KENGKAWAN

Monday, September 24, 2007

tips for wedding photographer

Hari nih 12 Ramadhan 1428 Hijrah

Lagu ceria untuk hari nih originally dari Datin Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema (dah mula terasa nak pasang pelita nih)

Wiken kali nih agak meletihkan. Spent hampir semua masa yg ada untuk mengemas umah. Rumah kecik je tapi biasalah bila dah duduk gegamai camtu, tak boleh nak expect rumah sentiasa kemas. Lelebih lagi bila ada 3 adik lelaki tay sesama. Towel tu kalau boleh semua tempat derang nak expose kan. Dari pintu bilik, wall divider (partition), tepi tingkap sampailah kat kerusi meja makan - asalkan boleh je. Tu belum kira part koleksi komik derang. Puas lah aku dgn adik-adik pompuan aku kemas & letak satu tempat - tak sampai sejam bersepah balik. Geremmm akak. Aritu je aku dah suruh derang buang hampir 2 kotak komik yg ada kat dalam umah tu (half of it H punya dulu). Lega sikit ruang dalam umah tu. Bukan apa, paper yg diguna untuk buat komik nih takde kualiti & mendatangkan habuk lah.

Aku tengah pening nih. Semua gara-gara photographer untuk wedding la nih. No, aku belum jumpa pun 3 org photographer tu -lanning nk jumpa minggu nih. Tapi semlm, jumpa Puex & Ayang. Derang baru je dapat gambar perkahwinan derang dari salah sorang photographer nih.. sadly, the result was TERUK! Teruk yg aku maksudkan kat sini, pilihan gambar yg photographer tu printed tersangat lah tidak memenuhi kehendak pelanggan. Paling teruk sekali, bila photographer yg derang amik langsung tak bagi derang pilih gambar untuk diprint sebaliknya ikut suka mak nenek photographer tu je nak print yg mana.. mmg lah gambar tu cantik tapi kan lebih cantik kalau tuan punya badan yg memilihnya.. atau dengan bahasa lain, nih saper yg kahwin sebenarnya.. pengantin or photographer?

Biasanya, bagi full wedding pakej (RM 2000 ++), seseorg photographer mesti sediakan sekurang-kurangnya 2 orang photographer semasa majlis perkahwinan diadakan (untuk dptkan 'angel' yg berbeza). For that package, mereka akan bagi 1 custom album (susunan gambar yg dah diedit) + 1 sticky album (gambar saiz 4R yg di printed) dan 1 cd softcopy semua gambar yg diambil. Ada jugak photographer yg bagi additional 1 8R potret beserta frame sekali (but dats depend on their package la kan).

Kebanyakan photographer yg aku kenal, just buat keje amik gambar nih hampir semuanya part timer. Aku sokong cakap sorang kawan nih, kata dia photographer yg suka amik gambar nih biasanya lebih pentingkan 'artwork' dari keperluan sebenar gambar tu diambil. Derang lebih suka bermain dgn 'editing' tanpa mengikut apa yg pelanggan mahukan.

Kat sini, maybe silap pelanggan sendiri yg tak bagitau photographer apa yg mereka mahukan. Tapi, tak boleh lah salahkan derang seratus peratus. Photographer pun salah juga. Sebagai professional yg dah biasa amik gambar wedding, derang sepatutnya lebih maklum apa yg customer nak. Personally aku rasa, untuk mendapatkan hasil gambar yg memuaskan, ada tiga perkara atau tips yg photographer wedding mesti tahu:
  1. Pasangan pengantin: 'Shot' yg paling penting. Of coz lah kan. Kat sini photographer kena pandai approach pengantin sbb taim nih pengantin konpem malu / kaku.
  2. Sedara mara kedua belah pihak: Penting nih. Photographer mesti buat kaji selidik sikit. Kena lah tau yg mana mak-bapak & sedara-mara pengantin, senang nak amik gambar derang. Apa guna custom album tiga pat bijik yg derang buat kalau penuh gambar pengantin je? Kita nak jugak tengok gambar keluarga yg tersayang.
  3. Suasana majlis: Sebagai photographer, derang kena aware. Kita sebagai pelanggan of coz lah nak tengok gambar suasana kemeriahan majlis. Pengantin dah tentulah duduk kat dalam je. So, derang tataw apa yg jadi kat luar. Siapa yg datang? Ramai tetamu ke? Meriah ke? Jadi, gambar suasana kenduri tu penting e.g, gambar orang masak, macik-macik potong sayur, kekawan pengantin, tetamu kat meja makan or bebudak bermain-main kat luar.
Dan seterusnya, bila dah habis kenduri-kendara sumer, photographer tu mesti tunjukkan softcopy gambar yg diambil sebelum gambar di-print. Mungkin bagi photographer mender nih leceh. Ye lah, nak kena habiskan masa dua tiga jam dgn customer pastu nak pilih-pilih bagai. Tapi, logiknya kat sini, photographer tu kenal ke yg mana satu gambar saudara-mara / jemputan client depa? Jadi jangan lah pepandai print sendiri.

Anyways, aku still nak proceed amik photographer utk wedding nanti. Tapi sebelum tu, aku akan buat listing bertulis apa yg aku nak & serahkan pada photographer. Thanks to Puex & Ayang sbb sudi share experience nih, kalau tak konpem tak puas hati habis duit ribu-raban sedangkan hasil tak memuaskan.

Wiken rituh mcm biasa. Spent masa berbuka dgn kekawan Mamoru. Sampai ke Rawang jauhnya. Seronok. Bertambah lagi kekawan baru :)

Minggu nih, insyaAllah aku akan bawak Mamoru balik ke Melaka - berbuka dgn family aku pulak.

3 comments:

dyke said...

kenapa tak amik rozek je?
dia punya gamba best..
saya dah rekemen dia kat membe2 saya..
sume satisfied =)

aD said...

ijat, selamat berpuasa! bukan tanak amik si Zek tu, part gambar nih tunang aD yg buat decision =) rituh ada gak ym ngan Zek pasal nih. bulan dua nanti jemput lah dtg melaka ek. bwk partner sekali =)

dyke said...

aiseh..
seganlah nak datang melaka..
sorang pon tak kenal =p
saya ni pemalu lah..
ahahaha..
nanti saya pos hadiah =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...