Saturday, August 16, 2008

Kad nikah

Percaya tak kalau aku cakap, aku baru je dapat kad nikah nih?

Yer.. jangan tak percaya, selama 6 bulan nih aku konpiden je berjalan sana sini, tido kat hotel merata tanpa kad nikah! Yang peliknya, sikit pun aku tak rasa takut pon (yelah, dah 'sah' kan)

Ekceli, kad nih siap lama dah. Aku je yg takde masa nak ngamiknya. Sampai lah Imam kampung aku tipun ayah suruh datang amik kat umah dia.. huhuhu. Baik kan Imam tu, siap amik dari pejabat agama AG untuk kami.

Fyi, kad nikah aku special sikit. Sebijik macam mycard (IC). Bezanya, mycard just ada satu gambar, kad nikah nih pulak ada 2 gambar (aku & Mamoru). Pejabat agama bagi dua keping kad nikah (untuk suami & isteri) dan sekeping surat nikah). Yang perlu dibawa bersama just kad nikah je.Surat tu simpan kat umah.

Kalau tak silap aku, kat Malaysia nih, cuma ada certain negeri je (or is it Melaka je?) yg keluar kad nikah style mycard. Kebanyakan negeri lain kad nikahnya sebesar kertas A4 (lebih besar dari tu pun ada). Contohnya kad nikah negeri Kedah. My SIL Ida cakap, kedah tadde kad nikah. Derang bagi surat nikah yg saiznya besar sikit dari A4. Kesian adik aku & SIL Ida tau, derang kalau nak pegi memana, derang kena bawak sekali surat nikah sebesar alam tu sekali!


Pasnih tayah risau lagi.. (eleh, macam lah sebelum nih aku risau ek? hehehehe)

10 comments:

Anonymous said...

aD, I pun ada kad nikah. I nikah kat area KL. Kad dapat, sijil pon dapat :)

Anonymous said...

hik, baru nak 'angkat' negeri sendiri.. ok, melaka ada, kl ada, negeri lain? setakat yang ad tau, kedah, perak, johor tak ada.. jom share info :)

aemin said...

weh ad, kad ko tak cukup spesel la. kad nikah negeri perak or N'kad lagi besh. siap ader cip. baru serupa ngan MYkad. Den nikah ngan org perak..

Anonymous said...

wah, lagi advandce nahh? tp, jap apsal adik aD kawen ngan org perak (belah teluk intan - derang kawen bulan 12 tahun lps)takde kad nikah ek? derang dapat sekeping surat nikah je

Anonymous said...

Ha ha ha KL since 1997 dah ada Kad Nikah. Just for info.. jgn bagi yur hubby letak dlm wallet nnti cepat rosak.

Anonymous said...

aler, dia dah bubuh dah pun. tak tahan lasak lah kad nih kalau senang sgt rosaknya. kenapalah derang tak invent yg berkualiti sikit. err kalau rosak boleh buat baru tak?

Anonymous said...

a'aa, masa aku kawin dulu,kat kedah blum ade lagik kad nikah. tapi skang aku tak tau la. walaupun cuma ade surat nikah,tapi kalu bercuti kat mana² aku x pernah bawak pun.skang lagi lah tak bawak,pasal mana pergi bawak anak.hehe..

Anonymous said...

fuhh lagi terer awak nih.. takper, buat apa nak takut kalau dah 'sah' kan?

Unknown said...

johor pun ada la ad.. kita br amik kad nikah kita...

Anonymous said...

ellyn, tu lah, makin byk negeri yg ada. aritu aD gi ganu, derang dah start buat kad nikah pintar. melaka nyer masih kad biasa :(