, dia pegi hempas pintu depan sekuat hati.. makkk oii menyirap darah aku. kang terkopak pintu tu aku gak nak kena ganti. marah lah aku. terus aku sound "pasnih jgn balik-balik lagi".. dia pun balas dari luar "pot pet pot pet" <<--- ntah apa dia ckp aku tak dgr.

bila fikir balik apa yg aku ckp tadi, terus aku istighfar byk-byk. aku kesal dgn diri sendiri. tu lah kata org, bila marah, syaitan pijak kepala kita. aku harap dia tak amik hati dgn ayat tu. aku nak adik-adik aku sentiasa depan mata. aku sayang derang. sayang sgt. tapi tu lah.. derang tak tau..

aku keluar umah dgn kepala yg berserabut. risau nak biarkan adik aku gi registration camtu je. Mamoru tak dapat temankan derang. ada hal urgent last minit. walaupun adik lelaki yg no. 3 ada temankan yg no. 7 nih. aku still rasa cam tak best. aku decided nak amik half day - temankan derang.

alhamdullilah, registration pagi tadi berjalan lancar. to my suprise, Nazry pun datang temankan kami. kebetulan opis dia dekat area situ. so, dia lari jumpa kami kejap. sempatlah duduk dgr taklimat course yg memboringkan tu. boring bagi aku coz duk dengar mender yg pernah aku lalui dulu.. tapi adik lelaki aku yg no. 7 nih khusyuk sgt. mender baru katakan.. =)

lepas lunch break dgn adik-adik. aku gerak gi opis. tak risau sangat masa nih. semua dah settle. lagipun adik aku yg no. 3 ada utk uruskan hal seterusnya.

ngam-ngam masuk je opis, aku dapat called dari DO. borak pasal keje. pastu dia duksibuk tanya aku gi mana pagi tadi. aku cakap yg sebetulnya. dari nada suara DO, aku rasa cam dia a bit tak puas hati. kata dia, adik aku dah besar, kenapa tak biar dia buat registration sendiri. arghh.. bengang aku.

kenkadang, orang kaya-kaya nih tak faham. derang lain lah. family derang lengkap. ada mak.. ayah.. anak-anak yg pandai.. tak kisah hantar anak-anak belajar oversea. of coz la anak-anak derang boleh berdikari.. duit ada! apa nak susah! pastu kalau bab keje sentiasa ada. yelah, ada org dalam. kalau mak bapak ada title, senang je anak-anak nak jawat jawatan CEO, Director, Manager etc. tapi bagi keluarga mcm aku nih lain lah. memanglah adik aku boleh handle sendiri memender camnih. tapi personally aku rasa, kehadiran aku kat sana penting buat adik aku. aku nak dia belajar pepandai (tho walaupun result dia ok nanti belum tentu ada peluang keje - yelah kita bukan golongan bertitle).. paling penting, aku nak dia rasa dihargai.. disayangi. lelebih lagi bila kami tak ada mak utk saksikan semua nih.. dan bila bapak punya masa agak terbatas utk datang sini.

hm.. ntah lah. org lain takkan faham. aku pun tak faham.

8 comments:

kawan said...

kalo u think laki tuhhh mmg baik perangai nyer... u kawinkan ajer adik u tuh....
kakak i pun dulu cam tuh gak... blaja stakat spm terus kawen... tapi i tak kisah sbb bapak i sendiri yang cakap lelaki yg skang nih abang ipar i tuh mmg baik...

aD said...

kawan, i tak kisah kalau dia nk kahwin. dgn syarat, lelaki tu mesti:
1. ada keje tetap
2. perangai ok (tak bawak anak dara org keluar tetiap mlm sampai kul dua tiga pagi)
3. hormat org yg lebih tua dari dia
4. boleh membimbing ke arah kebaikan

Nia said...

Hello aD,

i juga punya adik2 yg dulu comel2 belaka (4 me till now actually).bila masing2 dah besar semua ada 'suara' masing2.then we do fight each other sumtimes.me PLU.i rasa rendah diri dlm hati berdepan dgn adik2.but then i tak boleh lari dr title kakak sampi bila2.teguran n nasihat tetap perlu.lets hope our little sisters n brothers knew how much we Luv n care abt them no matter who we are.

aD said...

Nia, betul tu. lets hope they know & understand. kasih syg tu tetap ada. tetap kekal sampai bila-bila tak kira kita stret / senget. wish u (and me)tabah selalu.

meow2 said...

aii ad...
panjangnyer entri luah rase kali ni
lenguh bace..heheheh...
sabar yerr..budak22 ni baru nak idup
tak pikir ape2 lagikk.
jgn kcik ati yerr..cian awk ehh
kene handle banyak adik
takecare yer kaklong..jgn selalu marah22 kang muda22 da ade darah tinggi..ehheheh

eid said...

i so much adore wif ur responsible through ur sis & bro.. i wish i hv one!

dian said...

well ad biasala tuh adik beradik bergado. me n my sista pon x banyak ckp sgt. not that i dont want to tapi tiap kali rasa bengang ngan dia. so better keep my mouth shut.

:)

semua oranga da masalah memasing kan

aD said...

meow2, aii dah tua lah yuu =)

eid, u anak tunggal?

dian, beruntung kalau dpt jenis diam. kalau yg jenis cakap sepatah dibalas seribu patah.. mau kita serang pakai senapang patah.. *kidding*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...