Semalam (Khamis) aku cuti.. hahaha.. mari gelak jahat.
Sebenarnya tak plan pun nak bercuti. Pagi tu bangun je adik aku ajak ke HKL - buat medical checkup. Dia nak aku temankan. Ikut je lah. Smsed opis, cakap aku half day. Balik dari HKL, gi Mid Valley pulak - shopping. Tengahari, Mamoru ajak gi Unisel - training bebudak berkayak. Sudahnya, sehari suntuk aku tak ke opis.. hahaha (note: Mamoru dah start bercuti untuk program kayak nih since Khamis lagi)
Seronok tengok bebudak berkayak. Aku yg mulanya refuse nak turun pun boleh teruja. Nasib baik ada baju spare. Berkayak lah kitaaa.. Adik pompuan aku yg belajar kat sana pun join sama. Saja aku suruh dia turun. Kenal-kenal dgn senior dia yg lain (most of her senior nih wakil MPP). Takdelah mandom je belajar kat sana. So, far not bad jugak lah performance dia. Water confident pun takde masalah. I'm proud of her. Hik.
Yang tak best tu, kepala aku terkena pedal masa buat rafting. Sakit dia Tuhan je tau. Hampir nak nangis nih, tapi kontrrrolll, malu lah kalau bebudak Unisel tgk. Benjol jugak lah kepala aku yg comel nih. Tapi adat lah. Nama pun outdoor, tak thrill la kan kalau takde sakit-sakit or luka-luka. Apa barang join outdoor kalau tak boleh sakit sikit.
Hari sebelumnya (Rabu), aku keluar opis awal (seriyes awal). Lepas lunch terus tak masuk opis lagi dah.. hehe. Nih lah jadinya bila diberi kebebasan untuk keluar masuk opis sesuka hati. Tapi aku tader lah salah guna (ada sikit kut hehe). Bukan keluar kemana pun, pegi melepak kat opis Mamoru~kun. Eh taderlah, bukan exactly lepak kat opis dia. Walaupun Mamoru tak kisah aku duduk dalam bilik dia, aku tetappp kisah. Nanti kalau orang masuk ketuk bilik dia tengok aku ada kat dalam, macam segan lah pulak kan. Dia orang goverment. Faham-faham lah dalam goverment nih banyak melayu. Kang kalau org start mengata, siapa yg malu? Aku kena jaga status dia dalam jabatan sama mcm aku jaga maruah diri sendiri.
Untuk mengelak perkara yg tak diingini, aku suruh Mamoru drop kan aku kat Subang Parade (bebetul dekat dgn opis dia). Best jugak shopping kat situ. Sampai tak sedar opis hour dah abis. Sampai Mamoru terpaksa call suruh jumpa kat McD ground floor. Sakan memborong baju utk adik-adik aku. Hik.
Malamnya pulak, ada meeting antara kelab outdoor Mamoru dgn wakil dari JPS & Unisel kat Kuala Selangor. Aku pegi dgn Chua dan Mamoru~kun. Derang nak bincang tentang program wiken nih. Malam tu jugak, untuk pertama kalinya sepanjang aku kenal Zin, aku tgk dia (pengerusi kelab) bercakap dgn suara yg sangat tegas. Maybe dia pressure dgn few AJK kelab. Aku notis jugak ada certain AJK yg tak begitu cooperative masa meeting. Aku yg mulanya mengantuk terus terang biji mata duk mendengar perbahasan hangat nih. Camnerpun alhamdullilah, semua dapat diselesaikan dgn cara baik.
Masa dlm keta on the way ke sana, Chua ada tanya, "Mcm mana kau dgn Mamoru boleh bercinta".. aku saling pandang-memandang dgn Mamoru. Ntah lah, aku pun tataw. Sebetulnya kami tak penah bercinta dlm erti kata yg sebenar. Aku start jumpa Mamoru masa trip ke Gunung Kinabalu, Sabah (Mac 2006). Rapat pun as a friend. Sama macam aku rapat dgn Chua & kekawan lain jugak lah.
Semuanya start masa Mamoru suarakan yg dia serious nak jaga aku (Mac 2007) - setahun lepas kenal. Mula tu aku tak amik port sangat. Ingat dia bergurau. Lagipun aku tak ready lagi nak settle down dgn sesiapa pun. Not until Mamoru cakap, "kalau nak kahwin, kahwinlah dgn orang yg bebtul sayang & suka kan kita. Bukan orang yg kita sayang & suka tapi kita tataw perasaan dia terhadap kita"..
Ayat dia buat aku terfikir.. btul jugak kan. Kalau aku duk letak harapan & sayang melangit kat seseorang tapi aku tataw kesudahannya, better aku pilih orang yg bebtul sayang aku dengan ikhlas walaupun perasaan sayang aku kat dia still belum bermula. Kata orang bercinta lepas kahwin nih sangat menarik.
Tapi aku bukan lah jenis org yg bercinta lepas kahwin. Sekarang nih pun dalam proses kenal hati budi jugak lah. And to be honest, my love towards Mamoru grew stronger each and every day. Lebih-lebih lagi lepas bertunang nih. Hik.
Ops melalut pulak.
Malam nih, aku, Mamoru~kun & Chua gerak ke Kampung Hang Tuah kat Batang Berjuntai, Selangor (pelik ey, Hang Tuah nih orang mana sebenarnya.. hehe). XPDC Menyusuri Sungai Selangor Sempena 50 Tahun Kemerdekaan akan bermula dari situ & berakhir Ahad nih di jeti Kampung Kuantan, Kuala Selangor (area kelip-kelip). Mamoru dah contact orang dari Utusan. Harap dapat liputan dan aku pun nak karang artikel yg terbaik utk trip nih & hantar kat Abang Rocmal. Mana lah tahu boleh keluar Kosmo nanti ke.. Hik.
Oh yer, malam nih jugak, lepas maghrib ada gathering outdoor kat Restoran Yusof sebelah Central Market (sempena Awal Ramadhan). Semua pendaki gunung dijemput hadir. Nak discuss pasal apa aku tataw lah pulak. Aku tak dapat join :(
Hope this program would be a succes! Hepi wiken folks.
No comments:
Post a Comment