KENGKAWAN

Friday, June 01, 2007

the ring

byk mender buat aku berfikir lately. Mamoru dah beria nak hantar rombongan meminang hujung tahun nih. mulanya dia nak buat sebelum puasa. tapi, ntah.. aku mcm tak boleh bagi kata putus bila dia suruh pilih samada nak buat majlis pertunangan tu sebelum puasa atau masa hari raya haji nanti.

frankly speaking.. aku nervous sampai tak boleh berfikir. boleh gitu? ada 2 mender je yg aku rasa saat nih:

first, hepi - No, actually sangat hepi! byk unexpected things jadi kat aku. tak sangka aku akan jatuh cinta lagi dan tak sangka Mamoru (who is actually my bestfriend sebelum ni) jadi seseorg yg amat penting dlm hidup aku.

second, takut - ntah apa yg aku takut tataw. tapi.. aiya takut laa. aku tak penah rasa camnih.

aku cakap kat Mamoru, kalau boleh bagi aku tempoh 2 tahun (meaning, kalau bertunang, aku nak "diikat" 2 tahun sebelum err.. proses seterusnya) Mamoru diam je lepas dgr permintaan aku. tak lama lepas tu dia senyum. leganya.

err.. tukar topik.. *blushed*..

lupa lak, Ahad nih Chica sanding. dia nih antara member gunung first yg aku kenal masa memula naik Gunung Yong Belar awal tahun lepas. nampaknya aku tak dapat laa gi majlis dia. suruh Mamoru~kun wakilkan je lah (aci tak?). bukan tanak pegi. masalahnya aku kena balik kampung. nak rushing ke umah dia kat Sg. Buluh tu ntah sempat ke tidak. lagipun Ahad nih jugak, classmate aku masa form 6 dulu buat kenduri kawen kat Melaka. camner tu? terpaksalah pilih salah satu. kalau sempat, mungkin malam Ahad tu aku jumpa Chica.. tu pun, kalau sempat lah.

tadi call Ayu. ekceli dia sms aku. dah aku nih jenis malas nak taip sms, aku tipun je lah dia - senang. lama dah tak borak dgn dia nih. dia pun dah lama tak naik gunung rupanya. sibuk dgn keje. Ayu ajak naik Gunung Rajah minggu depan. aiya.. aku mmg minat giler nak naik gunung nih tapi.. tu lah.. minggu depan aku ke Terengganu dgn adik-adik aku. remember pemily trip yg kena postponed rituh? dah tukar ke minggu depan. kata Ayu, dia bersemangat nak naik gunung sbb aku ada. kemain lagi dia racun aku. alaa.. tak buleh arr. pakai lah paraquat sekalipun, mmg tak menjadik. kalau trip dgn memember lain buleh la dipertimbangkan lagi. tapi pemily trip nih, tidak boleh tidak (sorry eh Ayu.)

3 comments:

kawan said...

uwaaaaa....huhuhuhu....

aD said...

kawan, bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor =)

eid said...

korang nih sweet laaa.... ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...