Hari nih 14 Ramadhan 1428 Hijrah
Untuk hari nih, meh kita dengar lagu ceria sikit. Originally dari Maz (betul ke? aku taram je nih) - Selamat Hari Raya.
Alhamdullilah.. syukur. Setakat hari nih, belum penah lagi aku terlepas sahur. Yang paling best bila takde sorang pun adik-bradik aku yg ngelat tanak bangun. Liat-liat derang sekejap je. Taim kejut tu mmg nampak macam payah nak suruh bangun. Tapi aku ada cara tersendiri.. hehe. Tataw lah kalau mender nih boleh diguna pakai untuk orang lain, anyways, cara dia; make sure korang dah bangun dan siap panaskan lauk setengah jam sebelum Imsak, pastu on-kan tibi & kuatkan volume. Pasang je channel memana yg anda rasa sesuai seolah-olah kita tengah tengok tibi diwaktu malam - tader lah rasa cam sunyi sangap je subuh korang. Sure korang boleh makan gegamai dgn hepi & enjoy.
Tapi, kalau tak jalan gak teknik nih, korang kena tukar strategi 'emergency' pulak. Tukar channel tibi kepada siaran yg ada orang mengaji al-Quran - pasang volume yg agak kuat. Korang kena pura-pura panik dan jerit-jerit cakap 'dah nak masuk imsak' pastu suruh derang sahur cecepat sambil korang pun makan dgn aksi yg tergopoh-gapah depan derang (i've done diz a couple of times already. hik)
Semlm berbuka kat McD Subang Jaya dgn Mamoru~kun. Ekceli petang tu Mamoru ajak balik Kuala Selangor amik kuih raya. Mak saudara Mamoru memang tetiap tahun amik tempahan untuk buat kuih raya, jadi Mamoru tolong promote kat opis dia. Lepas berbuka, singgah Giant kat Stadium Shah Alam - beli barang untuk nenek. Sempat gak grab selai baju raya untuk sorang adik pompuan aku yg duduk kat Kelantan. Nak beli lagi selai untuk adik yg kat Unisel tapi nanti lah - aku nak dia pilih sendiri.
Aritu ada plan dgn Mamoru nak jemput dia datang ke rumah untuk berbuka. No lah, bukan umah kat kampung tapi umah sewa aku kat KL nih. Aku sejak pindah duduk menyewa sensorang dari awal 2006 dulu sampailah sekarang tak penah aku bawak memember datang ke rumah - tak kira lah lelaki atau perempuan. Seingat aku cuma Aida & Ej je yg penah datang bermalam kat umah aku dulu. Tu je lah sekali. Tu pun sebab bekalan air kat condo derang terputus. Even adik-bradik aku pun aku tak galakkan derang bawak memember balik umah. Pengalaman banyak mengajar aku untuk berhati-hati dgn siapa kita berkawan.
Penah sekali tu aku marah adik pompuan aku bawak balik room mate dia ke rumah. Adik aku nih pulak jenis tak bercakap nak bawak member datang. Tau-tau je dah ada dalam umah - baran lah aku. Kesian adik aku kena marah. Tapi tak lama aku marahkan dia sebab sekejap tu aku terfikir jugak, better aku get to know dgn lebih dekat siapa kekawan dia. Senang nak tau buruk baiknya. Lagipun bukannya dia bawak balik lelaki, ye tak? Aku cakap bebaik kat adik aku pastu - suruh dia inform awal-awal kalau nak bawak kawan. Tader lah aku terkejut beruk tgk muka lain dalam umah tu. Ekceli my point of not letting her brings her friend tu bukan aper. Kat dalam umah aku nih ada adik-adik lelaki. Confirm adik lelaki aku rasa tak selesa nanti, so adik aku kena faham memender camnih.
Berbalik pada citer nak invite Mamoru datang berbuka nih, fyi, sepanjang aku kenal Mamoru, dari kami berkawan sampai lah kami bertunang, dia tak penah menjejakkan kaki ke dalam umah aku. Kalau ada pun setakat berdiri di luar pintu grill tunggu aku keluar. Even taim tu adik-bradik lelaki aku ada kat dalam pun aku takkan jemput dia masuk - seriously.
InsyaAllah kalau jadi, mungkin minggu terakhir puasa nanti aku jemput dia ke rumah. Lepas berbuka nanti boleh lah ajak dia pegi tarawikh sesama pastu tolong adik-adik aku buat kuih raya. Hmm kena make sure adik-adik aku ada sama mlm tu. Kalau tak kang, lagi cepat lah aku kawen hehe - tak pepasal je turun naik mahkamah nanti. Hik. Mamoru plan nak buat BBQ untuk hari tu tapi aku pulak nak buat steamboat. Tengok lah camner. Kalau boleh tanak membazir sangat. Kami bukannya ramai pun. Aku tak invite kengkawan lain. Biarlah among family je. Lagi pun aku dah serik handle gathering dulu. I learnt from my lessons. Malas nak ingat. Syuhh!
No comments:
Post a Comment