KENGKAWAN

Thursday, September 27, 2007

demam kus kus

Hari nih 15 Ramadhan 1428 Hijrah

Kengkawan, sedar tak kita dah masuk minggu ketiga berpuasa? Sedihnya bila nak sampai ke penghujung Ramadhan nih.. ntah bila lah dapat jumpa lagi.. *sob*

Hari nih kita dengar lagu yg sedih sikit ek. Khas buat anak-anak yatim Islam seluruh dunia nih. Harap mereka membesar sebagai seorang yg tabah, berahklak mulia & berjaya (hmm sure Mamoru sedih dengar lagu nih.. insyaAllah, lepas nih dia tak keseorangan lagi. aku akan temankan dia selagi hayat aku masih ada).. terimalah, Black Dog Bone (eiyyy tak suka lah nama kumpulan nih ntahapehaper) dgn lagunya Cahaya di Aidilfitri..

Ops ter-emo pulak.

Semlm aku tak berapa sihat. Selsema & terbersin sepanjang masa. Dah lah demam, kena pegi bank pulak tu - tutup akaun kompeni kat Public Bank & pindahkan ke RHB. Ingatkan sekejap je duduk dalam bank tu.. rupanya hampir dua jam gak lah - serrrjukkk. Terhangguk-hangguk kepala aku tahan mengantuk. Bila dah siap, hujan pulak kat luar bank tu.. terpaksa masuk balik bank dan tunggu lagi setengah jam kat situ. Lebat sungguh hujan kat KL semlm, angin macam ribut.

Tunggu punya tunggu.. hujan tak berenti jugak. Aku aci redah je. Lantak lah, kalau tungu situ lelama, alamatnya sampai berbuka aku tak balik-balik lagi. Sampai opis balik dalam kul 2.30 ptg, kepala dah ting-tong. Kak Bunga requested nak balik awal. Tak sihat katanya. Dia pun cam aku gak - selsema. Lepas Kak Bunga balik, aku pegi lounge room - baring. Sempat smsed Mamoru, cakap aku tak sihat & tak larat nak balik sebelum aku terbongkang tak sedar diri kat atas couch.

Kul 6.40 ptg Mamoru sampai. Kata Mamoru dia dah cuba datang kat aku lebih awal tapi jalan jammed teruk. Risau sangat dia tengok aku terlentok atas couch tu sengsorang. Mamoru suruh makan ubat tapi aku refused. Lagi beberapa minit dah nak berbuka, rugi lah kalau makan ubat taim camtu. Masa nak turun opis, dia siap nak dukung nih. Tp, isk tanak lah.. aku boleh jalan lagi nih. Lagi pun, mcm malu lah pulak kalau org tengok hehe.

Memandangkan kami dah lewat sangat, berbuka dalam kereta je lah jadinya. Baca doa & minum coke seteguk. Pastu cari kedai makan & order kuey teow. Tu je yg tekak aku lalu. Lepas makan terus balik umah - berselubung dlm comforter.

Subuh tadi alhamdullilah demam dah semakin kebah. Sempat nih ajak Mamoru gi Kg Baru, sahur nasik lemak namposen kat sana. First taim nih sahur dgn dia. Ingat nak ajak adik aku sekali tapi derang tido tak hingat dunia. Tapau kan untuk derang je lah.

Lepas sahur kat luar, balik umah sahur lagi dgn adik-bradik aku. Tak padan ngan demam aku nih.. makan je kejenya.

Esok malam, aku gerak ke Kelantan. Pergi berempat dgn Mamoru, adik lelaki no.2 & adik ipar aku. Hari ahad baru balik KL.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...