Tuesday, August 05, 2008

Last night at Awana

Tamat sudah event kat Awana Genting nih (dah habis baru boleh kasi tau nama hotel). Yep, dua minggu aku berumah tangga kat Awana dgn incik Mamoru. Sanggup dia ulang-alik keje dari Genting semata nak temankan aku tido sana hehehehe (sayang sangat dia kat aku tau). Nasib baik Genting tu dekat dgn KL.. kalau jauhhh sampai ke utara nunnn... konpem pengsan laki aku.. huhuhu

Sangat syiok bila outstation ditemani suami terchenta. Tetiap malam aku tido sambil bukak tingkap & sliding door leluas - biar angin gunung masuk - sejuk! Malamku tidak kesunyian lagik.. hehehe.

Seperti biasa, last night kat Awana tak sah kalau tak ada black-tie dinner. Takde apa yg berbeza sangat kecuali.. jeng jeng jeng.. bila tengok nama aku yg di-printed atas table name card.. ohh sila tengok gambar dibawah bebtul.. ada 'Puan' depan nama aku ok! Tataw kenapa aku rasa sangat bangga (over kan). Tuu belum ada title Datin / Puan Sri lagik tu.. huhuhuhuhu (err.. sila abaikan nama 'original' aku tu ok. Tu untuk panggilan formal je. Kalau korang guna panggilan tu kat blog nih, aku tak layann ok)


Oh, lupa nak tulis, dinner nih masa hari Sabtu arituh (2/8/08).. Biasa ler, akak bz dik nonn.. manjang lambat update


Aku tak sempat nak snap gamba bebanyak. Makan pun tak kosentret sangat. Sibuk nak make sure semuanya in order. Maklum, malam last.. semua harus perfect gitu.

Tapi part yg paling buat aku syahdu.. masa sebelum dinner start, DO announced nama aku & nama 7 orang yang lain - suruh datang ke depan dewan. Terpinga-pinga jugak aku taim tu sebab masa aku buat tentatif program untuk dinner tu, takde lak part nak panggil-panggil nama ke depan nih. Dalam aku tertanya-tanya, pintu ballroom dibuka.. waaaahhhhh dari jauh aku nampak staff hotel Awana tolak masuk meja dgn sebiji kek.. siap lilin lagi! Dan dan tuu jugak DO suruh satu dewan nyanyi lagu hepi birthday..

Sangat terharu ok! Tak penah lagi seumur hidup aku potong kek depan orang-ramai dalam ballroom hotel lak tu!! (Aku tengah tunggu gambar dari photographer dari Awana. Nanti dah dapat, aku tempek kat sini ek.)

Lepas acara potong-potong kek, baru lah program sebenar start. Seronok sangat malam tu. Rasa berbaloi jerih perih dari awal tahun arituh sampai lah program nih tamat. Lebih seronok bila dapat compliment & recognition dari DO & semua participant (kak Bunga cakap, participant yg aku tak berkenan tu sampai jeles kat aku.. hehehe).

Apa pun alhamdullilah. Projek nih dah tamat dgn jayanya. Dan aku boleh balik rumah semula..

Stay tune.. aku ada banyakkkkk entry nak publish sebab arinih aku tak keje.. cuti rehat ok. Jangan jeles.

No comments: