Kejap je dah masuk bulan lapan kan? Teringat masa tahun lepas, dalam bulan nih lah Mamoru duk propose aku. Ehh rasanya aku tak penah citer kat sini cemana aku boleh nak bertunang kan? Hehehe
Ekceli takdelah romentik mana. Mamoru cuma propose thru henpon je.. hehehehe sebab taim tu aku outstation. Gabra ok masa Mamoru cakap nak bwk family dia jumpa aku. Hampir terlepas henpon tu dari tangan aku.
Dah la taim tu aku baru-baru nak belajar bercinta semula.. tup-tup.. Mamoru tanak tunggu lelama. Takut aku lari gamaknya.. hehehe.
Dalam tetakut tu, hati aku melonjak lah jugak. Habis je on the phone dgn Mamoru terus aku berlari masuk bilik hotel - lompat naik atas katil sambil tahan senyum yg meleret ke telinga. Excited gila ok!
Masa call ayah cakap pasal family Mamoru nak datang umah, tergagap-gagap aku jadinya. Yelah, sepanjang hidup aku, belum penah lagi aku bawak lelaki balik umah. Terkejut ayah aku taim tu. Takde angin takde ribut tetiba aku boleh setuju nak 'ada ikatan' dgn seseorang.
Planning asal just merisik je.. tak sangka dedua family dah tak sesabar nak satukan kami.. tak sampai dua minggu dari tarikh Mamoru propose, teruss kami bertunang. Memang lajuuuu je semuanya. Part nikah pun lajuu jugak. Semuanya dipercepatkan. Kalau ikut perancangan aku.. bulan ogos 2008 nih aku nak buat majlis.. hihihi.
Apa pun, alhamdullilah.. sib baik aku dah nikah awal. Rupanya bulan ogos nih melambak kengkawan aku kawen. Haa amikkk. Pengsan nak attend yg mana.
Kejap kan masa berlalu? Dalam tak sedar dah nak masuk 6 bulan aku kahwin dgn Mamoru. Makin hari, makin bertambah sayang aku kat dia.. hik.
Selang tiga minggu dari sekarang, bulan puasa pulak menjelma. Wahhh.. first taim nih nak sambut puasa sebagai seorang isteri. Seronoknyaaaa!! Tak sabar nak buat segalanya bersama (kan b kan?). Nak sahur & berbuka sesama.. Nak solat jemaah sesama.. Nak gi tarawikh sesama (kalau takde kelas malam laa).. Pastu errr.. nak masak kuih raya sesama (Mamoru terer tau buat kuih raya). Nak beli kelengkapan raya sesama.. alamakkkk.. baju raya takdok lagi! Nak pakai kaler apa taun nih ek? Harus sedondon suami-isteri kan..
Ops.. sudah.. sudah.. Kan aku dah kata ritu, aku nih kalau cakap pasal puasa / raya memang eksaited nya melampau-lampau..
Sambung buat keje dulu. Nak kemas meja opis aku yg berabuk nih.
p/s: Terkejut aku tengok dinner plate kat rak pinggan umah berabuk semuanya. Rupanya adik-adik aku tak memasak langsung semasa ketiadaan aku tau. Semua pakat makan luar.. ish ish ish.
No comments:
Post a Comment