KENGKAWAN

Friday, June 15, 2007

Islam itu indah

mlm tadi gi melawat adik lelaki aku yg no 7 kat asrama dia. syukurlah dia boleh coop dgn housemate dia. nampak mcm hepi je. kurang sikit risau nih.

mlm tadi jugak aku decided utk tak nak panjangkan rajuk aku. sebagai kakak yg lebih tua, aku kena banyak mengalah. so, aku tegur mcm biasa adik aku yg no. 4 tu. dia pun ok je. kira memasing setuju angkat bendera putih la nih. cuma yg kureng sikit.. part adik pompuan yg no. 6. jarang sungguh aku tgk dia lekat kat umah. pepagi buta, taim aku bangun gi keja, dia still tidur lagi. malam plak, bila aku balik keje, dia tak balik-balik lagi. dia balik umah kul 12.00 mlm (curfew yg aku limitkan) yg mana taim tu aku dah membuta. pendek kata mmg payah la nak jumpa & bercakap dgn dia. kalau ada hal nak bincang, kena call dia - buat appointment awal-awal. macam hampeh.

kenkadang tu rasa nak je aku suruh dia berenti keje part time tu. biar dia duduk kat umah. tapi cam risau plak. dia tu bukan jenis lekat kat umah. hm.. serba salah aku jadinya. kang aku hantar balik kampung tau lah. biar terperuk kat Melaka sana. biar bapak tengok kan dia. baru dia 'value' nilai kebebasan yg aku bagi. kat kampung, asal pukul 7.00 mlm je wajib ada kat umah. kalau tak, kena rembat dgn bapak.

*sigh*

agaknya nih lah yg mak bapak kita rasa dlm membesarkan anak-anak.. aku yg baru amik alih jawatan derang nih pun terasa hazabnya. tapi dalam mengeluh tu, aku lega sebenarnya. esp, bila dapat tengok adik-adik aku membesar depan mata sendiri. lebih bangga bila dapat turut serta dalam mencorak masa depan derang. ada satu kepuasan kat situ. bangga wei kalau adik-adik sendiri berjaya dlm pelajaran.. dapat sambung belajar kat IPT.. or dapat keje yg bagus-bagus nanti.

insyaAllah. aku takkan abaikan amanah yg bapak & arwah mak bagi aku nih. aku akan pastikan masing-masing membesar jadi org yg berjaya & berguna.

esok cuti.. tak pegi memana. xpdc gunung? still tak dapat join. kena lupakan sementara demi adik-adik. oh, esok kena temankan adik lelaki yg no. 5 gi amik lesen. lain? tgk lah camner.

2 comments:

meow2 said...

ai ad..
besar tangung jawap u..
hope u can handle & manage sume22 adik22 u ngan jayanya...
gogo..ad..takecare yerr

aD said...

meow2, insyaAllah.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...