Friday, September 28, 2007

away to Kelantan

Hari nih 16 Ramadhan 1428 Hijrah

Perasan tak ada apa kat sidebar sebelah kanan blog nih? Hik. Yes people.. countdown for my 'big' day. Masa aku bubuh countdown nih semlm baru aku perasan yg tempoh untuk majlis besar tu ..*omaigod*.. dah semakin dekatttt dik nonnn! Another 4 months? Ya Allah cepatnya! Matilah tak buat apa-apa preparation lagi.

Aku called Mamoru & inform tentang countdown reminder kat blog aku nih. Sibuk suruh dia bukak blog aku dan-dan tu jugak. Dia tergelak. Dia tanya mana aku dapat feature nih sumer. Biasalah aku.. surfing la kan, mana lagik. Mamoru was impressed dgn cara aku guna html code untuk manage blogspot nih. Kata dia, aku dah boleh 'beat' programmer cam dia. Hik. Ala sebenarnya dia tataw blogspot nih dah ada template sendiri. Main klik-klik je.. hehe. Anyways, macam yg aku cakap kat dia semlm, countdown nih bukan setakat penghias blog aku, tapi sebagai reminder untuk dia jugak. Biar memasing alert & cecepat prepare apa-apa yg patut.

Ops sibuk bercerita tentang countdown, lupa pulak nak gitau yang lagu raya untuk hari nih dinyanyikan oleh Mamat dgn tajuknya Ku Pohon Restu Ayah & Bonda. Enjoy nahh.

Semlm berbuka just makan tomyam sotong dgn air limau suam. Simple je kan? Round jugak pasar Ramadhan kat HUKM tu tapi takde yg berkenan. Kagum aku dgn diri sendiri. Kalau dulu, asal nampak kuih je semua nak dibeli, semua nak ditelan. Tp, tahun nih rilek je. Jenuh la kengkadang Mamoru bawak aku round sampai pat lima pasar ramadhan dalam sehari, tapi balik dgn tangan kosong adanya.

Sahur tadi aku makan nasik dgn sambal 'sodang' (sotong + udang). Ntahapehaper resepi adik lelaki aku buat. Pedas yg amatt. Almaklum akak dia nih tak larat turun kedapur sbb masih demam kus-kus (alhamdulilah pagi nih dah sihat 90% - tinggal selsema sesikit je). Tu yg dia pakai taram je masak. Aper pun, sedap gak.

Hmm, malam nih gerak ke Kelantan. Ada mission impossible yg nak diselesaikan kat sana. Harap perbincangan kali nih membuahkan hasil. Ini ikhtiar aku yg terakhir, selebihnya aku hanya mampu bertawakkal dan berserah pada-Nya. Semoga Tuhan bukakan jalan, kurniakan aku kekuatan, kesabaran dan lembutkan hati mereka.. *amin ya rabbal alamin*

2 comments:

Anonymous said...

Wahhh aD, tak lama lagi dah to ur big day. Mesti berdebar kan :)

Anonymous said...

cik, tu lah.. rasa mcm tak cukup nak pasang jantung plastik dah nih - buat backup kalau tak cukup bernapas. hik.