Hari nih 8 Ramadhan 1428 Hijrah
Kita tukar lagi lagu raya kat blog nih yer jang? Terima lahhh.. Norkumalasari dengan lagunya.. Pulang di hari raya..!! Best kan? Meriahnyaaa..
Semlm, sebelum balik opis aku dah call sumer adik-bradik aku. Suh balik berbuka kat umah kalau sempat. Alhamdullilah, minit-minit terakhir sebelum maghrib semuanya sempat sampai ke rumah. Menu berbuka simple je, just kari ayam, ikan masak gulai cili api dgn kuih muih sikit. Jadi lah.. yg penting kemeriahan berbuka dgn adik-bradik sendiri.
Sahur pulak makan lauk yg sama. Tapi aku tak makan nasik lah - ngantuk kat opis nanti. Aku buat cempedak goreng.. fuhh layannn btul taim sesejuk subuh tu. Sekarang, lepas sahur ada rutin baru. Terpengaruh dari adik lelaki aku no.3 nih. Suka sangat dia tengok bacaan ayat-ayat al-Quran kat tibi. Hm, ada gak kebaikannya. Boleh betulkan bacaan tajwid dia.
Hari nih mungkin balik lebih awal dari biasa. Aku teringin sangat tengok kemeriahan kedai-kedai kat area jalan TAR sempena bulan puasa nih. Sure ramai orang kan? Bukan pi sana nak bershopping ke haper. Just nak amik feel je. Dari dulu mmg nih la tebiat aku. Kalau kat kampung tu, aku suka tengok umah-umah orang yg pasang panjut (pelita / damaran) kat tengah laman. Feeling syahdu je rasa. Pastu tengok gerai-gerai yg penuh kat pasar ramadhan.. seronok sgt. Rasa hepi tengok orang keliling aku hepi. Best kan?
Ok arr.. cakap banyak, dosa pun banyak nanti. Aku nak 'menyelam' cari resipi kuih raya lagi. Arituh dah dapat separuh. Pasnih nak kena tunggu bendera Jepun naik lah - taim tu baru boleh buat kuih.. hik.
Info
Nak share satu mender yg sangat menarik-narik jari aku untuk jot down kat sini. Pagi tadi baca utusan online pasal sorang muaalaf nih. Asalnya beragama Roman Katholik dari Indonesia. Ceritanya camnih, satu hari tu rumah dia diterjah pengganas, orang-orang jahat tu siap bawak pedang geledah umah mamat nih. Gerunnn sangattt. Masa nih dia belum peluk Islam lagi arr cuma minat untuk dalami Islam tu dah ada.
Dalam situasi yg sungguh menakutkan tu, dia tak sempat nak menyorok atau melarikan diri. Dia just duduk kat penjuru sudut rumah dia sambil membaca ayat Qursi yg terakhir. Dalam keadaan yg runcing tu dia bernjanji pada diri sendiri untuk memeluk agama Islam sekiranya terselamat dari pengganas tersebut.
Apa yg mengejutkan, penyerang tersebut langsung tidak perasankan saudara kita nih yg duduk kat sudut rumah tanpa berselindung dgn apa-apa objek. Pelik kan? Maha suci Allah. Alhamdullilah dia selamat. Akhirnya dia ambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan memeluk agama Islam pada tahun 2005 di depan Ustaz Sulaiman Ding Yu Zhong.
Ada 2 perkara menarik kat sini.
Pertama, tentang ayat ke 255 dari surah al-Baqarah iaitu ayat Kursi - ayat yg paling agung dalam al-Quran. Tuhan Maha Penyayang.. masih mahu lagi Dia menunjukkan pada kita tentang kebesaran-Nya
Kedua, tentang muaalaf yg mengislamkan muaalaf. Perkara nih mmg perkara yg sangat baik. Terlalu baik. Tapi dalam pada tu, tataw kenapa aku rasa malu. Kesungguhan golongan muaalaf nih buat aku rasa malu dgn diri sendiri. Aku yg dilahirkan sebagai Islam, saudara-saudara se-Islam, kawan-kawan se-Islam yg lain, semuanya hanya Islam pada nama. Mulut menyebut shahadah, kaki-tangan menjalankan ibadah, tapi hati? perbuatan? nafsu? Astafirullah.. astafirullah.. kerdilnya diri aku ya Allah.
p/s: Mamoru~kun, bimbinglah saya..
*kengkawan, meh la dengar bacaan ayat Al-Qursi nih. kejap je, tak sampai 2 minit pun. alaa.. kalau lagu best-best tu boleh tunggu lelama, yg nih sekejap pun tak leh ke?*
IMPORTANT
Kepada semua umat Islam seluruh dunia, sila klik & sain petition nih. MP di negara Belanda mahu kitab suci al-Quran di banned di negara mereka. Kengkawan, selamatkan Islam, beritahu mereka Islam bukan agama pengganas. Islam itu indah & penuh kedamaian. So, please to all muslim out there, klik on this link and just put your name, email & a simple comment:
klik sini untuk baca cerita tentang cadangan MP Belanda untuk banned al-Quran:
No comments:
Post a Comment