KENGKAWAN

Friday, August 08, 2008

Bila nak rehat nih?

Seksa betul nak menghabiskan minggu nih. Balik dari outstation ritu sampai ke hari nih, tak rehat lagi.

Yer.. DO bagi cuti sehari. Tapi mana cukup beb. Apa la sangat dapat dibuat dalam tempoh sehari. Mana nak basuh baju kotor yg penuh membukit - nak mengemas lagi. Membasuh & mengemas je boleh amik masa sepanjang hari ok. So bilanya nak rehat? *sigh*

Dah dua malam aku masuk kelas dalam keadaan letih yg amat. Seriyes penat sampai aku boleh tersengguk-sengguk masa dengar lecture (esp kelas Econs) - subjek peberet aku tu! Nyaris tak landing terus atas meja (huhuhu kes naya)

Wiken nih, konpem tak boleh nak rilek;

1. Kenduri kawen sepupu aku kat Jelai. Mak dia siap tipun jemput aku tau. Nih kalau tak pegi, apa hukumnya kengkawan?

2. SIL Juli (kakak Mamoru) dah bersalin malam tadi! Baby boy tau (bestnyaaa). Kat hospital Tg Karang. Nih memang wajib pi lawat.

3. Kenduri kawen kawan baik Mamoru - Bob - kat Kuala Selangor.

4. Kenduri kawen kawan baik Mamoru - Wa - kat errr maner ntah (tapi area klang valley jugak lah)

2. Group discussion untuk paper Econs - Taim-taim nih la derang nak meeting la, haper la. Adusss!

Nih ntah camner la nak bahagi-bahagikan badan nih? Semua pun penting. Takde rehat la nampaknya...

************************************

Ohh.. hari nih 08/08/08 kan.. (to Mamoru) selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke 6 bulan! Sayanggggggg awak sesangat! *kiss kiss*

2 comments:

Yatie said...

selamat ulangbulan ke 6

aD said...

yatie.. tenkiu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...